0.18

349 33 0
                                    


[Leesa pov]

Selama Sehun tiada, Chanyeol lah yang selalu temankan aku. Dia sentiasa ada disaat aku gembira ataupun sedih. Kadang-kadang, kalau aku rasa nak menangis sebab terlalu rindukan Sehun, dialah yang pinjamkan aku bahu untuk aku menangis.

Dah 2 tahun Sehun pergi. Dan dalam tempoh 2 tahun itulah, Chanyeol selalu ada untuk aku. Dia kawan yang baik.

Sampai lah satu masa, dia mengajak aku untuk keluar bersamanya.

Dan, dia luahkan perasaan dia pada aku.

"Aku taktahu macamana boleh jadi. Aku jadi cemburu bila Sehun asyik dekat dengan kau. Dan masatu aku tahu yang aku dah jatuh cinta kat kau."

Aku hanya tersenyum sahaja. Kalau ya pun nak luahkan perasaan, janganlah luah kat depan orang ramai. Aku malu.

"Macamana dengan Eunchae?"

Dia mengeluh. "Kau tahu kan, dia tak suka aku. Dia sukakan orang lain." Dia macam taknak cakap siapa orang yang Eunchae suka tu dan aku taknak tanya lebih lanjut.

Aku kemudian pegang tangan dia. Dia pandang aku dengan harapan supaya aku terima dia.

Serba salah pula aku.

"Kau tahu kan, aku sukakan Sehun?"

Dia kelihatan sedih. "Aku tahu."

"Aku takboleh lupa dia, Chanyeol. Macamana aku nak terima kau kalau aku sukakan orang lain?"

Dan kami berdua senyap selepas itu. Muka dia memang betul-betul kecewa. Sumpah, aku rasa bersalah.

"Tak apa, Leesa. Aku tetap akan tunggu kau. "

Friendzone.Where stories live. Discover now