CH 5

69 15 16
                                    

-People are poison.

━━━━━━━━━━━━━━━

“Apa yang kau maksudkan dengan dia menipu?”

Soal Daehyun pada Kyunghwa. Ekspresi wajahnya kosong, betul-betul tidak dapat menghadam pernyataan wanita ini. Dahinya berkerut seribu memerhatikan keseriusan Kyunghwa yang merenung tajam ke arah Jongin yang berada di sebalik cermin itu. Mereka sekarang berada di bilik bersebelahan dengan bilik perbicaraan dengan banduan, yang menjadi perantaraan hanya cermin.

Mereka melihat Jongin, tetapi lelaki itu tidak tahu yang dia sedang diperhatikan.

Jongin berkelakuan seperti seseorang yang langsung tidak bersalah. Setiap kata yang keluar dari mulutnya, setiap riak wajah yang dia pamerkan, menunjukkan seakan-akan yang dia suci dari sebarang kesalahan. Hanya selamba seperti tiada apa yang berlaku. Mengapa dia boleh setenang ini?

“Lelaki ini,” Kyunghwa bersuara, selepas berdiri dan menghampiri cermin kaca. Tangannya dikaukkan di belakang pinggang. Mata dikecilkan memerhatikan Jongin dalam, sedalamnya. Mencuba mencari-cari sesuatu yang terselindung. “Dia sedang memperbodohkan kita. Dia menipu. Cuba kau ulang rakaman penceritaannya tadi, dengar dan fahami betul-betul.”

Daehyun mengherot bibir, kepala terteleng sedikit tanda tidak berpuas hati. Mengapa dia tidak mengesan apa-apa sepanjang mendengar cerita dari Jongin itu. Tetikus digerakkan, membuka dan memainkan semula rakaman pengakuan bunuh Jongin yang kedua. “Aaahh, apa juga yang kau dapat ini hm?”

Rakaman video berlangsung, Daehyun tekun mendengar sambil matanya semakin mengecil. Bersungguh-sungguh dia ingin mencari keanehan yang Kyunghwa temui. Sementara Kyunghwa yang hanya memasang telinga mendengar suara rakaman itu sudah berasa menyampah. Mendengar penipuan itu berkali-kali.

Bibir diketap, matanya tidak lepas memerhatikan gerak-geri Jongin di sebelah sana. Yang asyik melakar-lakar sesuatu di atas kertas. Melalui pemerhatiannya, dia menyimpulkan yang lelaki itu bukan hanya menghadapi masalah dengan emosi tetapi dengan memori dan mentalitinya juga. Jongin boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang mengalami penyakit mental.

Dia perhatikan Jongin, selalu seperti sedang berilusi dan berimaginasi akan sesuatu.

Hal itu membuat dia yakin, yang Jongin benar-benar menghadapi masalah dengan mindanya. Kyunghwa yakin ada sesuatu yang telah terjadi yang membuat lelaki ini menjadi seperti itu. Kecelaruan memori. Paling tidak, mungkin sahaja dia sengaja menukar atau mereka cerita yang palsu. Mungkin tarikh dan nama mangsa adalah betul, tetapi ceritanya berbeza.

Kyunghwa sengaja tidak menyebutnya, ingin melihat permainan apa yang sedang dimulai oleh Kim Jongin.

“Argh!” Daehyun merengut rambutnya dengan stress. Hampir lima kali dia mengulang-ulang rakaman tersebut. Namun dia gagal menemukan keralatan yang Kyunghwa maksudkan. “Kyung, rasanya otak aku sudah penuh sampai satu benda pun aku tak dapat detect. Bagitahu sahajalah aku apa yang tak betulnya.”

Kyunghwa melepaskan satu keluhan kasar. Mata terpejam, tekanan memiliki partner team seperti Daehyun. Bukan kurang bijak atau apa, tidak berniat hendak merendahkan lelaki ini. Cuma, dia hanya lambat mengakses sesuatu perkara yang baharu, apa lagi yang mengejut. Memang otak dia akan jadi kosong, sekosongnya.

Tetikus digerakkan, memainkan rakaman sekali lagi. Tetapi pada awal pembukaan rakaman, Kyunghwa ulang-ulangkan, dari minit kedua sehingga kelima. Diulang-ulangkan dalam tempoh itu. Muka kosong Daehyun dipandang dengan mata yang dibesarkan. Berharap yang Daehyun dapat menangkap.

BLOODLUST √Where stories live. Discover now