70/100 - Part 5

306 39 12
                                    

"Sorry Janice Sorry! Buduh bah ko ni Zia main tulak-tulak saja!", jerkah Jinny sambil menolak kembali badan Zia namun kedua-dua mereka tidak menyedari apa yang berlaku pada Janice dan Memphis pada ketika itu kerana sibuk bergaduh ditambah dengan keadaan ruang tamu yang agak gelap. Mulut Memphis yang secara tidak sengaja tercium bibir Janice masih tidak berganjak dari posisinya. Badan si gadis berkulit kuning langsat itu terpaku apabila tomboy tersebut juga tidak mengalihkan bibir dari mucungnya.

"A..", Memphis ingin bersuara namun tanpa dia sangka Janice sudah terlebih dahulu mengulum bibirnya yang separuh terbuka membuatkan matanya automatically tertutup untuk merasai bibir tomboy yang digilainya selama ini.

"Benci betul! Malas saya mau tingu wayang kalau bising-bising macam ni!", jerit Zia berdiri dan menarik comforter yang menutupi badan ketiga-tiga orang yang duduk di sofa tersebut. Janice yang terlalu asyik mencium bibir Memphis terkejut dan melepaskan mulutnya sebelum kawan-kawan Memphis menyedari perbuatannya.

"Apa juga yang berubah kalau kau duduk di siring? Sama juga size tu tv di depan!', bentak Jinny mempertahankan tempat duduknya di sebelah Janice. Pada masa yang sama, dia tidak mahu memberikan peluang terhadap Zia untuk melukakan hati Memphis.

"What's wrong, girls? Inda siok lah macam ni kalau mau gaduh-gaduh tempat duduk. Bah, kamurang duduk lah di sini, saya duduk sana depan", kata Janice segera berdiri dan menuju ke arah satu lagi single seater sofa yang terletak di tepi sebelah Memphis. 

"This is all your fault!", kata Jinny mendengus sambil melirik pada Zia yang bertindak melampau. Zia berjalan dan menuju ke arah pintu tanpa melihat mereka lagi.

"Zia! Zia! Mana kau mau pigi?", tanya Janice dengan suara yang agak tinggi.

"Pulang!", pendek sahaja jawapan dari si gadis brownish dan dan disusuli dengan hentakan keras pada daun pintu.

"Padan muka! Benci saya mengganggu ketenteraman awam saja!", kata Jinny dengan nada marah.

"Saya tiada mood sudah mau tingu wayang, Janice. Emm.. Jiji, mari kita balik", kata Memphis secara tiba-tiba. Janice yang masih terasa sedikit kecewa dengan sikap Zia agak terkejut dengan kata-kata Memphis. Is she mad at me? tanya hati kecil Janice. Dia sebenarnya ingin mengenali Zia dengan lebih mendalam namun incident dengan Memphis tadi membuatkan fikirannya bercelaru. 

"Please stay, I mean for the movie", kata Janice berdiri ingin menghalang keputusan Memphis untuk pulang ke rumah mereka.

"Saya pun mau tingu wayang juga bah, Mempy.. please?", Jinny juga mengharap agar Memphis tidak turut menyertai jejak teman serumah mereka tadi.

"It's okey Janice, maybe next time lah lagipun Zia saturang saja di rumah. Thanks for inviting us", kata Memphis dan dia sedaya upaya mahu mengelak dari bertentang mata dengan tomboy yang menggegarkan hatinya dengan ciuman yang penuh kelembutan tadi. Walaupun dia sudah bertunang namun itulah kali pertama dia dicium oleh seseorang. Mervin tidak pernah berbuat demikian kerana perangainya akan berubah menjadi bengis setiap kali mereka berjumpa. 

"Are you mad at me?", Janice memberanikan diri menanya Memphis di depan Jinny yang tidak tahu apa yang terjadi di antara mereka.

"I am not mad tapi saya cuma tidak senang hati Zia saturang di rumah", kata Memphis membuatkan hati Janice sedikit lega. Jinny melepaskan nafas yang berat dan perlahan-lahan bangun dari tempat duduknya. 

TOMBOY - JANICE THE ORIGINAL (COMPLETED)Where stories live. Discover now