two

563 44 7
                                    

"S-selamat pagi, sunbae." seorang pelajar perempuan menyapa Taehyung yang baru selangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

Nametagnya dilihat.

김유나 (Kim Yoona)

Wajah Yoona ditatap sebelum dia meneruskan perjalanan ke kelas. Seperti biasa, masuk sahaja ke dalam kelas itu macam macam bunyi boleh didengar

Bunyi monyet, bunyi lembu, bunyi semut- eh semut ada bunyi er?

"Yow Tae! Asal lambat?" bahunya ditepuk. Soalan itu dibiarkan tanpa sebarang jawapan.

Dia segera mengambil tempat duduk tanpa menghiraukan pandangan rakannya itu.

Pergerakannya terhenti. Meja disebelahnya dipandang.

"Yah Kim Taehyung! Pulangkan buku saya, sekarang!" memerah mukanya menahan marah. Jejaka yang berada di sebelahnya dijeling.

"Alahh bagilah aku tiru jap. Aku tak ada masa nak buat semalam hehe" tangannya masih ralit menulis jawapan.

Lengannya ditampar perlahan, membuatkan dia memandang perempuan yang berada di sebelahnya.

Buku latihan itu segera dirampas. Dia tersenyum kemenangan.

"Sana-sshi, bagilah saya tengokkkkkkk" mereka berdua bergelut.

Pinggang Sana dicucuk membuatkan dia berasa geli. Buku yang berada ditangannya terlepas.

"Dapat!" jerit Taehyung, membuatkan pelajar lain yang berada di dalam kelas memerhati mereka.

"Apa!" sejurus mendengar Taehyung menjerit, pelajar pelajar itu kembali membuat kerja mereka.

"Tak baik tahu, marah diorang. Awak tu yang cari perhatian." Sana membetulkan pakaian sekolahnya. Dia kembali memandang Taehyung.

"Jadi, berilah perhatian kau kat aku, senang. Semudah 1 2 3" Taehyung menongkat dagu memandang Sana.

Mata mereka bertaut buat seketika sebelum Sana memandang tempat lain.

"Apa awak ingat ini iklan Prego? Semudah 1 2 3?" Sana kembali menjeling Taehyung. Pipinya dikembungkan.

Tanpa berkata apa apa, kedua dua jari milik Taehyung hinggap di pipi Sana.

"Yah!" tawa mereka berdua meletus, membuatkan pelajar lain kembali memandang mereka tapi tak lama lepas mereka sedar Taehyung sedang memandang mereka dengan pandangan buat-kerja-korang

"Taehyunggggggggggggggg" lamunannya mati. Wajah Jimin ditatap sebelum dia melarikan pandangannya.

"Look, kalau kau rindu dia sangat kenapa kau tak jumpa je dia? Apa susah sangat, pergi airport beli tiket ke Jepun haa." cadang Jimin.

"Kalau boleh aku memang nak jumpa dia, Jimin. Aku nak sangat tapi kau tahukan aku tak sanggup nak tinggalkan ibu aku yang sedang sakit tenat?" matanya mula berair, memikirkan tentang nasib keluarganya.

Taehyung seorang pelajar yang berasal dari keluarga yang kaya raya, mereka sungguh bahagia, tapi semua tu tak lama. Lepas ibunya disahkan menghidap barah otak tahap 2, semuanya jadi huru hara. Ayahnya pula sudah jarang balik ke rumah dengan alasan outstation. Satu malam, Taehyung nampak dengan mata kepalanya sendiri, ayahnya sedang bercium bersama dengan seorang wanita yang dia percaya ialah pelacur.

Nampak? Kaya tak semestinya bahagia dan miskin tak semestinya derita.

"T-tae maafkan aku, aku tak berniat nak--"

"Tak, tak apa, Jimin. Kau tak sengaja pun." senyuman nipis diberikan.

"Dah kembali ke tempat duduk kau, kejap lagi kelas nak mula" halau Taehyung.

"Tch, sampai hati awak halau titew, tempat kita kat depan awak je tau, hm!" Jimin mencebik. Tempat duduknya dituju.

Taehyung tertawa melihat gelagat rakannya itu. Tawanya mati, meja disebelahnya dipandang.

"Why are you so hard to forget?"

『✔』unforgettable || taesana Where stories live. Discover now