01 ; Malang

231 27 17
                                    

❀❀❀


Lee Rahee berjalan keluar daripada sebuah kedai serbaneka dengan langkah yang lemah. Masuk kali ini sudah 18 kali dia ditolak untuk bekerja. Sukar buatnya untuk mencari pekerjaan setelah menamatkan pengajiannya di sebuah universiti. Rahee melepaskan keluhan berat.

"Tak guna! Kenapa orang bijak macam aku susah sangat nak dapat kerja?!" Soalnya sendirian lalu menendang sebuah tong sampah yang berdekatan dengannya untuk melepaskan rasa geram.

Dia geram. Walaupun mencapai keputusan yang amat cemerlang, dia masih lagi tidak diterima bekerja di mana-mana syarikat atau kedai-kedai yang berada di situ. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah kehidupannya yang malang.

Sudahlah ibunya telah lari meninggalkannya bersendirian dan berpindah ke luar negara bersama seorang lelaki berbangsa bangladesh. Bapanya pula? Dia tidak tahu siapa dan di mana bapa kandungnya berada.

"Sial! Jadi bodoh salah, jadi bijak pun salah! Kehidupan aku betul-betul malang?!"

Akibat marah, Rahee menendang satu tin air yang masih lagi berisikan dengan air itu dengan kuat dan menyebabkan air itu terpercik sehingga terkena pada baju dan seluar seorang lelaki.

Rahee tergamam. Dia benar-benar telah melalukan sesuatu yang bodoh hari ini. Dia berpusing dan berjalan ke arah yang berlainan. Di dalam hati, dia tidak berhenti berdoa agar lelaki tadi tidak perasan akan perbuatannya itu.

"Hoi!" Jerit satu suara memanggilnya.

Dengan serta-merta langkah Rahee terhenti. Bibirnya diketap.

'Bodohnya kau!' Marahnya pada diri sendiri di dalam hati.

"Dah buat salah, tak reti nak minta maaf?" Soal lelaki yang sudah berdiri tepat di belakangnya.

Sial. Sial. Sial.

"Err ma-af." Balasnya pendek tanpa menoleh memandang ke arah lelaki itu.

"Memang tak ada adab ke? Ibu ayah kau tak pernah ajar kau cara beradab?" Soal lelaki itu.

Serta-merta rasa marah membuak-buak dalam diri Rahee. Dia tidak gemar apabila seseorang itu melibatkan keluarganya.

"Kau pekak ke?" Soal lelaki itu lagi lalu menunjal kepala Rahee dari belakang.

Tidak dapat kawal akan kemarahannya, Rahee memusingkan tubuhnya menghadap lelaki itu dan memandangnya tajam. Beg yang disandangnya dicampak ke bawah. Lelaki ini memakai kaca mata hitam dan juga penutup mulut? Apa dia fikir dia seseorang yang penting? Setelah itu, satu sepakkan diberikan tepat pada alat sulit lelaki itu.

"Argh!" Lelaki itu jatuh melutut menahan kesakitan yang tidak dapat digambarkan.

"Jangan berani kau nak libatkan keluarga aku dalam hal ni! Sial!" Tengking Rahee.

Sebelum beredar, Rahee meludah lelaki itu kerana perasaan marah bercampur geram masih lagi tersisa. Sungguh dia pantang apabila ada manusia yang melibatkan keluarganya dalam sesuatu hal.

"Kenapa hari ni semua orang perlu buat aku marah?! Argh tak guna!" Jeritnya dengan kuat sehingga membuatkan orang ramai di sekeliling memandangnya hairan.


❀❀❀


Jeon Jungkook terbaring lemah di atas katil hospital. Wajahnya pucat. Dia berasa marah dan pada masa yang sama dia juga berasa malu. Ditendang oleh seorang perempuan dan melutut di hadapan orang ramai. Hari ini hari yang sungguh malang! Tercalar maruahnya sebagai seorang CEO!

"Tuan?"

Seru seorang lelaki yang baru saja memasuki ruang wad VVIP di mana Jeon Jungkook ditempatkan.

"Kau nak apa?" Soal Jungkook dengan nada yang kasar.

"Kita kena buat ujian kesubura—"

'Prangg!'

"Sial! Aku tak mandul lagi lah!" Marah Jungkook setelah melemparkan sejag kaca ke atas lantai.

"T-tapi Tuan Besar yang—"

"Orang tua gila. Kau yang dah mandul, aku pula yang kau suruh buat ujian kesuburan." Gumam Jungkook menahan geram.

