A.R.T.S.
14Nafas dihela berat tatkala Estella merenung datar daun pintu kamar yang menempatkan Arzeiel. Kening bertaut hiba , jiwa dihambat kegusaran. Sejak dia kembali disini tidak pernah sekali dijejakkan kaki melawat lelaki ini sedangkan dahulu mereka begitu akrab.
Bimbang akan reaksi lelaki ini - masih marahkah dia ...
Perasaan bersalah menyelubungi jiwanya , memaksa kaki terus tegak kaku dihadapan pintu itu. Tangan yang berada disisi dikepal dalam dingin. Sekali lagi bibir melepaskan hela berat yang bermaharajalela dalam diri.
Tidak sanggup !
Beban dalam dada begitu menyesakkan. Dirinya benar-benar hilang keberanian untuk berhadapan dengan Arzeiel.
Lambat-lambat kaki kembali berundur, ingin melangkah pergi namun figura lain menyapa pandangan matanya.Tubuh kaku serta merta. Kaget apabila bertentang mata dengan Arzeiel sendiri . Malah dibelakang lelaki itu , ada Aiden menemani.
Mulut jadi terkunci. Kosong fikirannya tika ini, yang menemani hanya degupan jantung deras membadai pekungan dada.Lirikan mata Arzeiel datar dan begitu tenang. Seketika kebisuan menemani mereka bertiga sehinggalah Arzeiel menoleh ke arah Aiden. Memberi isyarat mata bagi memberi ruang buat mereka berdua.
Aiden diam membisu, sempat iris matanya melirik tajam ke wajah Estella , jelas tergambar keenganan lelaki itu bagi menunaikan permintaan sepupunya namun dia masih mengangguk perlahan sebelum kaki melangkah meninggalkan Estella bersama Arzeiel.
Arzeiel kembali mengalihkan pandanagannya pada wanita itu. Ditatap wajah mulus wanita itu sedalamnya meski sedar tindakannya hanya akan mengembalikan luka lama.
" akhirnya Raine datang juga melawat Arz "
Perkataan Arzeiel menyentap jiwa raga Estella. Perasaan hiba menusuk ke kalbu tanpa pamit, memaksa Estella menundukkan wajah. Birai mata yang sedari tadi hangat mulai berkaca-kaca. Menanti empangannya untuk pecah.
Arzeiel mengoyak senyum manis.
" dah bertahun -tahun kita tak jumpa. Boleh .... Arz pandang muka Raine ?"Pecah. Empangan serta merta pecah membuatkan tubuh wanita itu bergetaran menahan esakan hiba.
Arzeiel perlahan-lahan merangkul bahu Estella , mendakap lembut tubuh wanita yang pernah bertahta dalam hatinya buat masa yang lama.Masing-masing beremosi. Cuba mengutip kembali serpihan dinamakan memori. Dimana semuanya masih indah,dimana hubungan mereka masih baik. Dimana tiada kesengsaraan menghuni jiwa masing-masing.
" I miss you a lot Raine "
Estella hanya mampu diam sambil tangan menekup mulutnya yang tidak henti-henti meluahkan esakan.
" please don't cry Raine... I promise you- Im trying to fix myself .. I promise you that I am fine now "
Jarak dibina antara mereka.
" and please .. jangan tunduk lagi .. Arz nak tengok muka Raine " separuh berbisik ungkapan Arzeiel memberi kekuatan buat Estella bagi mengangkat wajahnya. Mata saling bertentang.
Segaris senyuman dihadiahkan buat wanita itu.Arzeiel menyeka lembut sisa air mata diwajah Estella. Raut wajah lelaki itu begitu tenang dan damai.
" how was your life ... are you happy" satu persatu perkataan itu dituturkan menghantar jaluran hiba dalam jiwa." please be happy Raine ... walau sesiapa pun pilihan hidup Raine- I want you to be happy . I want you to smile "
Sekali lagi air mata Estella tumpah.
Disambut tawa halus Arzeiel yang mulai mengelus kepala wanita itu.
" Arz asyik buat Raine nangis je - "Cawan plastik yang sudah kosong itu direnyuk Aiden sebelum dibuang ke dalam tong sampah di sekitar laluan koridor itu. Anak mata naik terarah ke arah laluan ke bilik sepupunya bersama keluhan dibibir.
