09- Donut dari Donutland?

300 54 11
                                    

|| DONUTLAND ||

|| DONUTLAND ||

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.

Berkerut-kerut dahi Jungkook dan Jimin saat ini. Dari tadi mereka hanya berdiri di hadapan tong sampah. Tenung je dalam tong sampah tu. Apa yang menarik pun tak tahulah.

"Weyh... Ni bukan ke..." Jungkook menghentikan kata-katanya.

"Donut dari Donutland?" Sambung Jimin.

Mereka berdua saling berpandangan. Mana pulak dah sesat bekas donut Jinny's Licious ni? Setahu mereka donut ni limited edition dan hanya 2 bulan sekali dipasarkan.

Jin Matakaji ada beritahu mereka yang donut-donut di Donutland itu akan dipasarkan di pasaraya yang tertentu sahaja.

Dahlah sedap. Limited edition pulak tu. Siapa yang tak nak kan?

"Oii! Korang buat apa tengok tong sampah tu dari tadi?"

Terus saja mereka berdua memandang ke belakang. Kelihatan Hyunji sedap je makan donut sambil berdiri. Makan berdiri apekahh? Takda adab betul minah ni.

"Erm... Takde apa-apalah." Balas Jimin.

Tiba-tiba sahaja, Hyunji teringatkan sesuatu. Sesuatu yang memang ingin ditanyakan kepada Jimin dan Jungkook dari minggu lepas lagi.

"Eh korang. Naik bilik aku kejap. Nak tanya something ni. " ujar Hyunji lalu dia terus saja menghilangkan diri disebalik tangga.

Jimin dan Jungkook hanya akur.

.
.

"Hah, nak tanya apa tadi?" Soal Jungkook dengan wajah kosongnya.

"Korang cakap, korang dari Donutland kan? Donutland tu dekat mana?" Soal Hyunji.

Jungkook dan Jimin saling berpandangan antara satu sama lain. Nak bagitau ke tak? Nak ke tak? Kalau bagitau, takut minah ni pecahkan rahsia tu dekat semua orang. Kalau tak bagitau, lagilah dia duk tanya banyak kali.

"Erm... Kau janji dulu, jangan bagitau sesiapa. Janji?"

Hyunji mengangguk laju. "Janji! Aku janji tak bagitau sesiapa pun." Ujar Hyunji dengan bersungguh-sungguh.

"Donutland tu dunia lain." Ujar Jimin.

Hyunji tayang muka blur. "Hah? Habis korang nak kata korang dari alam maya? Ke... planet lain?"

"Err... Lebih kurang macam tu la." Balas Jimin sambil menggosok lehernya perlahan.

"Hah, sambung-sambung. Cerita sekali macam mana korang boleh sampai sini. Aku dengar." Ujar Hyunji yang ingin tahu dengan lebih dalam lagi.

Jungkook menarik nafas sedalam-dalamnya. "Okay. Macam ni..."

______________

Sepasang mata memerhati keadaan dua orang jejaka dari jauh. Kelihatan mereka sedang menceritakan tentang Donutland kepada seorang gadis.

Dia tersenyum sendiri. "Takpe. Yeoja tu boleh dipercayai." Bisiknya.

Terus saja dia menarik hood yang dipakainya sehingga menutup dahinya. Kaki diatur menuju ke arah sebuah pasaraya. Pasaraya yang dipilih untuk memasarkan donut dari Donutland.

Jalan kaki je pergi sini.

Hatinya gembira sungguh. Sudahpun habis stok Jinny's Licious yang dihantarnya semalam. Baru dipasarkan hari ini sudahpun habis?

Maklumlah. Rasa sedap. Limited edition pulak tu. Cepatlah habis. Untung pun untung.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam pasaraya ini, kakinya diatur menuju ke arah seorang jejaka yang merupakan pemilik pasaraya ini. Hoodnya diturunkan. Cermin mata hitam yang terselit pada baju dipakainya.

Tidak mahulah identitinya diketahui orang. Habislah diorang korek resepi donut Jinny's Licious itu.

Bahu lelaki yang bernama Kim Namjoon ini ditepuknya perlahan. Ya, pemilik pasaraya ini adalah Kim Namjoon. Orangnya segak dan bergaya. Pertuturannya juga sopan.

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi ke +82 XX XXXX YYYY= Kim Seokjin.

Nama aku dekat dunia ni, Kim Seokjin. Jangan panggil Jin Matakaji. Aku cucuk biji mata tu kang. Habislah identiti aku nanti. Erghhh.

"Eo? Seokjin? Bila sampai?" Soal Namjoon sebaik saja kami berjabat tangan.

"Baru je. How about Jinny's Licious?" Soal Seokjin.

Namjoon tersenyum manis. "You're donuts were so great! Sudah habis dijual dalam masa 1 jam sahaja. Good job, Seokjin!" Namjoon menepuk perlahan bahu Seokjin.

Seokjin turut mengukir senyuman. "Well, biasa-biasa je tu. Lagipun limited edition, kan? Memanglah cepat habis."

Tak naklah bangga lebih-lebih. Nanti orang kata riak pulak. Hahahaha! Betul apa kan?

"By the way, let's have lunch together today?" Ajakan Namjoon itu dibalas dengan anggukan.

Namjoon tersenyum menampakkan lesung pipitnya. "Let's go."


TBC🍩

Sorry la kalau pendek. Sbb cerita ni memang pendek2 je. Heheh. Apa2 pun, vote and comment!^^

☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now