Part 5

1 1 0
                                    

James POV
Aku meneliti sekeping kertas kosong yang terletak di atas meja belajarku. Fikiran menerawang kepada memori indah semasa zaman kecilku.
Jika dulu aku memegang nama Jason Aron namun sekarang namaku adalah James. Malang sungguh nasibku. Dijumpai oleh keluarga yang kejam, munafik dan mementingkan diri sendiri seperti keluarga uncle Joseph ini.

Sudah genap 14 tahun semenjak peristiwa aku terlibat dalam sebuah kemalangan dan dijumpai oleh uncle Joseph dan diasuh olehnya. Uncle Joseph banyak mempergunakan aku. Namanya juga ditukar dengan niat mahu menyembunyikan aku dari pengetahuan keluarga sebenarku. Aku tahu uncle Joseph sebenarnya amat tertekan atas kematian anak kandungnya James dan menganggap aku adalh penggantinya. Namun dia mula menyeksa aku setelah kematian isterinya. Mungkin akibat terlalu tertekan dia dahulu sering memukul dan mendera isterinya sehingga isterinya mendapat maut. Nasiblah aku sudah cukup dewasa untuk melindungi diriku sendiri. Sekarang aku berusaha mengumpul wang untuk ke Italy. Tempat asal aku.

Aku dibawa berpindah ke Perancis oleh keluarga angkat aku. Uncle Joseph dipindah bekerja ke sini. Namun sekarang uncle Joseph mula menghilangkan diri. Dia sudah 2 bulan meninggalkan aku keseorangan di rumah ini. Tiada langsung khabar berita daripadanya. Hal ini agak membimbangkan aku kerana tak kira bagaimana pun dia tetap orang yang telah menyelamatkan aku daripada maut. Dan aku menghargai itu. Aku tetap menganggapnya sebagai bapaku.

Aku tidak mampu untuk menyambung pelajaran ku ke universiti. Hala tuju ku sekarang adalah untuk mencari keluarga sebenarku dan kembali ke pangkuan mereka. Mungkin selepas itu aku boleh menyambung pelajaran. Keluarga sebenarku agak berada.

Sayang sekali aku tidak memiliki apa-apa gambar sebagai kenangan. Apa yang aku ingat ialah nama papaku Malcolm Velez, adik perempuanku Jennie Sharon Velez dan mamaku Maria Velev.
Perkara yang membuktikan aku anak mereka adalah tanda lahir yang terdapat di dadaku.
Suatu parut yang berbentuk v yang memang wujud sejak aku lahir.

Baru-baru ini aku berkenalan dengan seorang gadis bernama Jennie dan aku amat senang dengannya. Namanya serupa dengan nama adikku. Namun mustahil jika mahu mengatakan dia adalah adikku kerana dia amat masih berbahasa perancis dan mempunyai tipikal orang perancis. Jennie adikku sudah semestinya berada di Italy sekarang.

Aku menghitung bajet dan jumlah duit yang aku berjaya kumpulkan selama  ini. Tinggal 30% lagi daripada bajet yang aku perlukan untuk ke Italy.

Aku mengukir senyum. Aku kena bertahan beberapa bulan lagi sebelum aku pergi semula ke Italy untuk berjumpa dengan keluarga sebenarku. Sungguh. Aku amat rindu dengan mereka.

❄🌲🎅⛄

Jennie membawa Lily bersiar-siar di taman sambil  untuk sambung semula latihan skateboard nya yang tertunggak namun ditolak oleh Lily kerana Lily terpaksa pulang ke rumah neneknya.

Jennie nekad untuk pergi seorang. Kebetulan pula dia terjumpa Chris di gelanggang bola keranjang yang terletak di tepi taman. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum.

"Chris! "
Laung Jennie.
Chris yang sedang leka bermain berpaling.
Dia tersenyum memandang Jennie.
"Hi Jennie"
"Hi"Balas Jennie.
"Nak try main? "
Kata Chris  sambil menunjukkan bola basketball di tangannya.
Jennie tersenyum.
"Ok"😆

"Shoot! "
Bola balingan Jennie akhirnya berjaya melepasi jaring. Untuk yang pertama kali.
"Yeah! Yesss! Yeayyyy! Wuhooo! "
Jerit Jennie keriangan sambil melompat-lompat kecil.
Chris ketawa melihat gelagat Jennie sambil menepuk-nepuk tangannya.
"Good job Jennie"
Puji Chris sambil mengusap rambut Jennie. Mesra.
Merah padam muka Jennie dibuatnya.

