D O N U T🍩

1.3K 103 15
                                    

°• D O N U T L A N D •°

Kelihatan beberapa orang kanak-kanak bermain di sekitar kawasan air terjun. Namun, bukan air terjun biasa.


Air terjun itu adalah coklat.


Ya. Ini bukanlah dunia biasa. Ini adalah dunia yang lain. Manusia? Ya. Mereka manusia. Namun, tidak seperti manusia biasa.


Umur mereka ada yang sudah mencecah 600 tahun. Ada juga yang sudah 800 tahun.


Siapa sangka, di dunia ini mereka bagaikan kanak-kanak biasa seperti di dunia lain.


Sekeliling mereka pula diperbuat daripada donut. Kedengaran pelik bukan? Tapi, itulah hakikatnya.


Inilah Donutland.


Pernah dengar tak Willy Wonka and the Chocolate Factory? Cerita tu semuanya diperbuat daripada coklat kan? Tapi, yang ini lain.


Semua diperbuat daripada donut. Pokok pun buahnya adalah donut. Rumah diperbuat daripada donut. Jalan raya, dan banyak lagi. Kecuali air sahaja ada dua pilihan. Iaitu air jernih dan air coklat.


Tiada manusia lain yang pernah masuk ke sini. Mereka tidak pernah tahu akan kewujudan Donutland.


Hanya cerita dongeng?


Tidak. Ini adalah benar.


Jika ada manusia yang masuk ke sini, mereka mungkin akan ditangkap. Kerana jika mereka tidak ditangkap, mereka akan mengambil resepi donut di Donutland ini.


Hal itu sangat merbahaya jika terjadi. Donutland mungkin akan dicerobohi oleh manusia-manusia yang lain.


Mungkin juga mereka akan memusnahkan Donutland?


Donut-donut yang berada di Donutland ini tidak sama rasanya seperti donut-donut yang lain.


Rasanya jauh lebih sedap dari donut biasa. Sebab itu, jika ada manusia lain yang datang ke sini dan merasai donut-donut di sini, mereka akan mencuri resepinya dan mencubanya di dunia mereka.


Hal itu akan memusnahkan Donutland serta merta.




Anyeong haseyo! Saya kembali dengan fanfic Donutland! Wuhoo! Excited bukan?😆 HAHAHAH! Fanfic kali ni merapu je

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Anyeong haseyo! Saya kembali dengan fanfic Donutland! Wuhoo! Excited bukan?😆 HAHAHAH! Fanfic kali ni merapu je. Idea mana masuk aku letak je.😆

☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Donde viven las historias. Descúbrelo ahora