TY 04

361 55 37
                                    

Tok tok tok

Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam wad jimin. Matanya menangkap tubuh lemah jimin yang sedang baring. Senyuman terhias di bibir jimin. Sungguh pucat sekali.

"Hey tae..."

Ya lelaki itu ialah taehyung. Sudah lama and dia memang tahu akan keadaan jimin itu. Ini lah sebab dia rasa bersalah. Kawannya tengah berlawan dengan maut yang bila-bila saja nyawa akan di ambil di tambah kan lagi gadis yang jimin cintai sangat kini sedang bercinta dengannya.

Dia yakin yang jimin pasti memerlukan ji hyo.

Taehyung rasa seperti seorang yang tak berguna. Dia tidak mampu berbuat apa apa. Dia rasa seperti merampas harta yang bernilai dalam hidup seseorang.

"Hai jimin."

Taehyung tersenyum. "Saya boleh duduk dekat sini kan." Tanpa tunggu jawapan dari jimin, dia terus saja menghampiri kawannya lalu duduk di sebelah nya. Wajah lelaki itu di tatap sayu. Sedih melihat keadaan kawan nya. "Apa khabar?"

"Baik macam apa yang kau nampak sekarang ni." kata jimin tenang. Senyuman manis sentiasa terukir.

Semakin bertambah perasaan rasa bersalah dalam diri. Dia tahu jimin sedang menyembunyikannya. Lelaki di depan ni sedang menipu.

"Ji hyo asyik cari kau, jimin. Tolong la untuk kali ni ja saya nak minta tolong. Tolong la beritahu ji hyo hal yang sebenar."

Rayu taehyung. Dia tak sanggup lagi.

"No tae. Saya tak nak." Jimin menegas. Tiada lagi Senyuman. Pandangan matanya beralih ke arah jendela.

"Tapi dia cari kau! Kau kata kau sayang dia! Kau suka dia!! Jadi buat kali ni tolong la. Saya tau kau pun nak sangat jumpa dia!" Taehyung tak nak mengalah.

"Taehyung! Saya sakit, taehyung!! Sakit! Saya akan mati tidak lama lagi!!" Jimin melepaskan segalanya.

"Kanser hati ni da tak boleh di selamatkan lagi!" tambahnya. "Saya memang akan mati. Kau tau itu bukan?"

Taehyung terdiam. Seperti ada sesuatu benda tajam menusuk ke dalam hatinya buatkan dia rasa amat sakit. Begitu juga dengan lidahnya yang tiba-tiba terasa kelu.

"Tipu la kalau saya tak rindu dia, tae! Tipu la kalau saya cakap yang saya tak nak jumpa dengan dia! Kalau boleh setiap hari saya nak tengok dia! Nak peluk dia! Lihat senyuman dia."

Jimin akhirnya menangis juga. Air mata namjanya suda pun mengalir laju. Manakala taehyung hanya mampu senyap dan tak buat apa-apa. Dia sendiri tahu apa jua dia katakan pasti jimin tak akan dengar.

Keadaan Jimin sekarang amat teruk. Rambutnya sudah banyak gugur, hampir menampakkan kulit kepala. Dia juga sekarang hanya terbaring di atas tilam saja.

Mayat hidup. Itu la perkataan yang sesuai untuk mengambarkan keadaan lelaki ini sekarang. Sangat Lemah dan tak bertenaga.

Tapi ada sesuatu yang tak akan pernah berubah. Satu ja tak berubah iaitu senyuman. Dia tetap tersenyum walaupun sekarang ni dia sedang menderita.


Jimin menatap siling dengan pandangan kosong. Memori lama mula berputar kembali. Dia mula tersenyum sendiri apabila teringatkan wajah comel ji hyo yang sedang marah. Sungguh dia rindukan gadis itu.

(C)Thank You- Where stories live. Discover now