11

4.3K 806 57
                                    

Her Sweet Stalker | KTH

11-Inspektor Jeon,Lelaki Upahan 2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

11-Inspektor Jeon,Lelaki Upahan 2

A/N:
Harap korang sukakan update kali ini. I lebiu guys. Maaf kerana saya terpaksa hilangkan diri untuk beberapa hari.

🚻

"Saya sudi terima awak semula, Kim Taehyung. Janji , jangan tinggalkan saya lagi y-ya?"pinta Min Jung kepada lelaki itu.

Kim Taehyung meraih tangan milik wanita itu lalu dikucupnya lembut. Wajah dan anak mata milik Shin Min Jung direnungnya penuh kasih.

"Terima kasih atas peluang yang kedua, Min Jung. Aku sayang kau."

Min Jung menarik Taehyung dalam pelukan yang erat. Kedua-dua insan itu saling berpelukan. Esak tangis wanita itu kecil kedengaran di segenap ruang tamu tersebut.

Min Jung terlalu gembira. Sukar baginya untuk menahan rasa rindu terhadap Inspektor Kim kegemaran hatinya.

--
"Inspektor Kim, uruskan kemasukan Inspektor Jeon ke rumah Cik Shin hari ni juga. Tugas dia akan bermula tepat pukul 10 pagi nanti."ujar Kim Seokjin penuh teliti.

Suaranya lantang memberi arahan kepada Kim Taehyung yang memandang tajam ke arahnya. Seokjin hanya mengukirkan senyuman kecil.

Dia berdiri dan tangannya memaut kemas bahu milik Taehyung.

"Aku mohon kau jangan campur tangan urusan Inspektor Jeon. Tugas untuk menjaga Cik Shin adalah di bawah tanggungjawab dia. Tolong ingat pesanan aku."

Taehyung membalas dengan anggukan kepala. Matanya hanya menghantar renungan tajam ke arah susuk tubuh lelaki upahan terbaru yang akan menjaga Shin Min Jung.

Siapa lagi kalau bukan Inspektor Jeon?

---
Aku merenung skrin telefon pintar yang baru sahaja terpadam sebentar tadi.

Fikiranku bertambah kusut. Gambar Taehyung yang menjadi penghias skrin telefon menyebabkan perasaan aku menjadi tidak tenteram.

Aku gelisah menunggu ketibaan lelaki upahan terbaru yang akan menjaga aku sepanjang perbicaraan kes itu semula.

Kalau diikutkan khabar berita yang diberikan oleh ketua bahagian siasatan jenayah iaitu Kim Seokjin. Dia ada juga ingatkan aku.

Kes pembunuhan itu dibuka untuk perbicaraan semula dan aku sekaligus akan menerima lelaki upahan yang terbaru.

Kedengaran bagus. Tetapi, memori lama sewaktu tinggal bersama Taehyung kembali mengisi kotak fikiran.

Cukuplah hanya sekali. Inspektor Kim hanya satu-satunya lelaki upahan istimewa yang pernah aku temui.

--
Shin Min Jung segera bangun dari kedudukannya di atas sofa apabila bunyi loceng mula kedengaran.

Fikirnya, mungkin lelaki upahan terbaru itu sudah sampai. Langkah kakinya diaturkan untuk dituju ke arah pintu utama.

Wajah Kim Taehyung adalah wajah utama yang menyapa pandangan mata Min Jung ketika itu.

Hatinya bagaikan terhenti berdegup. Sedikit senyuman pun tidak terhias di wajah tegang milik Kim Taehyung.

"Cik Shin Min Jung, mulai hari ini, Inspektor Jeon Jungkook akan ditugaskan untuk menjaga dan tinggal bersama Cik untuk satu tempoh yang ditetapkan. Tempoh perkhidmatannya bermula tepat pada pukul 10 nanti."ujar Taehyung dengan nada suara mendatar.

Matanya sempat merenung sekilas wajah Min Jung yang sudah bertukar mendung.

Tangannya mengisyaratkan agar anak buahnya, Jeon Jungkook untuk tampil ke hadapan.

Kenangan demi kenangan sewaktu dia bertugas menjadi lelaki upahan Min Jung mula muncul bersiaran seperti kaset rosak di fikirannya.

Jangan kata Min Jung, Taehyung sendiri sudah tidak kuat menghadap realiti yang sedang berlaku di depan matanya ini.

Jungkook melangkah ke hadapan Shin Min Jung. Beg berwarna hitam diletakkannya di atas lantai. Sebuah senyuman manis dihadiahkan olehnya kepada wanita itu.

"Saya Inspektor Jeon. Lelaki upahan khas untuk Cik Shin. Harap kita berdua dapat bekerjasama dengan baik. Salam perkenalan?"

Jungkook menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Min Jung.

Taehyung menepuk lembut bahu Jeon Jungkook sebelum dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi.

Taehyung meminta diri untuk segera beredar. Dia tidak kuat untuk menerima situasi tersebut.

Baginya, hanya dia lelaki upahan yang layak untuk Shin Min Jung.

Bukannya, Jeon Jungkook.

-TBC-

-TBC-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:

Inspektor Jeon akan mengganas dalam bab seterusnya.

Eh.

👮

[C] Her Sweet Stalker | KTHWhere stories live. Discover now