Diperangkap - Part 8

268 33 18
                                    

"She's my wife", kata Janice sambil menyerahkan kad pengenalan kepunyaan Memphis kepada jururawat yang bertugas di kaunter.

"Mulau kanto tii tulun ditti", kata jururawat itu membebel sendirian.

"Saya cakap dia bini saya pun kau bilang saya gila kah? Klinik apaini mau menyibuk ambil tahu pasal pasangan pesakit?!", bentak Janice agak marah kerana dianggap sewel oleh jururawat tersebut. Tersentak jururawat yang berbadan gempal itu apabila Janice memahami apa yang dibebelkannya walaupun dalam bahasa Dusun.

"Ah..! Siou butul-butul.. anu bah.. ehh.. bah! Kami rawat dulu bini kau", kata jururawat tersebut sambil cepat-cepat menghilangkan di sebalik pintu walaupun Janice dengan terang masih dapat melihat punggungnya yang lebar tersembul keluar dari celah-celah dinding.

"Bodoh punya missi!", sumpah Janice namun dia tahu suaranya itu tidak didengari oleh sesiapa dan sememangnya tidak ada orang lain di dalam klinik tersebut kecuali dirinya (dan orang-orang yang berada di dalam bilik rawatan).

"Eh.. sir.. bini kau panggil", jururawat gempal itu kembali ke kaunter dan memanggil Janice untuk masuk ke dalam bilik rawatan dan tanpa berlengah kaki tomboy itu dengan segera berlari dan membuka pintu.

"Mempy, are you alright?", tanya Janice yang meluru ke arah Memphis yang berbaring dengan muka menahan sakit.

"Okey bah kalau kau.. hihihhi", sempat lagi Memphis ketawa walaupun dalam kesakitan.

"Kau ni tiada apa-apa juga kecederaan dalaman tapi luaran memang teruklah dan saya inda syorkan kau travel buat masa ini. Paling bagus kau berehat satu hari di klinik sebelum kau pigi mana-mana. Nanti saya kasi ubat bikin sapu sama painkiller tapi ambil masa betul-betul sakit saja, kama. Kalau masih buli tahan inda payah makan", kata doktor lelaki yang mungkin baru berumur dalam 39-40 tahun sambil tangannya mencatat sesuatu di atas kad laporan pesakit.

"Kounsikou (terima kasih) uncle Terry", kata Memphis seolah-olah kenal rapat dengan doktor tersebut.

"Jadi kau inda balik rumah sudah kaini, Mempy? Apa bilang si Mervin? Dia tau sudah kah kau kena pukul bapa kau ni?", tanya doktor yang dipanggil uncle Terry itu. Janice yang ingin membawa Memphis keluar tidak jadi memapahnya.

"Belum lagi dan inda payah lah bagitau dia tu uncle nanti tambah mengamuk tu anak beranak. Sudahlah si Mervin indatau apa sebab saya kena pukul..", kata Memphis dan perlahan-lahan dia bangun dari katil tempat dia berbaring.

"Kenapa juga bapa kau pukul kau begini teruk? Uncle Gauss inda akan mengamuk walaupun orang cakap dia macam-macam. Ini mesti ada barang yang kau buat bikin dia marah ni", kata uncle Terry lagi dengan nada yang agak tinggi. Ingin Janice menyampuk perbualan kedua-dua mereka itu tapi dia tidak mahu dianggap biadap.

"Sebab saya mau kasi putus tunang sama si Mervin bah tu, uncle... inda buli sudah saya dingar balik-balik diorang ungkit jasa dorang sama keluarga kami. Saya mau belajar pun inda sinang hati, macam terhimpit sebab banyak hutang", beritahu Memphis namun tidak menyatakan sebab sebenar bapanya mengamuk. Janice yang berada di sebelahnya mengeluh dengan nada berat kerana Memphis tidak memberitahu kepada doktor itu hal yang sebenar.

"Kau biar betul, Mempy.. ogumu (banyak) kama kau mau bayar balik sama si Mervin tu! Berapa tahun sudah kau belajar di UMS tu? 2 tahun kah? Pikir baik-baik kama Onong. Mama ko punya ubat pun bukan murah tau", terkejut uncle Terry mendengar pengakuan Memphis yang tidak lagi tersenyum.

"Saya nekad sudah ni uncle Terry. Pandai-pandai lah saya mencari jalan apa macam mau bayar balik si Mervin", kata Memphis mendekati Janice sambil memegang tangan tomboy itu lantas Janice memapahnya.

"Dabol (dua kali ganda) kama itu mau bayar balik Mempy kalau kau inda dapat bayar on time, bapa kau terpaksa kasi itu tanah kamurang sekarang sama si uncle Tutui. Kalau itu sudah terjadi mana lagi dii gia tempat tinggal keluarga kau?!", uncle Terry semakin tidak puas hati apabila melihat keakraban Memphis dan Janice dan dia berusaha untuk menyedarkan Memphis yang pada anggapannya sudah tidak berfikiran waras.

TOMBOY - JANICE THE ORIGINAL (COMPLETED)Where stories live. Discover now