10

2.3K 192 13
                                    


|| special for u sbb rini cuti ... and Happy CNY 😚

A Reason to Stay
10


Air mata mengering. Hati serta jiwa kaku. Meski detak jantung berdenyut senada, kepedihan masih menjalar dalam dada. Mengisi kekosongan yang bermarajalela dalam jiwa itu.

Dia sendiri mengambil keputusan ini. Keputusan untuk melepaskan semuanya... namun mengapa jauh disudut hati itu, dia mengharapkan pilihan sebaliknya?

Langkah Estella perlahan,senada dengan helaan nafasnya yang berat. Pandangan yang sedari tadi terarah pada jalan kini dialihkan , kepala didongak seusai telinga mendengar bunyi detik kiraan bagi laluan pejalan kaki. Kenderaan dikedua-dua  jalan raya berhenti pegun ditempatnya,memberi laluan pada pejalan kaki melintasi jalan raya itu. Rata-rata masyarakat yang mengambil inisiatif untuk berjalan kaki mulai menyeberangi jalan itu dari kedua-dua arah. Memperlihatkan lautan manusia yang berkumpul ditengah-tengah laluan sibuk itu.

Estella sekadar diam memerhati,tiada niat untuk menyeberangi jalan itu. Hati masih dihambat kepiluan namun tersentak tatkala iris matanya menikam seraut wajah yang berada diseberang jalan itu. Mata terbuntang luas dek kerana terkejut, masih tidak mempercayai apa yang dilihatnya itu.
Wajah wanita ditenung tajam, cuba meyakini tanggapan sendiri.

" A-Avril"

Serentak nama itu menyelusuri bibirnya ,pantas kaki ingin melangkah menyeberangi jalan raya itu tanpa sedar bahawa kiraan detik bagi pejalan kaki sudah tamat. Laluan itu kembali sibuk dengan deretan kenderaan dan motorsikal.

Terburu-buru Estella ingin menyeberang , tidak  langsung menghiraukan motorsikal yang laju menuju ke arahnya. Bunyi hon bingit mengejutkan gendang telinganya sekali gus memaksa Estella kembali berundur ke bahu jalan tatkala motorsikal itu melintasinya.

Tumpuan Estella masih pada susuk tubuh wanita yang dikira Avril . Bibir dipagut cemas apabila mendapati Avril sudah berura-ura untuk pergi dari kawasan itu meski pada mulanya wanita itu seperti ingin menyeberangi jalan namun mungkin menukar fikiran disaat-saat akhir.

Estella semakin gelisah, kakinya tidak henti-henti bergerak kira dan kanan sehinggalah dia membuat keputusan untuk menyeberangi jalan raya itu sekali lagi sejurus sahaja melihat Avril mulai menghentikan sebuah teksi dibahu jalan.

Serentak kaki Estella melangkah menyeberangi jalan, sekelip mata lengannya ditarik kasar,menghantar tubuhnya kedalam dakapan seseorang.

" kau gilakah!"

Estella terdongak. Mata bertentangan dengan sepasang mata milik Daneiel. Raut wajah lelaki itu jelas tegang dan dihiasi kegusaran. Panik!
Kedua -dua lengan Estella digenggam kuat, menyedarkan wanita itu bertapa tindakannya tadi begitu bodoh dan berbahaya.
" - apa yang kau fikir sampai - "belum sempat dihamburkan selaran itu ,Estella merengkuh kuat lengannya. Cuba lolos dari tawanan Daneiel. Matanya sekali lagi meliar ke arah seberang jalan itu.

Hilang! Wanita yang dikira Avril itu benar-benar lesap dari pandangan matanya! Tiada lagi kelibat teksi dibahu jalan itu, hanya kenderaan yang teratur dipandu melalui jalan raya itu. Detak jantung yang menggila mulai mendatar.

Sekali lagi rentapan dilengannya diikuti bersama tubuhnya dipusing menghadap lelaki itu yang kini benar-benar dalam amarah.
" what was that Estella! Are you fuckin' crazy ?! " hambur Daneiel sekali gus menarik tubuh wanita itu jauh dari bahu jalan itu.

" she's there Dane- saya nampak dia! I saw her !"

Kerutan meniti didahi lelaki itu. Iris matanya tajam meneliti raut wajah Estella sebelum hela berat dilepas lemah bersama tatapan mata yang lebih datar dan lembut. Amarah yang tadinya menggunung didalam mata Daneiel digantikan dengan kelegaan.
Pautan dilengan wanita itu juga semakin longgar.

A Reason To StayWhere stories live. Discover now