Part 7

52 2 1
                                    

"Raniaa... Maafkan la aku. Aku merayu pada mu Rania, bagi la aku peluang sekali saja lagi. Aku ingin menebus segala kesalahan dan kesilapan ku yang telah lalu pada mu Rania. Raniaa.!!! " jerit Ryan.

Namun Rania sedikit pun tidak menoleh kearah Ryan. Dia malah mempercepat langkah kakinya.
Dia tidak menghiraukan jeritan Ryan, apa lagi memperdulikannya. Ia terus saja melangkah pergi meninggalkan Ryan. Hatinya masih lagi terasa sakit. Walau pun perkara itu sudah lama berlalu beberapa tahun, namun masih lagi terasa. Tapi jauh disudut hatinya yang paling dalam, sebenarnya dia masih lagi sayangkan Ryan. Dia sudah cuba berusaha untuk melupakan Ryan, tapi tidak boleh. Tapi dia sangsi dengan perasannya sendiri.

"Eh apa sal kau panggil aku sayang tadi ar. Lelaki tu kan Ryan, bekas tunang kau. Kenapa kau tak layan dia, malah kau tinggalkan pula. Bukankah kau masih sayang ke dia. Boleh tahan juga orangnya, sudahlah tegap, hensom lagi. Patutl la kau sayang sangat dengan dia."

"Hii, kau ni banyak songeh la kan. Tapi apa pun aku terima kasih juga dengan kau sebab selamatkan aku tadi. Sorry la aku terpaksa buat macam tu pada kau. Aku tiada niat pun untuk pergunakan kau. Hanya cara itu saja yang aku terfikir." jelas Rania seperti rasa bersalah.

"Eh tak pa, aku okey ja. Tak ada masalah pun, aku lagi suka. Macam aku nak dengar lagi, kau panggil aku sayang. Eh seronoknya. Kalau betul pun apa salahnya kan. Kut kut ada chan la aku ni nak ngurat kau lagi. Lagi pun kan dah lama aku sukakan kau Rania, cuma kau ja yang suka jual mahal dengan aku."

Hee...mamat ni... perasan lebih pula dia. Kau jangan mengarut boleh tak." kata Rania kurang senang dengan apa yang baru saja dikatakan Haikal.

"Apa pula mengarut, betul la apa aku cakap. Tak salah kan kalau aku suka dengan kau. Kita kan sama sama single, so..tiada masalah la kan."

"Haah...dah mula la tu. Eee...dah dah... Jangan lebih lebih pula. Otak kau ni bukan boleh pakai pun. Jangan nak merepek. Dah jom, kita kewad lain."

"Tapi kan Rania, kenapa kau tak terima dia? Aku tengok dia tu baik orangnya, dia sungguh sungguh pula tu sayangkan kau. Jarang tau lelaki yang sanggup buat macam tu. Sanggup buang ego kerna seorang perempuan." kata Haikal.

"Oh... jadi kau tak macam tu la. Haikal, cuba kau tempat kan diri kau ditempat aku. Apa kau rasa bila orang sakitkan hati kau dan tuduh kau macam macam, sedangkan kau tak buat semua itu. Semudah itukah kau terima dia, setelah apa dia dah buat dengan kau." soal Rania.

"Memang taklah." jawab Haikal pendek.

"Tau pun. Yang kau beriya iya benar nak suroh aku terima dia tu kenapa?" soal Rania.

"Bukan macam tu maksud aku Rania. Aku ni cuma kasian ja dengan dia tu." bela Haikal.

"Oh, jadi kau kasian la deka dia, habis tu siapa yang kasiankan dengan aku ni." Rania seperti kecil hati.

"Aduhh...Rania, kau ni kan, mudah sangat terasa. Tentulah aku kasian dengan kau, sebab aku sayangkan kau. Betul tak sayangg... eh tersasul pula." sengih Haikal.

Rania cuba mengelak dari pembicaraan Haikal melalut lalut. Dia tidak mahu Haikal kecil hati dan tersinggung. Dan dia juga tidak mau Haikal berharap sangat dengannya. Kerna dia menganggap Haikal hanya sebagai kawan saja. Tidak lebih dari itu. Hatinya belum terbuka lagi untuk menerima mana mana lelaki yang cuba mengisi kekosongan dihatinya. Dia tidak mahu terluka lagi untuk kali kedua. Mamanya selalu bertanya, setiap kali dia call, bila lagi Rania akan cari penganti Ryan. Tapi Rania hanya kata, dia belum jumpa lagi orang yang sesuai dengan dia.

