HC | 13

5K 170 4
                                    

Masa pun sudah menunjukkan pukul 1 petang.

Semua ahli student council masuk ke dalam dewan besar lepas je mereka selesai solat. Ketika mereka masuk, kelihatan sekumpulan lelaki mungkin 20 lebih orang berdiri tengah-tengah dewan tu. Ahli student council Muntazar ABHS.

Sewaktu mereka terdengar pintu dewan terbuka, terus para lelaki tu menoleh ke pintu.

Ahli student council Munawwarah AGHS dengan janggalnya melangkah ke arah mereka semua.

"Assalamualaikum..." Tegur salah seorang lelaki.

Semua mereka pun menjawab salamnya.

Jap. Krik krik krik. Awkward.

"Hmm so korang baru datang ke?" Soal Delisha sebagai wakil bertanya untuk memecahkan kejanggalan tu.

"Just around 5 minutes ago." Balas salah seorang lelaki yang bersuara agak deep.

Jap jap. Humaira terus berhenti apa yang dilakukannya tadi.Apa yang dibuatnya tadi? Dia melipat kain telekongnya. Boleh je dia lipat lepas je solat di surau kan? Tapi dia ni kan pemalas. Suka menangguhkan pekerjaan.

Dia kenal akan suara tu. Dengan accent nya lagi.

Humaira mengangkat wajahnya dan bergerak ke belakang Delisha yang berada didepan sekali disebabkan tadi dia dibelakang sekali antara mereka semua.

Ting! Tekaannya betul!

Mamat kacukan yang bernama Muhammad Danial Rayyan lah!

Danial ternampak Humaira. Terus Humaira melarikan pandangannya dan buat-buat tak kenal dengan Danial.

"Oohh so hmm okay sekarang ni kami nak bincang tentang persiapan untuk aktiviti ni. Apa yang patut kita sediakan and so on." Kata Delisha.

Para ahli student council Muntazar ABHS semua mengangguk faham.

"So hmm duduk lah.." Arah Delisha. Dia sendiri rasa janggal.

Mereka semua berlalih untuk bersila di lantai dewan tu. Mereka membuat dalam satu bulatan tapi ada dua lapisan supaya bulatan tu tak besar sangat.

Tapi diberi jaraklah kalau siapa yang terkena duduk hampir dengan berlainan jantina.

Humaira mengambil tempat disebelah Delisha. Dekat dengan Delisha pula Danial.

"Before we start, korang dah tahu apa tema untuk aktiviti ni?" Soal Delisha terlebih dahulu kepada ahli student council Muntazar.

"We heard it's an arabic theme." Balas Danial sebagai wakil. Dah memang dia yang paling ketua kan.

"Yup. Arabic explore. So kami ada adakan beberapa games,jualan-jualan,photobooth and exhibition. Ujar Delisha.

"So kami terangkan lah dulu apa yang dibuat dalam segala aktiviti ni. About the games..." Delisha mula menerangkan tentang apa yang akan dilakukan dalam semua aktiviti ni juga ditolong dengan beberapa juga ahli student council.

Humaira entah tiba-tiba je senyap memanjang.

"Okay so tentang jualan tu, kami bercadang nak jemput beberapa orang yang membuat business menjual makanan and minuman yang pandai menggunakan bahasa arab... tapi tu lah, kami tak tahu nak cari macam mana..." Terang Delisha lagi.

Delisha menoleh ke arah Humaira. Dari tadi dia tak mendengar suaranya. "Hah Maira,apa sal kau senyap je dari tadi ni? Selalunya kau yang banyak cakap."

Semua perhatian terus terhadap Humaira. Itu membuatkan dia lebih berasa janggal dan malu. Pipinya pun dah mula nak merah tu. Membahang dah pipinya.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now