🏃‍♂️ 15 🏃‍♂️

196 28 5
                                    


Author POV

Irene mengepal kemas tangan nya saat menonton rancangan hiburan di ruang tamu.

"Membicarakan pasal hot news sejak kebelakangan ni, tahukah kalian tentang berita mengenai model terbaru Kim Taehyung dan Park Chorong yang sudah menjadi trending?"

"Oh sudah pasti saya tahu! Namun, Eric-shii. Mungkin masih ada segelintir orang yang belum tahu mengenai hal ini. Apa kata kamu memberitahu mereka?"

"Semestinya, Mingyu-shii. Tahukah kamu semua mengenai gossip yang diperkatakan hangat mengenai model terkenal di Korea, Park Chorong?

Kim Taehyung. Model yang sering digandakan dengan Park Chorong yang baru sahaja berkhidmat di agency yang sama semenjak sebulan lalu telah meraih ramai peminat kerana rupa parasnya yang kacak!

Keserasian antara Kim Taehyung dan Park Chorong membuatkan ramai peminat yang mengharapkan hubungan mereka lebih daripada rakan sekerja."

Tut.

Irene terus mematikan televisyen dengan perasaan yang membara.

Sebulan dah berlalu semenjak Taehyung menyertai agency modelling nya.

Dan selama sebulan itu lah Irene mengambil cuti kerana masalah keluarga.

"Tak guna kau, Park Chorong. Aku dah bagi amaran dekat kau. Taehyung tu aku punya. KENAPA KAU NAK RAMPAS SEMUA BENDA DARI AKU?!"

Cushions yang berada di sofa dilemparnya ke lantai.

"ARGH!"

"Kau tengok lah nanti.."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Chorong menatap screen telefon nya hairan.

Dah kenapa Daniel tiba-tiba je ajak jumpa?

"Nak bagitahu something important? asal tak bagitahu je terus??" gumam Chorong seorang diri.

Jam di dinding dipandang.

Lagi 3 jam Taehyung pulang daripada melawat Appa Kim.

"Patut ke aku bagitahu Taehyung oppa yang aku nak keluar?"

"Tapi nanti ganggu dia pulak.."

"Argh. Keluar je lah. Kejap je pun."

Beg tangan yang digantung di dalam almari terus diambil bersama kunci kereta.

Laju sahaja kereta milik Chorong memecut ke café yang diperkatakan Daniel.

.
.
.

Taehyung POV

Mata aku tak henti menatap appa yang juga menatapku.

Apa ni appa.. takut laa titew.

"Wae.. Appa nak jumpa Tae?"

Aku mengerutkan dahi saat soalan aku dijawab dengan keluhan appa.

"Wae kamu berhenti kerja dekat office tu? Kenapa tak bagitahu appa dulu? Kenapa kamu tiba-tiba jadi model pulak ni?"

Soalan-soalan yang dituju oleh appa membuatkan aku terdiam seketika.

"Tae buat semua tu..disebabkan isteri Tae..."

Peluh mula menitik saat aku melihat appa yang sedang tersenyum sinis.

"Oh jadi isteri kamu yang paksa kamu tinggal kan office then jadi model?"

"Appa jangan salah faham. Bukan Chorong paksa Tae. Tapi ni kehendak Tae.. Lagipun Tae bukannya berhenti dari office.

Tae hanya bagi peluang dekat Seokjin hyung untuk pegang balik jawatan yang patut dia sandang dulu sementara Tae settle kan sesuatu.."

Aku cuba untuk menatap wajah datar appa.

"Settle kan sesuatu? Settle kan apa? pasal hubungan perkahwinan kamu yang masih dirahsiakan? Kamu ni memang lah. Dulu appa dah pesan awal-awal.

Chorong bukan yang terbaik untuk kamu. Tengok. Disebabkan dia model, perkahwinan kamu terpaksa dirahsiakan.

Apa ni? Dah dua tahun tahu tak? Sampai bila lagi perkara ni harus diteruskan? Sampai bila appa dengan eomma akan dapat cucu pertama kami? Ke nak tunggu kami mati dulu?"

Aku menatap appa dengan tatapan tidak percaya. Kenapa appa masih belum berkenan dengan Chorong sebagai menantu?

"Taehyung-ah. Kalau macam ni lah hubungan kamu dengan dia.. Appa sarankan kamu kahwin lain lah."

"Appa!!"

"Sudah lah appa. Sudah lah appa buruk sangka dengan isteri Tae. Appa tak faham dengan keadaan kami.

Mianhae appa. Sebab Tae masih belum dapat tunaikan impian appa dengan eomma untuk timang cucu.

Tapi. Tae tak suka kalau appa hanya salahkan Chorong dalam hal ni. Dia isteri Tae. Tae cinta kan dia sorang je. Dan satu lagi...

Tae tak akan kahwin lain. Tak akan."

Dengan berat aku menarik nafas lalu berdiri.

Badanku bongkok kan sedikit.

"Tae balik dulu.. Jaga kesihatan appa.."

-TBC-

SO APA NI?! APPA TAEHYUNG TAK BERKENAN DENGAN CHORONG? KENAPAAAA?!! 😱😱

Hehehhehe nak tahu, terus kan membaca! (walaupun author update book ni lembab cam siput🐽👉👈)

Me You (Vrong) Where stories live. Discover now