HC | 09

5.8K 166 4
                                    

(A/N: this chapter mostly pasal keterangan gitu. Maaflah kalau bosan. Saya suka menerangkan lebih detail supaya imaginasi ni semakin meluas? saya suka berangan pfftt.)

Pejam celik pejam celik, habis dah cuti sekolah!

Humaira menggeliat malas bila dia terdengar bunyi alarm dari telefonnya berbunyi. Dia men-slide tanda off pada alarm tu. Pukul 5.40 subuh.

Awal? Tak lah. Nak mandi lagi nak solat lagi nak pakai baju lagi.

Humaira bangun dari katilnya dengan malas dan merenggangkan ototnya. Dia mengambil tuala mandinya dan masuk ke bilik mandi.

Selepas selesai, dia memakai segala pakaian yang harus dipakainya. Nasib baju uniform sekolahnya sudah diterikahnya awal. Dia tak pakai tudung lagi sebab dia nak solat dulu.

Dia mengambil telekongnya dan mengurak tikar sejadah lalu dia pun menunaikan solat subuh.

Lepas dia dah siap solat, dia mencapai tudung 3 segi bidang 55 tu dan diusainya. Dia mengambil badge dan memakainya.

Dia melihat penampilan dirinya. Berpuas hati dengan penampilannya,dia mencapai beg sekolahnya dan keluar dari biliknya.

Bila dia menjejak kakinya ke ruang makan, terdapat sudah sarapan yang disediakan oleh mamanya. Humaira melihat ke dapur. Takde mamanya. Mungkin mamanya tengah bersiap-siap.

Oleh itu, Humaira mula makan sarapannya. Tidak lama lepastu, puan Hani juga menjejak kaki ke ruang makan.

"Good morning ma!" Ucap Humaira kepada mamanya.

"Good morning to you too Maira." Balas puan Hani dengan senyuman.

Waktu puan Hani dah duduk dan mula menjamah makanan, Humaira bertanya. "Hari ni mama kan yang hantar Maira?"

"Ye..selama ni memang mama yang hantarkan? Tak kan 2 minggu lebih cuti dah lupa." Balas puan Hani.

"Eekk ada masa babah juga yang hantarlah." Bantah Humaira.

Puan Hani mengecilkan matanya terhadap anak sulungnya tu. Ada saja nak dibalasnya.

Humaira tersengih je dan sambung makan. Ya, memang selama ni puan Hani yang menghantarnya ke sekolah. Disebabkan mamanya juga mesti datang kerja awal kan. Adiknya yang dua orang pula dihantar oleh babahnya, tuan Rashid. Ada lah juga babah dia yang hantar dia pergi ke sekolah, tapi jarang. Boleh dikatakan dalam setahun tu hanya beberapa hari je.

Selepas mereka berdua siap makan, mamanya melihat jam tangannya. "Jom. Dah 6.25 ni." Ujarnya.

Mereka berdua pun bangun dan menuju ke pintu utama. Kedua mereka memakai kasut masing-masing dan keluar dari pintu.

Pada masa yang sama, atuk Rahim keluar bersama lelaki yang digelar Danial tu.

"Assalamualaikum." Atuk Rahim memberi salam kepada Humaira dan puan Hani.

"Waalaikumussalam." Balas Humaira dan puan Hani serentak.

"Nak hantar Maira ke sekolah ye?" Soal atuk Rahim pada puan Hani.

"Ha'ah pakcik...lepastu saya pun nak pergi kerja." Jawab puan Hani.

Atuk Rahim mengangguk faham. "Kalau macam tu, gerak dulu ye. Pakcik pun nak hantar si Danial ni ke sekolah." Kata atuk Rahim dan masuk ke kereta miliknya diikuti dengan Danial.

Humaira sempat melihat baju uniform sekolah yang dipakai oleh Danial. Terus berkerut dahinya. 'Macam uniform sekolah Muntazar all boys high school?'

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now