Bab 1

173 2 0
                                    

16 tahun kemudian..

          Nama aku Hana Asyura , zaman kanak-kanak aku tak sama macam zaman kanak-kanak diluar sana .Setelah ibu kandung aku pergi tinggalkan aku bersama ibu tiriku , aku dilayan seperti orang gaji walaupun di dalam rumah ni ada bibik . Aku dihina , dimaki , didera tidak kirala aku ni budak sihat atau sakit .
Apabila ayahku tiada di rumah , ibu tiriku akan mulakan aktiviti kejamnya . Aku tak tahu apa salah aku padanya . Sekarang aku dah berserah pada takdirku .

"Woi Hana kau bangun sekarang " marah ibu sambil ditarik rambutku .

"Bu sakit bu jangan tarik buu " rayu aku pada ibu . Ye aku panggil dia ibu bukan mak cik .

" Hah sakit ?! Lagi sakit hati akula ! Dasar anak haram !" jerit ibu sambil tampar muka aku berkali-kali .

" Aku nak kau siap then kemas rumah ni ! 24 jam tanpa henti ! NOW ! " jerit dia kat telinga aku . Aku dilayan macam hamba .
Aku hanya akur semua perintah ibuku .

         Sesudah bersihkan diri , aku terus membuat sarapan ibu dan abangku . Sedang aku leka tiba-tiba ..

" BAHH " sergah abang tiriku, Arsyad Haikal .

" Opocot hantu kak limah menonggeng !" ha habis melatah aku dibuatnya .

"HAHAHAHA apani Hana melatah macam orang tua " gelak abang Syad kat aku .

" Apa abang Syad ni . Terkejut Hana " balas aku

       Kami berdua hanya tergelak sehingga aku dapat lupakan derita aku ni . Abang Syad memang pandai hiburkan hati aku yang sedih ni .

" Amboi gelak sakan nampak, dah habis ke semua kerja dalam rumah ni ?" tanya ibu sambil memandang tepat ke mataku . Aku tunduk kerana takut dengan panahan matanya .

" Hana dah siapkan sarapan , Hana pergi kemas rumah ye ." aku lalu menghampirinya dan dia tunjal kepala aku sambil tersenyum .

      Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati aku sekarang ni . Sampai bila aku nak hidup begini ? ' Ibu Hana rindu ' gumam aku dalam hati dalam taj sedar aku mengalirkan air mata . Aku terus menuju ke bilik stor lalu mengambil barang-barang untuk kemaskan rumah .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

      Sudah beberapa hari , dia masih berkurung di dalam bilik sambil meratapi pemergian kedua ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya . Ibu bapanya baru sahaja pulang ke Malaysia tetapi perkara yang tidak diingini telah berlaku .

"Ke - kenapa mesti ayah dan bo - bonda pergi dulu" kata si dia sambil menangis .

"Bonda kata bonda nak tengok Zack kahwin tapi bonda tipu "

" Ayah , Zack rindu " luah Zack sambil menatap gambar keluarganya .

       Sedang Zack tengah bersedih , ibu saudara Zach , maksu mendengar segala luahan Zack di sebalik pintu . Dia juga sedih dengan pemergian kakaknya itu tapi Allah lagi sayangkan kakak dia . Dia juga berharap akan hadirnya seseorang yang dapat bahagiakan Zack kembali .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" HANAA " jerit ibu daripada ruang tamu . Aku terus berlari pergi ke ibu .

" Ye ibu ?" tanyaku

" Asal meja ni still berhabuk ? Kau lap guna sabun ke air liur, sial ! " maki ibu sambil ludah ke muka aku . Aku hanya biarkan sahaja , makin dilap makin dia ludah .

" Aku nak kau lap sampai berkilat sekarang !! Kalau aku nampak habuk sikit jaga kau " ditunjal kepala aku berkali-kali .

      Aku sudah lali apa yang ibu buat pada aku janji dia tak halau aku daripada rumah ni . Kenapa ? Ini rumah aku ? Ibu sangguo buat apa sahaja untuk puaskan hati dia . Aku cukup bersyukur sebab diberi tempat berteduh seperti sekarang ni walaupun rumah ayahku sendiri .

      Aku cuba faham kehendak ibu tapi malang ibu tak layan aku . Aku tak faham kenapa dia berubah dulu masa aku kecil , dia jaga aku baik-baik tapi sekarang dilayan seperti hamba . Kadang kala aku pernah terfikir mahu lari daripada rumah tapi aku mahu tinggal di mana ?

      Aku juga pernah terfikir ibu kandung aku tak nak ke cari aku semula . Selepas ibu kandung aku pergi , papa terus berpindah ke kawasan lain jauh daripada rumah lama . Aku rindukan sentuhan belaian ibu , aku rindu segala tentang ibu .
" Mama , Hana rindu "










Merepek ? Sorry ecah cuba buat part seksa tu tapi rasa macam tak menjadi hahaha papepun ecah still tengah usaha buat yang terbaik . Sila vote okay hehe .-ecah-

Du har nått slutet av publicerade delar.

⏰ Senast uppdaterad: Dec 22, 2018 ⏰

Lägg till den här berättelsen i ditt bibliotek för att få aviseringar om nya delar!

Encik Cinta !Där berättelser lever. Upptäck nu