02 ; Cinta Pandang Kedua

148 22 49
                                    

❀❀❀


Sebaik saja Rahee sedar dari pengsannya, dia segera menoleh kiri dan kanan untuk melihat keadaan sekeliling. Dia hairan. Bukan ke.. dia telah dihalau? Rahee semakin bingung. Apa yang dah jadi? Susunan kabinet serta trofi miliknya kembali tersusun seperti sediakala seperti tidak pernah diusik.

"Apa dah jadi? Apa mimpi ke?" Soalnya sendirian kerana berasa pelik.

"Tak mungkin mimpi. Kalau betul mimpi, kenapa aku rasa macam semuanya betul-betul terjadi?" Rahee semakin kehairanan dan tertanya-tanya.

'La la la la vie en rose~'

Rahee menoleh memandang ke arah telefon bimbitnya. Dia telahpun menerima satu mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya. Tidak lupa untuk melihat tarikh pada telefon bimbitnya. 24hb December? Dia telah pengsan untuk seharian?! Wtf?!

'Your account bank has successfully activated! Check your balance once again! Thank you!'

Rahee semakin hairan. Sejak bilakah akaun bank miliknya kembali diaktifkan? Rasa seram sejuk mula dirasakan oleh Rahee. Dia membuka akaun banknya untuk melihat baki yang masih tinggal. Matanya terbuntang luas.

"L-lima juta?!" Rahee terkejut beruk.

Lantas telefonnya dicampak ke atas karpet. Dia amat terkejut. Sejak bilakah dia mempunyai duit sebanyak itu? Ini gila! Benar-benar gila!

"Tak mungkin ibu yang masukkan duit sebanyak ni." Katanya menafikan perkara itu.

Sudah pasti bukan ibunya. Ibunya juga tiada duit untuk membayar duit sewa rumah. Apatah lagi mempunyai duit sebanyak itu. Rahee mengeluh.

"Apa-apa pun..."

"Terima kasih kepada manusia yang baik hati berikan aku duit untuk sara hidup sepanjang aku masih tak ada kerja!" Jeritnya sendirian.

"Kyahh!!!!" Rahee berguling-guling di atas lantai kerana berasa sungguh gembira.

'Ting tong!'

Rahee berhenti daripada berguling. Wajah cemberutnya jelas kelihatan. Ada saja yang mengganggunya ketika dia sedang bergembira. Pintu dibuka. Kelihatan seorang makcik berdiri di hadapan pintu sambil membawa bekas makanan. Makcik sewa rumah.. Rahee kembali berasa marah.

"Apa makcik nak?" Soal Rahee geram.

"Kamu masih marah makcik ke tentang hal pagi tadi?" Soal makcik itu.

"Eh kejap. Jadi semua tu bukan mimpi?!" Soal Rahee terkejut besar.

"Dah tu? Takkan mimpi?" Soal makcik itu berasa jengkel.

"Jadi betullah. Makcik jahat!" Wajah Rahee jelas menunjukkan rasa marah yang membuak-buak.

"Hehe. Maafkan makcik. Makcik tau makcik salah. Ambillah makanan ni. Maafkan makcik ya?" Soal makcik itu sambil menghulurkan sebekas makanan kepada Rahee setelah melafazkan kata maaf.

"Tak apa. Saya dah kenya—"

'Gruuuuuu!'

Tidak kena masa. Wajah Rahee mula menjadi kemerah-merahan. Dia malu. Argh! Waktu ni juga lah perutnya mahu berbunyi meronta-ronta meminta makanan!

"Ambil saja lah. Makcik ikhlas bagi ni." Ucap makcik itu sambil mengukir senyuman manis.

"Erm yelah!" Rahee mengambil bekas makanan itu dengan penuh keterujaan.

"Makcik balik dulu ya." Ucap makcik itu meminta diri.

"Eh sekejap makcik!" Jerit Rahee memanggilnya.

"Ya?"

"Kenapa makcik tak halau saya keluar? Kenapa makcik baik sangat?" Soal Rahee ingin tahu.

"Sebab dah ada orang yang bayarkan hutang sewa kamu 3 bulan tu. Siap tambah untuk sewa 6 bulan akan datang lagi." Balas makcik itu jujur.

