Part 1.1 Diawalnya

224K 496 14
                                    



Lia memberikan handphone-nya kepada kakak iparnya untuk menunjukkan gambar-gambar yg dicopy dari telefon suaminya, Kamal. Sara , kakak ipar Lia melabuhkan bontotnya ke kerusi salon sambil melihat gambar-gambar yg diberi oleh Lia satu persatu. Kelihatan muka muram Lia di pantulan cermin di depannya.

" oohh.." getus Sara tanpa menunjukan sebarang riak muka, " aduhai Kamal ni, dia buat lagi perangai lama".

Lia agak kecewa bila melihat sikap acuh tak acuh kakak iparnya, yg merangkap pemilik salon tempat mereka berbual. Kakak ipar nya itu hanya bersahaja bila dia menunjukan gambar-gambar perempuan beraksi seksi itu sedangkan gambar itu jugak yg menyebabkan dia bergaduh dengan Kamal sejak dua hari lepas. Lagi menyakitkan hati Lia apabila Kamal sendiri mengaku yg perempuan-perempuan itu adalah pelayan pelanggan atau GRO.

" perangai lama Kak Sara ? Abg Kamal memang dari dulu suka langgan GRO ke?"

" emmm..." getus Sara sambil menarik sebatang rokok dari kotak di atas meja. " memang begitu la perangai dia. Kau bini dia, takkan la ko baru tahu kot?"

Lia terkesima. Memang dia dan Kamal baru sahaja berkahwin selama setahun, dan mereka bukannya pasangan kekasih sebelum berkahwin. Mereka berdua dijodohkan oleh keluarga mereka yg masing-masing merupakan rakan kongsi bisnes, yg mana sekarang bisnes itu telah diuruskan oleh mereka berdua. Lia dan Kamal memang telah kenal dari kecil lagi, namun mereka tidak lah serapat mana. Hanya selepas mereka berkahwin barulah mereka mula bercinta dan rapat. Memang Lia tahu yg keluarga mertua nya itu agak bebas sedikit dalam hal sosial dan kehidupan. Sememangnya Lia tidak berlalu terkejut bila mendengar tentang tabiat buruk Kamal itu. Lihat saja dengan Sara, kakak Kamal. Sara yg berumur 30an itu pernah hendak dijodohkan dgn saudara Lia sendiri, namum disebabkan perangainya yg bebas, Sara telah hamil dgn kawan satu kolej nya dan terpaksa berkahwin dgn lelaki tersebut. Dan disebabkan kejadian itu jugaklah Sara telah dibuang keluarga kena mencemarkan status keluarga mereka.

" Jadi ape yg ko nak buat?" tanya Sara sambil mengepit rokok yg baru dinyalakan nya ke bibir yg bersalut gincu merah terang. " Kau dah dua hari tak bercakap dgn Kamal. Takkanla kau nak terus macam ni. Aku tahu kau ni baik, mesti kau fikir tentang hubungan keluarga kita. Jangan la sampai cerai berai."

" eh, takde la kak" jawab Lia. " Abg Kamal memang salah, tapi saya tak terfikir pun nak bercerai dgn dia. Saya dah mula sayangkan Abg Kamal, kak. Lagipun saya baru je tau tentang benda ni. Sebab tu lah, saya datang jumpa akak untuk tanya pendapat akak pasal benda ni. Akak pasti lebih kenal dgn Abg Kamal.." suara Lia semakin sebak disebabkan malu,"...dan saya taknak keluarga kita susah hati di sebabkan kami berdua."

" Baiknya budak ni.." getus Sara dalam hati. Disebabkan hal begini lah yg Sara agak tidak bersetuju apabila Kamal dan Lia dijodohkan oleh keluarga mereka. Baginya, pasangan harus bercinta dan mengenal baik buruk masing-masing dahulu sebelum mereka berkahwin. Bila jadi macam sekarang, Lia yg tersepit bila dapat tahu perangai buruk Kamal. Kalau Lia dan Kamal sudah kenal rapat sebelum kawin, pasti mereka sudah sedar tentang kebaikan dan keburukan mereka.

Sara menyedut rokoknya dalam-dalam, lalu menghembus asap rokoknya dari mulut. Lia mengelak sambil mengipas-ngipas asap roko di depan mukanya. Kakak iparnya itu mula merokok sejak zaman sekolah lagi. Kadang-kadang Lia terfikir, yg kakak iparnya itu suka bermekap tebal semata-mata kerana ingin menutup kesan penuaan disebabkan tabiat merokoknya itu. Sara tidak pernah keluar tanpa berhias, bermekap dan berpakaian seksi sejak dari remaja lagi, bukan hanya kerana dia pemilik salon kecantikkan.

Lia terus memerhati Sara yg sedang berfikir sambil merokok, dan sambil membetulkan tali halus tank dress nya yg melurut dari bahunya. Tank dress Sara yg nipis itu menampakan bayang bra merah yg dipakainya sekarang. Sara memadamkan rokok nya di ashtray, tersenyum, berdiri dan mendekati Lia.

" Akak rasa, kita buat macam ni..."

********************************************

" TAKKAN LA MACAM TU JE CARANYA.." Lia tidak dapat menahan suaranya apabila mendengar habis cadangan Sara, kakak iparnya itu. Sara hanya tenang melihat reaksi Lia, sambil menyalakan sebatang lagi rokok untuk disedutnya.

" Aku hanya bagi cadangan jer. Ko nak buat ke tak, itu semua terpulang. Kalau mengikut perangai Kamal tu, aku rasa ini saje cara yg terbaik. Tapi kalau ko rasa tak sesuai, ko boleh tanya pendapat org lain." Jelas Sara, sambil menghempuskan asap rokok nya .

Lia hanya terdiam sambil terus berfikir.

" Dan kalau ko nak, aku sedia membantu, free je." Kata Sara, sambil tersenyum. " Bukan kali ni je, lain kali pun aku sanggup. Senang kata, sampai bila-bila pun boleh. Lagipun, ko dgn Kamal dah banyak tolong aku sebelum ni. Anggap je yang aku balas balik budi korang selama ini."

"..nanti la kak, biar saya fikir-fikir dulu.." balas Lia, perlahan sambil kelihatan seperti berfikir panjang.

Ternyata Lia perlu masa untuk berfikir tentang cadangan kakak iparnya itu. Berkali-kali dia melihat semula gambar-gambar yg diambil dari handphone Kamal.

" Abg, Lia ade benda nak bincang dgn abg mlm ni" Lia mesej itu dihantar ke aplikasi Whatapps Kamal.

Kamal yg masih gelisah akibat rahsia dan gambar-gambar koleksi dlm handphonenya diketahui oleh Lia, menarik nafas lega.

Isteri Sundal LiaWhere stories live. Discover now