Imperial si kucing kampung

9 0 0
                                    

Jam menunjukkan sudah hampir pukul 4 pagi dan sunyi sepi keadaan di kampung Kuala Kanau pada ketika ini. Gelap gembita kerana kampung tersebut tidak mempunyai sambungan bekalan elektrik kerana kedudukannya yang agak jauh di pendalaman. Saban tahun, janji yang telah dicanang oleh wakil rakyat kawasan tersebut tinggal hanyalah janji. Sekali-sekala terdengar bunyi katak yang tidak jemu memanggil hujan di tengah malam.

Kampung Kuala Kanau merupakan sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Pekan Kanau dimana kawasan ini sewaktu masa dahulu mashyur sebagai salah satu kawasan perlombongan bijih timah dan dikenali sebagai 'El-Dorado' Timur. Kebanyakan penduduk Kuala Kanau merupakan bekas pelombong bijih timah. Apa yang menariknya berkenaan dengan penerokaan bijih timah disini, teknik yang digunakan adalah dengan menggunakan lif syaf yang mana ianya agak berbeza dengan teknik pelombangan lomnbong dedah seperti kawasan yang lain di Malaysia.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 14, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kucing ImperialWhere stories live. Discover now