2

5.5K 1K 85
                                    

02-Jiran Baru  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

02-Jiran Baru  

Shin Min Jung menekan punat off . Kaca televisyen sudah bertukar gelap. Telinganya difokuskan terhadap bunyi bising di luar rumah sewa yang didiaminya.

"Ada orang pindah masuk ke?"soalnya sendirian. Terus dia atur kaki untuk melangkah ke pintu rumah.

Pintu rumah dibuka hampir separuh. Kepalanya dikeluarkan sedikit untuk melihat gerangan jiran baru yang baru berpindah masuk.

"Aku dapat jiran barulah. Tak salah kan kalau aku bantu dia?"

Min Jung mengambil keputusan untuk pergi singgah ke rumah jiran barunya.

Rumah di sebelah kirinya itu sudah lama tidak berpenghuni. Baru hari ini ada orang baru pula menjadi penghuni rumah tersebut.

Hatinya diusik perasaan ingin tahu identiti jiran barunya. Tanpa dipinta, Min Jung berdiri di depan pintu rumah itu.

Tangannya sempat menekan suis loceng rumah jiran barunya.

---

"Kau nak apa?"

Dingin sahaja kata-kata yang dituturkan oleh jiran baru aku. Pakaiannya serba hitam. Wajahnya pula dilindungi mask hitam yang menutupi bahagian mulutnya.

Penampilan dan auranya aku dapat rasakan begitu familiar. Aku pernah berkenalan dengan lelaki ini ke?

"S-saya nak bantu awak pindahkan barang. Ada kotak lagi ni dekat luar. Saya Shin Min Jung. Jiran awak."ujarku ringkas. Sekadar ingin memperkenalkan diri.

Matanya tajam merenung aku sehingga menyebabkan aku kembali tunduk ke bawah.

"Masuklah. Bawa kotak tu ke ruang tamu aku."arahnya.

Suara garaunya juga makin mendesak aku menjadi tidak keruan.

Persis suara mendiang Kim Taehyung, suaranya teramat mirip dengan lelaki itu.

"B-baiklah. Saya menurut perintah. Hehehe."

Apabila kaki aku melangkah ke dalam rumahnya, pemandangan aku dihiasi dengan reka bentuk rumah yang begitu kemas dan unik.

Nampaknya lelaki ini ada taste yang bagus juga. Perangai dinginnya membuatkan aku berasa seram.

Tetapi, baru perkenalan yang pertama. Aku rasa mungkin dia awkward gamaknya.

---

Aku meletak kotak berisi buku-buku di ruang tamu milik jiran baruku.

Mataku meliar mencari kelibatnya. Mana pula dia menghilang ni?

Jangan cakap jiran baru aku ni hantu?

"Hey."

Aku menoleh kepala ke arah belakang. Lelaki tinggi lampai itu melangkah ke arah aku bersama tray makanan.

Satu mug berisi air coklat panas dan kepingan biskut diletakkan di atas meja.

Matanya memberi isyarat agar aku segera menjamah makanan yang dihidangkannya.

"Kalau renung aku je, kau takkan kenyang. Jemputlah makan. Simple je aku mampu buat."

Telinga aku membahang akibat sindiran lelaki itu. Fuh, boleh tahan juga mulut puaka milik dia ni.

"Awak nama a-apa? Saya Shin Min Jung."soalku dalam nada tergagap. Siapa aje tak cuak jika asyik ditenung begitu lama?

Aku berhenti mengunyah apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja duduk di kerusi bersebelahan aku.

Dia tarik tisu di dalam kotak. Lalu, tisu tersebut diletakkan di hujung bibirku.

"Mulut kau comot. Tetap clumsy macam dulu."ujarnya tanpa menjawab pertanyaan aku sebelum ini.

Macam dulu? Aku rasa aku tak pernah lagi bertemu dengan lelaki ini.

Mataku berfokus pula kepada mask hitam yang melindungi sebahagian wajahnya.

"Nama awak ?"soalku lagi.

Dia diam sebentar. Bahuku ditepuk lembut.

"Panggil je aku Encik Kim."

-TBC-

A/N:

Maaf kerana terlewat update .

Semoga menyukainya.

Jumpa pada bab yang seterusnya.



[C] Her Sweet Stalker | KTHWhere stories live. Discover now