🏃‍♂️ 11 🏃‍♂️

252 27 6
                                    


Author POV

Ungkapan maaf tak habis-habis keluar dari mulut gadis bernama Kim Chorong.

Sejak balik dari 'welcoming party' petang tadi, Taehyung terus dicari.

Berkali-kali Chorong meminta maaf. Tapi Taehyung hanya memekakkan telinga.

Rasa bersalah semakin membuak-buak.

Chorong menatap Taehyung yang sedang mengancing butang kemejanya.

"Oppa... Oppa nak pergi mana..?" soal Chorong.

Dah pukul 11 lebih ni.. Malam-malam camni mana Taehyung nak pergi?

Taehyung masih lagi membuat seperti Chorong tidak wujud.

Selain daripada menjawab soalan, Taehyung mencapai kunci kereta yang berada di atas meja solek.

"Oppa.." panggil Chorong sayu.

Akhirnya. Taehyung berpaling.

"I nak keluar. Tak payah tunggu. I balik lewat."

Chorong tergamam mendengar arahan suaminya.

Ni lah tabiat Taehyung bila gaduh dengan Chorong. Panggilan bertukar menjadi 'I, You'.. Enggan nak panggil dengan panggilan manja. Nama pun tengah gaduh.

Taehyung semakin menghampiri pintu bilik. Baru je nak pulas tombol pintu..

"Oppa. Saya tahu saya salah.. Saya tak patut cakap macam tu. Mianhae... Saya bersalah. Please jangan keluar, oppa."

Taehyung masih lagi berdiri di hadapan pintu.

Chorong menatap belakang Taehyung dengan penuh harapan yang hati Taehyung bakal melembut.

Namun lain yang dia dapat, Taehyung terus keluar dari bilik.

Setitik. Dua titik.

Semakin deras air mata membasahi wajah Chorong.

"Maafkan saya..."

Taehyung POV

"Kejam sangat ke aku?"

Sekarang, Taehyung pula yang dihantui rasa bersalah.

Tinggalkan isteri keseorangan pada lewat malam.. Tak ke kejam?

Namun ego masih menguasai diri. Taehyung masih sakit hati dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Chorong petang tadi.

" Argh! "

Stereng kereta dipukul kuat.

Marah dengan diri sendiri. Ya, itu memang salah Chorong. Tapi tindakan Taehyung dah melampau. Dia sedar..

Wajah Chorong yang tak habis-habis meminta maaf dari tadi diimbas kembali.

Wajah sayu tu..

"Maaf, sayang.."

Jam tangan dilihat.

11.45 p.m

Nombor Jungkook didail.

"Kook. Aku nak datang rumah kau."

"Eo. Lagi 30 minit aku sampai."

Hm. Ego masih lagi tersisa.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Hyung ada masalah ke?" soal Jungkook sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di atas sofa.

Taehyung tidak menjawab tetapi mengeluh.

Dari cara reaksi Taehyung, Jungkook dapat teka yang sahabat nya ni memang ada masalah.

Me You (Vrong) Where stories live. Discover now