Haikal pula tidak berputus asa untuk memenangi hati Rania. Dia akan terus berusaha mengambil hati Rania walau dengan cara apa sekali pun, asalkan Rania tetap jadi mileknya. Tapi bukanlah dengan cara yang salah. Dia tidak akan berhenti mengejar, sampai dia mendapatkan cinta Rania. Itu la tekad Haikal.

Ryan pulang kerumah dengan wajah sugul dan muram. Dia amat kecewa dengan penolakan Rania. Dia gagal meraih kembali simpati Rania. Namun dia juga tidak berputus asa, kerna Rania belum menjadi milek siapa siapa. Dia akan tetap berusaha sampai Rania menjadi mileknya. Itulah yang ada difikiran Ryan.

"Ryan, kenapa mama tengok kau sejak balik dari rumah sakit, kau asyik termenung, banyak diam, muka pun nampak murung ja. Kau ada masalahkah Ryan? Kalau ada masalah tu luahkan, jangan dipendam lama lama, nanti membebankan fikiran. Kau tak nak kongsikah dengan mama? Siapa tahu mama boleh tolong . Atau kau sedih dengan kepergian Nita." soal mamanya, dia merasa hairan dengan sikap Ryan.

"Tak ada apa la maa. Ryan cuma penat sikit." elak Ryan.

Tapi dari air muka kamu tu Ryan, mama dapat agak, yang Ryan ni tentu ada masalah besar. Cerita la dengan mama." pujuk mamanya.

"Eh, tak ada la, mana ada masalah. Pandai ja mama ni." elak Ryan lagi, tapi dari nada bicaranya, mamanya sudah dapat mengagak yang anaknya ni tentu ada masalah.

"Habis tu, kalau kau tak ada masalah, kenapa kau asyik termenung sana, termenung sini, gelisah sana gelisah sini. Macam kucing hilang anak. Kalau ada masalah tu, jangan dipendam, luahkan. Kut kut dapat meringankan sikit beban fikiran tu. " soal mamanya.

"Err...anu...maa, masa dirumah sakit Ryan ada terjumpa dengan Rania. Dia makin cantek maa." jelas Ryan pada mamanya.

"Hahh... Rania...dia buat apa disana? "Soal mamanya.

"Eh mama ni, lupa la tu, Rania kan dulu ambil jurusan kedoktoran. Tentulah dia kena bertugas dirumah sakit. Dialah yang merawat Nita, semasa Nita dirumah sakit. Mama ni, itu pun lupa." jelas Ryan.

"Oh ya, mama lupa pula." seraya mamanya menapuk dahinya sendiri.

"Tak sangka kan maa, sekarang dia dah jadi seorang doktor. Dia la yang merawat Nita sampai dia meninggal." beritau Ryan.

"So, kau sempatlah bercakap dengan dia." tanya mamanya pada Ryan.

"Ada la sekejap ja, dia pun sibuk. Lagi pun dia macam tak nak bercakap dengan Ryan. Ryan nampak dia dah ada teman lelaki. Doktor juga, yang sama sama dengan dia belajar dulu."

"Oh jadi, tulah yang buat kau termenung sepanjang hari." ujar mamanya.

"Ya maa. Ryan sudah cuba menjelaskan pada Rania, tapi dia tetap tidak mahu mendengarkan penjelasan Ryan." keluh Ryan.

"Ryan kena cuba lagi. Jangan cepat berputus asa. Mama percaya satu hari nanti, hati Rania pasti akan lembut dan terima kau balik." mamanya bagi semangat pada Ryan.

"Ryan sudah cuba maa. Tapi dia tetap tidak terima Ryan. Apa yang harus Ryan buat maa, supaya Rania balik lagi dengan Ryan. Fikiran Ryan dah buntu maa." luah Ryan pada mamanya.

Bersambung..

Pertemuan Dua Hati ( Complate )Where stories live. Discover now