Tips [Ending]

616 154 21
                                    

Hi.

Tips kali ini saya akan terangkan serba-sedikit tentang penamat/ending yang korang boleh pilih untuk story masing-masing.


Pilihan penamat/peleraian/ending

1) Happy ending
Penamat yang gembira. Beri peluang watak-watak utama untuk hidup gembira, dipertemukan semula atau berbaik semula. Gitu.

2) Sad ending
Mudah sahaja. Penamat jenis ini boleh dilakukan melalui babak perpisahan, babak kematian salah satu watak utama atau watak itu hilangkan diri.

3) Tergantung/ cliffhanger
Kalau nak kasi penamat yang lagi rare dan mengancam, tamatkan cerita anda dengan babak tergantung.

Contoh: Si A ingat hidupnya sudah aman dengan penangkapan pembunuh bersiri itu. Tapi, A tak sedar pembunuh itu sudah berjaya larikan diri daripada tahanan. Tanpa dia sedar, pembunuh itu sedang ralit memerhati gerak-gerinya di sebalik langsir tebal. Si A hanya tersedar sewaktu pembunuh itu menghayunkan pisau secara mengejut ke arahnya.
(Tamatkan babak ini pada waktu itu).

4) Plot Twist / plot ubah secara kejutan

Apa kata babak penamat story tu, korang hasilkan plot twist . Watak baik jadi jahat. Watak jahat jadi baik. Kemunculan semula watak yang disangka 'mati'.

Hehe. Cuba try.

🎈
A/N: Setakat ini sahaja tips saya. Maaf kerana lama menyepi.

Tips Penulisan [ Q & A]  Edisi 1Where stories live. Discover now