Jujur dia kurang suka dengan wanita itu meski wanita itu tidak pernah berbuat salah padanya. Mungkin kerana mengenangkan apa yang sudah berlaku pada keluarga bapa saudaranya yakni Demerez Black , dia terikut-ikut emosi. Baginya kehadiran Estella Raine dalam hidup keluarga ini hanya akan membawa malapetaka. Mungkin dirinya tampak begitu menghukum wanita itu namun akal sehatnya jelas menyatakan bahawa Estella Raine bakal sekali lagi membawa kehancuran pada keluarga ini.
Ingatannya kembali merawang pada insiden beberapa hari lalu. Bayangan tubuh tunang Estella Raine yang bersama-sama dengan Avril tempoh hari menghadirkan rasa sangsi dalam dirinya. Pelbagai persoalan menjengah benak fikiran dan yang pastinya memerlukan jawapan.
Apa hubungan lelaki itu dengan Avril. Dan - adakah selama ini memang lelaki itu yang menyembunyikan Avril , dalam kata lain bersubahat untuk menyembunyikan penjenayah itu daripada pihak polis.
Dan , mengapa avil memilih Hel Ivan sebagai heronya.
Apa yang dirancangkan oleh wanita licik itu ... dan layakkah Hel ivan dipercayai memmandangkan lelaki itu berhubungan dengan Avril.
Siapa yang betul ..dan siapa yang salah ?Derapan kasut yang menghampirinya menyentak lamunan Aiden. Mata naik bertentangan dengan Daneiel Haxer Black yang berwajah kusut. Jelas terbias ketidakselesaan dalam riak wajah lelaki itu.
" kau kenapa " tegas pertanyaan aiden dibalas rengusan halus Daneiel yang mulai menyuakan sekeping kad padanya.
Keep trying Dane, but you tak akan semudahnya buang I dari life you.
Kali ni I tak akan kalah.From- your loved
" aku jumpa benda ni dekat kereta aku " ujar Daneiel bersama dengusan kasar. " - serius aku betul-betul tak faham macam mana dia sampai sekarang bebas kat luar sana tu ! Dia tak ada family untuk tolong dia , but still - aku syak ada orang tolong dia sembunyi... someone yang ada power .. fame or anything mesti ada back up dia sepanjang masa ni kalau tak dia tak akan bebas sampai bertahun-tahun ni ! "
Aiden membisu hanya akalnya ligat berfikir.
" kau syak sesiapa ke ? Maybe kau tahu dia kenal atau rapat dengan sesiapa yang berpotensi bantu dia waktu kau masih berhubungan dengan dia " telahan dalam fikirannya disimpan dahulu mengenai hubungan Hel Ivan dengan Avril.Gelengan jadi balasan Daneiel.
" kau tahukan hubungan aku dengan dia macam mana dulu. Aku tak masuk campur hubungan dia dengan orang sekeliling dia " lemah jawapan lelaki itu.Kad ditangannya diletakkan ke dalam poket jaket kulit sebelum bahu Daneiel digenggam separa kuat.
" chill. Aku akan tolong kau mana aku mampu ."Daneiel mengangguk lemah. Lantas iris matanya melirik kosong ke arah ruangan koridor sebelum bibir melontarkan pertanyaan.
" - Arz macam mana ? Ada progress apa-apa"" hmm... sedikit sebanyak aku nampak dia berubah. Dia nak berubah .. aku tahu tu. Cuma dia perlukan sokongan .. sedikit kekuatan dari keluarga dia ... and maybe orang yang dia sayang "
" maksud kau ? "
Aiden mengeluh pendek. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar , bersahaja.
" perempuan yang korang dua rebutkan - datang melawat Arz "Aiden diam membaca riak wajah sepupunya yang datar.
Manakala Daneiel pula hanya membisu meski agak kaget dengan maklumat itu.
Anak matanya kembali terlirik pada ruangan koridor kosong itu. Secebis emosi terbias dibirai mata seraya bibir terlakar segaris senyuman." baguslah kalau dia sudi datang jenguk Arz, mungkin ... memang ini yang diperlukan Arz sejak dulu " perlahan sahaja bicara Daneiel sambil kepala mengangguk lemah. " - asalkan Arz pulih" omelnya tanpa sedar.
" kali ni aku sependapat dengan kau... " tegas Aiden bersama pandangan mata yang tajam melirik ke arah koridor yang sama.
" Arz akan pulih "|| tbc
Vote _ comment
YOU ARE READING
A Reason To Stay
Romancestatus:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.