💜PART 38💜

15.4K 198 217
                                    

Bieyana memandang tarikh hari ini. Tarikh bahagia Gibran. Sepatutnya dia yang duduk disebelah jejaka bermata kelabu itu. Bukan gadis lain. Dia menitiskan air mata.

Penyesalan yang dia pernah buat adalah meninggalkan lelaki itu adalah sesuatu yang dia tak patut lakukan. Bodoh.

Kedengaran bell pintu dibunyikan. Ibu bapanya tidak ada disini kerana terpaksa ke Aussie yang baru berlepas semalam.

"Kejap."

Laungnya kepada orang yang diluar. Pintu dibuka. Terpaku dia melihat pekerja Sweety Bakery yang menyengih.

"Jom boss. Kita orang hias-hias dulu."

Kata Anisa yang memegang alat solek.

"Hias apa?"

Bieyana mengerutkan dahi melihat baju pengantin pada pegangan ibu mengandung iaitu Nora.

"Rancangan kita semalam"

Bieyana menepuk dahi. Dia lupa rancangan semua pekerjanya untuk memusnahkan perkahwinan Gibran yang berlangsung hari ini.

"Korang ni biar betul?"

"Betul la boss. Dah cepat."

Mereka semua masuk dan menarik Bieyana naik keatas.

Beberapa jam kemudian.

"Cepat la boss. Nanti lambat boss nak rosakkan perkahwinan mereka."

Nora dan izza kalut memasukkan kasut tumit tinggi dikaki Bieyana yang mengenakan baju kahwin yang sarat dengan manik.

"Sabar la. Berat sangat baju ni"

Bieyana melihat penampilannya dihadapan cermin kali terakhir. Plan ini adalah idea semua pekerjanya setelah Natasha melihat Bieyana menangis dilorong kosong tempoh hari.

Natasha dan Vionica menyediakan kereta dibawah. Anisa mengiringi Bieyana kebawah kerana baju perkahwinan pemberian Nora itu sarat.

"Cantiknya boss. Macam princess dah saya tengok"

Izza terpegun dengan make up yang diconteng pada muka Bieyana tambahan dengan baju yang muat pada tubuh montoknya.

Bieyana tersipu. Kemudian mereka melangkah kedalam kereta menuju ke tempat perkahwinan yang dikatakan oleh Nora. Bieyana tidak tahu tempat itu kerana kad undangan itu dia telah buang.

Mereka tiba dirumah Gibran. Kelihatan ramai tetamu yang datang tetapi pengantin belum tiba.

"Banyaknya orang Nora,betul ke apa saya buat ni"

Bieyana gelisah. Dia melihat seperti semua orang tertumpu kepada kereta mereka yang telah dihias seperti pengantin perempuan yang sebenar.

Nora tidak menghiraukan Bieyana. Mereka keluar dati kereta tersebut. Izza menarik Bieyana keluar.

Tepukan gemuruh kedengaran. Gibran yang baru menuruni tangga sudah gemuruh. Takkan la pegantin perempuan sudah datang. Masak.

Dia melihat seorang gadis memasuki lorong red karpet. Dia mengerutkan dahi. Bieyana? What?

Dia bergegas ke atas autrium. Mic diambil dari pengacara majlis.

"Wait. Hold down. She is not my bride actually."

Suara berbisik dan berpandangan sesama sendiri. Bieyana sudah menundukkan wajah. Dia malu. Dia ingin saja berlari keluar. Nora dan Anisa yang mengapitnya sudah tertunduk

Semua mata beralih kepada dia. Malu. Itu yang dia rasa.






Sekarang ni Gibran jahat ke Bieyana yang salah?

Hahhaha.. continue.😍

Macam biasa Vote comment and share if you think this caphter deserve it.

Woof woof. Muahh

Inspiré The MafiaWhere stories live. Discover now