Part 7

0 1 2
                                    

  Jennie membuka matanya perlahan-lahan.Kepalanya terasa berat. Dia melihat sekeliling.
Wajah Chris yang tertidur di tepi katil menyapa pandangannya.
Bibirnya mengukir senyum.
'Chris nampak penat... '
Bisik Jennie dalam hati.

Jennie terkejut melihat tangannya yang berada dalam genggaman Chris.
Secara tiba-tiba jantungnya mula berdetak laju.
Dia cuba menarik tangannya yang berada dalam genggaman erat Chris.
Perbuatannya membuat Chris sedikit tersedar.
Chris mengangkat mukanya perlahan-lahan. Sebaik melihat Jennie yang sudah sedar dari perbaringan,wajahnya mula mengukir senyuman lebar.

"Jennie... Saya gembira awak dan sedar. "
Kata Chris sedikit mamai.
Dia membetulkan sikit rambutnya.

Jennie mengangguk.
"Dan berapa lama saya x sedarkan diri Chris? "
Tanya Jennie. Mahukan kepastian.
"Dan dia hari. "
Jawab Chris tenang.
Jennie terdiam sejenak. Entah kenapa dia rasakan baru semalam dia kemalangan, tak sangka sampai dua hari dia x sedarkan diri.

"Papa! Chris mana papa saya? "
Jennie mula gelabah. Dia teringat akan papanya yang juga terlibat dalam kemalangan tersebut.

Chris tersenyum.
"Papa awak ok. Dia dan checkout semalam. Dia balik rumah kejap ambik barang awak. Doktor cakap dia nak tahan awak beberapa hari lagi nak buat x-tray. "
Kata James.

Jennie melepaskan nafas lega. Baguslah papa okey.
Yang sedihnya dia belum boleh pulang.

"Awak lapar x? "
Tanya Chris.
Jennie angguk. Memang perutnya sudahpun berbunyi.
"Saya mintak nurse hantarkan makanan."
Chris keluar untuk memanggil nurse.
Dan selang beberapa minit kemudian nurse datang membawa sedulang makanan.
Jennie terbeliak sedikit memandang makanan tersebut.
Sayur kobis. Ikan rebus. Daun salad. Dan tomato mentah.

Selepas nurse beredar, dia memuncungkan bibirnya.
"Tak sedaplah Chris. "
Kata Jennie sambil menayangkan wajah tak puas hati.
Chris ketawa kecil.
"Habis tu? Dah sakit, makan tu je lah."
Kata Chris selamba.
Jennie mencebik.
"Yelah, saya try. "

Jennie mula menyuapkan hidangan sayur kobis ke dalam mulut nya. Dahinya berkerut. Erk.. tawar...
"Dah... Dan kenyang. "
Kata Jennie. Sambil menolak dulang makanan itu jauh.
Chris menghamburkan tawanya.
"Sesudu je dah kenyang? Keciknya perut awak. "
Jennie mendengus geram melihat Chris yang sudah mengekeh ketawa.

"Habis tu? Dah tak sedap? Tak lalu nak makan!"
Kata Jennie geram. Cis! Dahlah nanti nak kena bayar bil hospital. Hidangan makanan untuk pesakit pula tak sedap langsung. Dahlah lauk sejuk je. Entah-entah lauk masak 7 jam yang lalu!
Jennie terus-terusan membebel dalam hati.

"Takpelah. Saya potong buah untuk awak ok? "
Kata Chris seraya bangun lalu mencapai bungkusan buah di almari katil Jennie.
Jennie mula mengukir senyum.
"Yeay buah. "
Kata Jennie teruja.
Maklumlah perutnya sudah mula berkeroncong.

...

Selepas habis makan buah. Chris menemani Jennie berbual-bual sampailah Jennie terlelap.

⛄❄🎅🌲

Chris senyum segaris melihat Jennie dan papanya berpelukan. Nampak sinar bahagia di kata dia beranak itu.

"Papa risau sangat... Syukurlah Jennie tak ada apa-apa. "
Kata Encik Malcolm sambil mengusap rambut Jennie.
"Jennie pun bersyukur sangat sebab papa selamat. "
Kata Jennie dengan wajah yang sangat ceria. Terasa lapang dadanya melihat papanya dalam keadaan yang sihat walafiat.

Pandangan Jennie terarah pada James yang hanya memerhati dari tepi sejak tadi.
James melemparkan senyuman kepada Jennie.
"Hi James. "
Sapa Jennie mesra.
James hanya mengangguk namun senyuman semakin melebar.

"Jennie.. "
Encik Malcolm mencapai tangan Jennie dan diusap penuh kasih tangan puteri kesayangan nya itu.
"Ada berita gembira yang papa nak bagitau Jennie. "
Jennie sekadar mengangguk kecil.
Menunggu ayat seterusnya dari mulut papanya itu.
"Jennie.. Papa dah jumpa abang Jennie. Papa dah jumpa Jason, Jennie."
Ucap Encik Malcolm dengan kata yang bersinar.
Jennie terkedu. Tanpa sedar setitik air mata gugur di pipi mulusnya.
"Abang... Abang.. Masih hidup.. Jadi betullah apa mama cakap... yang.. "
Kata Jennie tersekat-sekat sambil air mata berjejeran membasihi pipinya.

Encik Malcolm menyapu airmata Jennie dengan sapu tangan.
"Mama? "
Tanya Malcolm sepatah.
Jennie mengangguk.
Dia menceritakan bagaimana dia berjumpa arwah ibunya dalam mimpi. Dan arwah ibunya memberitahu bahawa abangnya masih hidup dan sedang berada dekat dengannya.

Kini Encik Malcolm pula yang berguguran air mata.
"Jennie... Lihat James.. Dialah abang Jennie. "
Kata Encik Malcolm sambil mengesat air matanya.
James yang hanya memerhati dari tadi mula bangun dan berhadapan dengan Jennie.
"Ni abang Jennie. "
Kata James sambil membelai lembut kepala Jennie.
Jennie terkedu.
Dengan pantas dia memeluk James.
Erat sekali. Seakan tak mahu lepas.
"Abang jangan tinggalkan Jennie lagi."

Semuanya indah bagi Jennie. Patutlah hatinya amat tertarik dengan James sejak kali pertama pertemuan mereka.
Syukur. Itu perkataan yang berulang diucap boleh Jennie.
Syukur atas semuanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 15, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Christmas Chocolate MilkshakeWhere stories live. Discover now