"Aku tetap tak nak buat ujian tu. Kalau kau suka, kau sendirilah yang jalani ujian tu." Kata Jungkook lalu menjeling lelaki itu.

"Haih. Tapi tuan tetap kena buat. Sebab.. tendangan perempuan tu bukannya perlahan. Dia buat tuan sampai.. menangis." Gumam lelaki itu apabila ingin menyebut perkataan yang terakhir.

Jungkook melemparkan pandangan tajam ke arah lelaki itu. Semakin membara rasa marahnya itu. Kalau diikutkan kehendak, mahu saja dia melepaskan tumbukan pada wajah lelaki itu.

"Diamlah kau, Tae." Balasnya geram.

"Haih. Boleh tak tuan rendahkan sikit ego tu? Bukannya ada orang lain di sini. Hanya saya dan tuan saja yang berada di sini." Kata Taehyung sambil mengeluh.

"Pesakit bilik 3012, sudah bersedia untuk jalani ujian?" Soal seorang jururawat perempuan yang datang bersama sebuah kerusi roda.

Jungkook memandang lama ke arah Taehyung yang sedang berpura-pura melihat ke arah telefon pintarnya. Kemudian Jungkook berdiri lalu berjalan ke arah jururawat itu. Sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi roda itu, sempat dia berbisik pada Taehyung.

"Lepas saja aku jalani ujian ni, kau mati." Bisiknya dengan nada sinis.

Taehyung menelan air liurnya tanda sedikit terkesan dengan kata-kata Jungkook itu. Selepas Jungkook beredar bersama jururawat itu, Taehyung segera mendail nombor seseorang.

"Tuan Besar? Ya. Tuan Jungkook sedang jalani ujian tu." Ucapnya sebaik saja Tuan Besar yang dikatakan itu menerima panggilannya.


❀❀❀


Pintu apartment ditutup sekuat hatinya. Rasa marahnya masih lagi belum pudar. Tambah pula melihat keadaan rumahnya yang agak tidak kemas. Rahee semakin hilang sabar. Tangannya segera menyambar sebatang penyapu dan juga penyodok.

Dia harus mengemas rumahnya walaupun dia masih mempunyai perasaan geram dan marah. Rasa marah tidak dapat menghalangnya untuk melakukan sesuatu. Kecewa? Ya dia kecewa. Tetapi dia harus jalani kehidupannya bersendirian; berdikari.

Segala bekas mi segera dibuang ke dalam satu plastik sampah. Bantal-bantal yang bertaburan di atas lantai ditepuk-tepuk agar habuk-habuk yang melekat pada bantal itu hilang. Disusunnya dengan rapi di atas sofa.

Bekas berisi pasir milik kucingnya dibersihkan lalu diisi semula dengan pasir yang baru. Snek kucing juga ditambah ke dalam satu mangkuk makanan haiwan yang sudah kosong.

Gelas dan juga pinggan mangkuk yang sudah bertimbun di atas sinki itu segera dibasuh sehingga bersih. Peluhnya diusap sebelum sambung membuat kerja lain pula.

Baju-baju kotor yang berada di dalam bakul di masukkan ke dalam mesin untuk dibasuh. Seluruh lantai rumahnya juga disapu dan dimop agar kelihatan lebih bersih.

Setelah mengemas, Rahee menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Dia kepenatan. Setelah mengemas tanpa henti, Rahee memanjakan dirinya dengan snek kerepek beras dan menonton drama korea yang terbaru bertajuk Encounter.

'Ting tong!'

"F**K! Aku baru saja duduk!" Marahnya lalu mencampakkan snek tersebut ke atas meja.

Rahee berjalan menuju ke arah pintu sambil menghentakkan kakinya. Pintu dibuka secara ganas tanda marah.

"Apa?!" Soal Rahee.

"Okay. Awak semua boleh bawa semua barang-barang dia keluar." Arah seorang makcik yang baru saja tiba.

"What the f**k?! Apa semua ni?!" Soal Rahee terkejut besar.

"Ibu kau dah 3 bulan tak bayar sewa apartment. Jadi aku ambil keputusan untuk halau kau memandangkan kau masih tiada duit untuk bayar sewa." Jelas makcik itu tanpa berkias.

Rahee tergamam. Malang yang tiada hentinya. Akibat mengalami tekanan yang melampau, akhirnya Rahee jatuh pengsan.


❀tbc❀

Marry Me ↻ jjkМесто, где живут истории. Откройте их для себя