"Ouh— Wait! Siapa?!" Soal Rahee lagi.

"Kamu jangan risaulah. Makcik balik dulu. Bye." Balas makcik itu ringkas lalu lekas beredar.

"Makcik! Makcik banyak songeh! Ish. Pekak pula orang tua ni." Ucapnya sendirian kerana berasa geram.

Siapa pun manusia yang terlampau baik hati itu, Rahee benar-benar berterima kasih padanya. Dia juga dapat merasakan perasaan tidak sedap hati. Apa yang berlaku?


❀❀❀


"Taehyung, kau dah buat apa yang aku suruh?" Soal lelaki yang sedang sibuk memeriksa fail-fail berkaitan dengan pelabur-pelabur daripada syarikat lain.

"Ya, Tuan Jeon. Saya dah jumpa tempat kediaman, bayarkan duit hutang sewa rumah, bayarkan 6 bulan sewa tambahan dan masukkan 5 juta won ke dalam akaun bank dia." Balas Taehyung panjang lebar menjelaskan perkara yang telah dilakukan seperti arahan Jeon Jungkook.

"Bagus. Pandai kau buat kerja walaupun kau kadang-kadang kurang ajar." Balas Jungkook sinis.

"Terima kasih, tuan." Taehyung hanya mengangguk sedikit.

"Apa nama dia? Sebutkan lagi." Arah Jungkook dengan perasaan ingin tahu.

"Rahee. Lee Rahee." Balas Taehyung.

"Lee Rahee. Hmm. Nama yang cantik. Tapi nama Lee tak sesuai dengan dia. Jeon Rahee, baru sesuai." Ucap Jungkook lalu tersengih sendiri.

"Jangan cakap tuan nak—"

"Ya. Aku nak kahwin." Laju saja Jungkook memotong soalan Taehyung.

"Biar betul?! Omg! Nampaknya tuan betul-betul bukan gay!" Jerit Taehyung berasa gembira.

"Jadi kau nak cakap selama ni kau fikir yang aku adalah seorang gay?" Soal Jungkook geram.

"Ya." Balas Taehyung jujur.

"Sial kau."

"HAHAHAHAHAHA!"

"Tapi tuan. Bukan ke Rahee adalah perempuan yang tendang tuan kelmarin?" Soal Taehyung.

"Ya." Jawab Jungkook ringkas.

"Tapi kenapa?" Taehyung hairan.

"Kau percaya pada cinta pandang kedua?" Soal Jungkook sambil menjongketkan keningnya.

"Cinta pandang kedua? Apa bodoh sangat tuan ni? Kan sepatutnya cinta pandang pertama." Balas Taehyung sambil berkerut kerana Jungkook kelihatan bodoh buat pertama kali.

"Kau kalau tak buat aku mencarut sehari, tak boleh ke?" Soal Jungkook geram.

"Hehehe sorry."

"Ya. Cinta pandang kedua. Sebab, aku dan dia pernah bertemu sebelum ni. Dan ni, adalah kali kedua." Kata Jungkook menerangkan perkara itu.

"Ouh. Jadi cinta pandang kedua tu sebab tendangan maksimum dia lah?" Soal Taehyung ingin tahu.

"Hmm kau keluar sebelum aku pula yang bagi kau tendangan tahap maksimum." Balas Jungkook sambil mengetap giginya.

"Eleh. Orang tanya pun nak marah." Kata Taehyung merungut lalu berjalan keluar daripada pejabat milik Jungkook.

Jungkook hanya menggeleng lalu menyelak fail untuk melihat muka surat seterusnya. Kelihatan gambar wajah gadis tercinta tertampal pada halaman itu. Jungkook tersengih sendiri.

"Sempat lagi kau tangkap gambar dia, Taehyung? Dah lah gambar dia tengah tidur dan ada air liur basi. Hmm. Tapi comel. Hehe." Gumamnya sendiri sambil tersenyum sumbing.

"Wait for me future wife!" Jerit Jungkook bahagia.


❀tbc❀

Marry Me ↻ jjkWhere stories live. Discover now