Chapter 6 - Hyunjin pt.2

1K 110 6
                                    

Hyunjin berjalan dengan pantas dan masih tidak puas hati kerana Irene.

"Woah woah Hyunjin, sabar. Kau jangan macam ni, stress kau nanti" kata Seungmin dengan baik.

"Aku memang tengah stress pun, perempuan tu patut blah dari dunia ni" geram Hyunjin.

"Ape kata harini kau balik rumah? Lagipun kitorang taknak Chan tau yang kau tengah stress. Lagi satu takut kau takleh kawal diri, baik kau balik rumah, duduk dengan Y/n." pujuk Han.

Hyunjin hanya menjeling muka Han.

"Okay, baiklah.. Aku balik.." kata Hyunjin.

"Buat masa ni, kita jangan tanya Hyunjin ape jadi tadi. Aku tak pasti kalau Y/n tau pasal ni" bisik Han kepada Seungmin dan Felix.

"Uhm, okay" Seungmin dan Felix memberi isyarat 'ok'.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di rumah Hyunjin dan Y/n.

"Jadi Hyunjin, kau duduk la rumah dulu, nanti kitorang cakap kat Chan" kata Seungmin.

"Ye, thanks." Hyunjin masuk ke dalam rumah

"Oppa dah balik" Hyunjin menukar kasutnya kepada selipar di dalam rumah.

"Eh? Awal balik?" aku segera berjalan ke arah Hyunjin.

"Oppa tak sihat" Hyunjin meletakkan beg sekolahnya dan membuka jaket baju dan tali lehernya.

"Tak sihat?" aku meletakkan tanganku di dahi Hyunjin. "Elok je, tak panas. Penat kot." monologku.

"Ah oppa kita ada tetamu, kawan Y/n" aku menunjukkan ke arah Moonbyul dan Jeongyeon.

"Disebabkan abang kau dah balik, kitorang pun nak balik jugak la" Jeongyeon segera bangun.

"Eh? Pulak?" tanya aku.

"Ye la, abang kau tak sihat. Kitorang macam menyibuk pulak, rasa bersalah la kitorang" kata Jeongyeon.

"Tu lah, lagipun sekarang ni dah nak pukul 6, lama jugak kitorang duduk" balas Moonbyul.

"Hmm.. Ye tak ye jugak kan. Okay la, terima kasih banyak-banyak sebab temankan aku" kata aku.

"Eh kitorang kawan kau, ape salahnya kan?" kata Moonbyul lalu mengenyitkan mata kirinya.

Aku menjenguk luar untuk melihat Jeongyeon dan Moonbyul. Setelah mereka hilang dari pandanganku, aku segera ke ruang tamu balik untuk membersihkan cawan dan pinggan di meja tersebut.

"Haih..." Hyunjin baru sahaja keluar dari bilik air mengeluh berat dan duduk di atas sofa.

"Sakit ape oppa?" tanya aku.

"Sakit kepala" balas Hyunjin.

"Lah pulak, ni mesti terlebih kerja ni. Nah ubat" aku memberikan ubat dan secawan air kosong kepasa Hyunjin.

"Thanks" Hyunjin mengambil ubat dan cawan tersebut.

"Pff, dah besar pun tak pandai nak keringkan rambut" aku tertawa lalu mengambil tuala dan menghadap ke arah Hyunjin untuk mengeringkan rambutnya.

Hyunjin hanya melihat aku yang sibuk mengeringkan rambutnya.

Tiba-tiba Hyunjin memelukku, sekali lagi.

Aku terberhenti seketika kerana Hyunjin memelukku dengan erat, sehinggakan tiada ruang di antara badanku dengan dia, kakinya pula di sekeliling pinggangku. Kepalanya letak di bahuku.

LIFE WITH AN IDOL 🎤 (HYUNJIN X READER) [✔️]Where stories live. Discover now