03 - Ketahikan Tak Diduga

474 51 29
                                    

|| DONUTLAND ||

Jimeng dan Jenguk memandang tubuh Hyunji yang sudahpun pengsan di atas lantai itu pelik. Siapa pulak dah minah ni? Terkejut diorang bila tiba-tiba pintu almari tu terbuka.


Tak sangka. Masuk je dalam pintu dekat Donutland tu, diorang keluar dekat almari baju. Sudahlah yeoja punya. Haish!


"Oh My God!! Weyhh handsomenya aku! Fuh fuhh!" Jerit Jimeng sebaik sahaja dia melihat dirinya di dalam cermin.


Jenguk terus saja menuju ke arah Jimin. Dia juga melihat dirinya di dalam cermin.


"Fuyoo! Aku lagi handsome!! Tinggi pulak tu. Bukan macam kau, pendek!" Ujar Jenguk. Sempat dia memerli ketinggian Jimeng.


Jimeng mencebik. "Mentang-mentang tinggi, berlagak!" Jimeng menolak bahu Jenguk kasar.


"Weyh, kita dekat mana eh?" Soal Jenguk tiba-tiba.


Jimeng menjongketkan bahunya. "Entah. Ehh kejap! Ada jam la uhuiii."


Jenguk turut memandang pergelangan tangannya. Ya. Ada jam tangan berwarna hitam pada pergelangan tangannya dan Jimeng.


Terkejut mereka berdua saat ada lipatan kertas kecil keluar dari jam tangan itu. Jenguk mengambil lipatan kertas yang jatuh di atas lantai itu.


"Eh? Ada mission?" Jimeng mengerutkan dahinya saat Jenguk membuka lipatan kertas itu.



Korang perlu tinggal dengan yeoja yang korang jumpa sekarang ni.
Selepas 60 hari, barulah korang boleh pulang ke Donutland. Jangan risau.
Saya pasti korang akan hidup senang di sini. Oh! Tidak lupa juga.
Korang perlu mencari pintu yang akan membawa korang pulang ke Donutland semula. Jika tidak, korang tidak dapat pulang ke Donutland buat selamanya.
Jam di tangan korang itu adalah masa korang di dunia lain. Setiap kali jarum jam itu bergerak, maknanya satu hari sudah
berlalu. Pastikan resepi donut di
Donutland tidak terbongkar.
Sekian, Terima Kasih.

By: 》Jin Matakaji《



Jenguk pandang Jimeng.


Jimin pandang Jenguk.


"What the... Ketua Jin a.k.a
Pink lovers tu yang suruh buat macam ni?"


"Biar betik? Kena tinggal dengan yeoja ni!? Astagaaaa gue enggak sanggup dong..." Jenguk meraupkan wajahnya.


"Nak kena cari pintu tu pulak... Adoiii." Jimeng mengeluh perlahan.


"Kena cari sebelum 60 hari kan?"


Jimeng mengangguk.


Jenguk menyerabutkan rambutnya. Mengapakah Kim Seok Jin a.k.a Jin Matakaji memberikan misi sebegini rupa?


Kena tinggal dengan minah tengah pengsan ni satu. Lepas tu nak kena cari pintu yang boleh bawa ke Donutland dah satu masalah. Kalau tak jumpa, tak boleh balik gamaknya. Alahai!


"Aduhh... Sakitnya badan aku..."


Suara seseorang itu membuatkan Jimeng dan Jenguk pandang satu sama lain. Mereka memandang pula ke arah gadia yang pengsan sebentar tadi.


Sudah sedar rupanya.


Saat gadis itu menoleh ke arah mereka berdua, wajahnya kelihatan takut sekali. Mahu saja dia capai apa-apa sahaja yang berada di atas meja soleknya.


Namun, jaraknya dengan meja solek terlalu jauh. Ditambah pula Jimeng dan Jenguk berada di situ.


"K-korang... S-siapa hah!?" Soal Hyunji terketar-ketar.


"Erm sebelum tu kan. Kitorang dekat mana eh? Lain macam je tempat ni..." soal Jenguk tanpa menjawab soalan Hyunji itu.


"K-korang dekat... b-bilik aku. Siapa korang hah!? Penceroboh!?" Teka Hyunji dalam keadaan takut.


Siapa tak takut? Bukak-bukak je almari dua ekor makhluk halus ni keluar. Sudahlah namja. Entah siapalah diorang tu. Tak kenal langsung.


"Ouhh... By the way, aku Jenguk. Jenguk anak Jengket." Jenguk memperkenalkan dirinya kepada Hyunji. Gayanya agak poyo.


Sepoyo-poyo dia, handsome orangnya. Eh? HAHAHAH!


Hyunji mengerutkan dahinya. "Jenguk? Kau nak jenguk apa? Jenguk aku kat rumah ni?" Soal Hyunji.


Jenguk tayang muka bengangnya. Pantang betul orang mengejek namanya. Sedap mulut mak nenek datuk datin dia mengutuk nama Jenguk yang memang famous dekat Donutland.


Maklumlah, appanya orang ternama. Anak pun mestilah ternama bukan?


"Pantang betul orang mengutuk nama aku. Cari gaduh ke apa?" Jenguk sudah melipat lengan bajunya.


Jimeng pula menahan tubuh Jenguk yang seperti ingin membelasah Hyunji. Dia ni bukannya boleh.


"Eo? Laa betul la aku cakap. Jenguk tu macam tengok. Faham?" Hyunji menggaru kepalanya yang tidak gatal.


Betul la kan 'jenguk' tu maksud dia macam tengok kan?


"Sabar, Jenguk. Sabar..." ujar Jimeng perlahan.


Jenguk merengus kasar sebelum pandangannya dihalakan ke luar jendela.


"Hah, kau pulak nama apa?" Soal Hyunji.


"Jimeng... Jimeng anak Joget." Ujar Jimeng malu-malu.


"Huh? Joget? Nak berjoget kat sini ke?"


"Yahhh! Jangan main nama appa kitalah!" Marah Jimeng.


Sekali lagi Hyunji menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa kena nama diorang ni pelik-pelik? Tambah-tambah nama Jenguk dengan nama bapak Jimeng tu.


Jenguk? Jengket? Jimeng? Joget?


Abad ke berapa punya nama tu? Diorang ni peliklah. Nama pun pelik. Perangai taklah pelik mana. Serabut Hyunji dibuatnya.


"Kau pulak nama apa?" Soal Jenguk tanpa memandang ke arah Hyunji. Elehh marah lagi la tu.


"Ouhh... Nama aku..."


"Choi Hyunji."





TBC🍩

Idea ku merapu. Mohon jgn kecam. Kerana saya hanya mahu cuba sesuatu yg merapu. Kehkehkeh 😆

☆ミ Donutland ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang