⑦ уєѕ σя уєѕ

267 28 26
                                    

Pada pagi Isnin ini , Kyunhee bangun pada awal pagi untuk menyediakan sarapan buat anak-anaknya , Han dan Changbin.

" Omma !" Jerit kembar itu yang telah siap berpakaian seragam sekolah.

" Ye ~ " sambut Kyunhee lalu berpaling ke arah suara itu.

Kelihatan Changbin sedang memimpin kembar itu menuruni tangga . Tanpa Kyunhee sedar senyuman terbit di bibirnya.

" Omma masak apa tu ?" Soal Changki yang sedang diangkat untuk duduk di kerusi oleh Changbin. Benda yang sama juga di lakukan kepada Changkyun.

" Yay , Pancake !" Jerit kembar itu serentak kerana gembira apabila melihat makanan yang telah di hidangkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Yay , Pancake !" Jerit kembar itu serentak kerana gembira apabila melihat makanan yang telah di hidangkan.

" Makanlah dulu omma nak bersiap " kata Kyunhee sambil mengucup ubun-ubun kembar itu .

Kyunhee malangkah ke tingkat 2 ke biliknya. Sebelum dia sempat menutup pintu biliknya tangan seseorang menghalang dan orang itu menyelit masuk ke dalam bilik dan segera mengunci pintu bilik itu.

" Apa kau nak ?!" Marah Kyunhee. Pantas jari Changbin hinggap ke bibir Kyunhee.

" Jangan bising. Aku tak nak budak-budak tu tahu yang kita punya hubungan renggang. " Kata Changbin .

" Apa kau nak .. " ulang Kyunhee dengan nada yang lebih perlahan.

" Aku nak kita bergilir jaga budak-budak tu " Pinta Changbin.

" No way. Kau jaga aku pun tak lepas nak jaga anak-anak aku. " kata Kyunhee sebelum membuka ikatan rambutnya.

" Biar aku buktikan yang aku dah berubah. Aku akan jaga diaorang dengan baik " kata Changbin.

" Aku tak benarkan " jawab Kyunhee ringkas sebelum mencapai tuala untuk bersiap.

Changbin segera menahan Kyunhee dari pada masuk ke dalam tandas dengan menghimpit Kyunhee ke dinding.

" Ish apa ni !" Kata Kyunhee sambil menolak dada Changbin. Namun lelaki itu tak berganjak walau sedikit. Terima kasih kepada badan masculinenya.

" Kau nak benarkan atau kita buat kembar lain atas katil ni supaya aku dapat jaga " kata-kata Changbin membuatkan pipi Kyunhee merah.

" A- aku benarkan !" Perkataan itu keluar sebaik sahaja Changbin meletakkan bibirnya ke bahu Kyunhee.

" Good " senyum Changbin sambil melepaskan Kyunhee. Laju Kyunhee masuk ke dalam tandas.

" Agh , aku rindu kau.. " kata Changbin perlahan lalu keluar dari bilik itu. Kelihatan Han dan Seungmin sedang makan bersama si kembar itu.

" Changkyun , Changki balik sekolah nanti kita pergi rumah appa , okay ?" Kata Changbin kepada kembar itu.

" Okay !! " jawab kembar itu dengan nada teruja. Sebelum memberi sesama sendiri ' High 5 '.

" Boys kita kena pergi sekolah sekarang " kata Seungmin kepada kembar itu selepas mereka menghabiskan sarapan pagi mereka.

" Bye appa , bye uncle Han " kata kembar itu serentak sambil mengikuti langkah Seungmin yang akan menghantar mereka ke sekolah.

" Kenapa bukan kau yang hantar budak-budak tu pergi sekolah ?" Soal Changbin kepada Han.

" Aku punya tempat kerja dengan sekolah diaorang arah yang berbeza , jadi Seungmin yang tolong hantarkan dan ambil budak-budak tu dari sekolah lagipun dia cikgu kat sekolah tu. Lepas habis sekolah dia jagakan budak-budak tu sampai aku balik. " terang Han.

" Sekolah tadika ××× kan ?" soal Changbin lagi.

" Haah , dah lah aku nak pergi kerja ni. Kau lah yang hantar Kyunhee pergi kerja sebab aku ada meeting lepas ni " kata Han selepas menjawab soalan Changbin.

Afterwards

" Bye uncle Seung ~ " kata kembar itu serentak sebelum berlari ke arah Changbin yang sudah menunggu mereka di depan tadika.

" Appa , boleh tak kita pergi taman sebelum pergi rumah appa ?" soal Changkyun bagi pihak dirinya dan adiknya.

" Mestilah boleh , jom ! " kata Changbin sambil memimpin mereka berdua ke taman yang terdekat.

Sampai sahaja di taman , Changkyun dan Changki melepaskan pegangan tangan mereka dengan Changbin terus berlari ke taman permainan.

Changbin tersenyum gembira. Jika dia tak bersikap ego dan keras kepala dulu mungkin dia dapat melihat Changkyun dan Changki masa bayi dulu.

1 jam kemudian , barulah Changkyun dan Changki kembali kepada Changbin. Changbin membuatkan si kembar itu duduk di atas bangku dan memberikan mereka sebotol air mineral.

" Appa ! Kitaorang lapar " giliran si adik berkata bagi pihak abangnya dan diri sendiri.

" Lapar ? Kita makan bingsu nak ?" Cadang Changbin kepada anaknya.

" Nak !" Teruja si kembar itu menyahut. Lalu Changbin mendukung kedua-dua anaknya dan singgah ke gerai bingsu yang berdekatan.

" Patbingsu 2 " Changbin order di cashier selepas meletakan anak-anaknya di kerusi berdekatan.

" Kenapa omma tak ikut kita pergi rumah appa ?" Soal Changki kepada Changbin. Changbin menghulurkan bingsu kepada anak kembarnya itu.

" Omma ada hal jadi kita bertiga je malam ni " kata Changbin.

" Ouh " serentak kembar itu menjawab.

" Makan lah bingsu tu. Kalau nak lagi bagitahu appa. " kata Changbin dengan senyuman. Sepanjang kembar itu makan dan berbual , Changbin hanya tersenyum gembira.

Selepas mereka habis menjamah , Changbin membawa anak kembarnya berjalan sekitar taman. Tiba-tiba dia merasakan tangannya berat , dia melihat ke arah anak kembarnya itu.

Dua-dua sedang menggosok mata kerana kepenatan. Changbin tersenyum manis lalu mendakap anak-anaknya dan duduk di suatu bangku. Kedua-dua kembar itu terlelap di dalam dakapannya .

" Maafkan appa , sebab takda di samping korang dari dulu lagi. Appa harap hati omma akan terbuka untuk terima appa balik " luah Changbin sambil mengucup dahi anak kembarnya itu.

" Kan aku cakap , dia akan jaga budak-budak tu dengan baik " kata Han sambil menyiku bahu Kyunhee.

" Shhh nanti dia dengar. " kata Kyunhee dengan nada perlahan sebelum melihat kembali ke arah Changbin dan anak kembarnya di balik pokok.

 " kata Kyunhee dengan nada perlahan sebelum melihat kembali ke arah Changbin dan anak kembarnya di balik pokok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝ тнe нeιrs ❞Where stories live. Discover now