Mereka berhenti sebentar bermain. Chris memberikan sebotol air mineral kepada Jennie. Nasib baiklah dia beli dua botol mineral di seven eleven tadi.
Matanya tertarik kepada skateboard biru yang dibawa oleh Jennie.

"Saya x tau pulak awak pandai main skateboard. "
Kata Chris sambil meneguk air mineralnya.
Jennie tertawa kecil.
"Taklah, saya x pandai main. Haritu tu kaki saya terseliuh gara-gara main benda nilah. "
Kata Jennie.
Dia terdiam sebentar.
"Urmm.. Awak pandai main ke? "
Tanya Jennie.
Matanya bersinar apabila melihat Chris menganggukkan kepalanya.
"Boleh awak ajar saya? "
Chris mengangguk lalu tersenyum.
Senyuman di bibir Jennie semakin lebar.

Selepas hampir sejam berlatih. Jennie sudah mahir mengimbangkan diri di papan skateboard. sekarang dia perlu menguasai teknik asas pula.
Dia kagum melihat ketangkasan Chris mengawal papan skateboard dan keindahan pergerakan yang Chris persembahkan. Amat hebat!

❄⛄🌲🎅

Chris menawarkan diri untuk menghantar Jennie pulang dan Jennie tidak menolak.
Jennie menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan tentang James.

"Chris... "
"Ya? "
"James pandai main skateboard? "
Chris menggeleng.
"Dia tak minat main. Dia cakap dia tak nak ada kaitan dengan skateboard. "
Jennie berfikir sejenak.
"Why? "
Tanya Jennie.
"Hal peribadi dia. Dia pernah cakap skateboard pernah pisahkan dia dengan keluarga dia. "
Jawab Chris. Ringkas.
Jennie tidak mahu bertanya lebih lanjut Takut Chris berasa tidak selesa namun dia masih mahu bertanya tentang satu soalan yang menimbulkan tanda tanya dalam dirinya.
"Chris boleh saya tahu kenapa James bertungkus lumus bekerja sampaikan ambil 2 kerja sambilan dalam sehari?"
Chris mengeluh kecil.
"Bukan dua tapi 3 Jennie. "
"Awal pagi dia pergi bekerja di kedai dobi. Lepastu hantar delivery kat Mcdonald. Petang sampai tengah malam pulak kerja kat seven eleven. "
Jennie terperanjat. Sampai macam tu sekali?
"But... Why? "
Tanya Jennie.
Chris mengeluh lagi.
"Dia cakap nak kumpul duit. Dia nak cari keluarga kandungnya kat Italy dan dia perlukan wang belanja yang banyak sepanjang dia kat Italy nanti. Say nak pinjamkan dia duit dan tawarkan diri untuk temankan dia cari keluarga dia tapi dia menolak. Katanya tak nak menyusahkan saya. Tapi dia dah cukup menyusahkan hati saya bila dia buat macam tu. Saya risau kalau kesihatan dia terganggu. Tapi dia... Degil sangat!"
Terang Chris panjang lebar.
Nampak ada riak kekecewaan pada wajah Chris.
Mereka berdiam diri sehinggalah tiba di rumah agam milik Jennie.

"Thanks Chris. "
Chris membalas senyuman Jennie.
"Jennie"
"Ya? "
Chris menghulurkan sekeping kad jemputan kepada Jennie.
"Awak boleh datang x?"
Jennie meneliti kad tersebut.
(YOU ARE INVITED TO CHRISTOPHER MUNOZ BIRTHDAY PARTY)
Jennie mengukir senyum.
"Ok! "
Chris mengoyak senyuman.
"Saya boleh datang ambik awak. "
"Takpe papa saya boleh hantar. "
Chris mengangguk.
"Papa awak boleh datang sekali. Ajak dia sekali tau. "
Jennie gembira mendengarnya.
"Thanks for the invitation Chris. Bye."
Pamit Jennie.
"Bye Jennie"
Chris membalas lambaian Jennie yang sudah keluar dari keretanya dan masuk ke dalam rumah.

Ruangan author. ❤

Pheww. 😗Akhirnya sampai sudah ke part 5.Hope you enjoy it. Payah jugak nak tulis bahagian James POV tu.
Please comment n vote guys. 👌
Love love love. 😀💞

Christmas Chocolate MilkshakeWhere stories live. Discover now