41_BECAUSE OF THAT ASSHOLE.

138 8 3
                                    

CHAPTER 41: BECAUSE OF THAT ASSHOLE.

Chester pov

Teh hijau suam aku hirup sehingga hanya tinggal separuh cawan lalu aku letak semula cawan tersebut ke atas piring. Gadis berambut blonde di hadapan aku pandang sekilas.

"Mana Lia ni?"soalku perlahan seraya memandang ke luar tingkap.

Delyra yang sedang leka dengan smartphonenya memandang aku. Smartphonenya diletakkan ke atas meja.

"Ches, kan aku dah cakap, Lia pergi hospital jaga Evan. Buang masa kau je tunggu dia kat sini. Entah-entah malam baru dia balik."

"Aku perlukan jawapan. Jawapan persoalan apa yang berlaku malam tu. I need to know."

"The heck! Aku dah bagi tahu kan tadi. Kita orang mabuk malam tu, semua berlaku tanpa kesedaran."

Aku melepaskan keluhan lemah. Tapi Evan tetap ambil kesempatan ke atas Lia. Nasib baik dia sakit, kalau tak patah riuk aku kerjakan.

"Aku nak dengar dari mulut dia sendiri."

"Degil."balas Delyra sepatah.

Pintu rumah dibuka dari luar. Camellia tiba-tiba sahaja masuk ke dalam sambil menunduk. Pipinya dikesat berkali-kali lalu dia memandang ke arah kami.

"Hey, kau kenapa? Kau menangis?"aku pantas bangun dan menyoal. Delyra juga bangun dari duduk di kerusi lalu menghampiri adiknya itu.

"Pergi naik ke atas, Lia."ucap Delyra seraya menolak Camellia perlahan ke arah tangga. Aku pantas mengejar dan menyambar pergelangan tangan Camellia.

"Kau tak jawab soalan aku lagi. Evan buat apa kat kau? Jawab soalan aku, Lia."

"Let her go, Ches. She needs to be alone right now."celah Delyra seraya mencuba untuk meleraikan pegangan tangan aku dan Camellia.

"No. Jawab dulu soalan aku. Evan buat apa lagi?!"aku mula menengking.

Camellia dan Delyra terkejut dengan suara tinggi daripada aku. Aku pantas menarik gadis berambut putih untuk berbincang di ruang tamu.

Selepas Camellia melabuhkan punggung di sofa tersebut, aku juga mengambil tempat di sebelahnya. Delyra yang masih tercegat di hadapan tangga menghampiri kami.

"Aku tanya kau baik-baik. Apa Evan dah buat? Dia cakap apa kat kau?"

Aku memandang Camellia. Dia hanya menunduk memandang ke arah lantai. Delyra pula sudah duduk bersama kami untuk mendengar penjelasan daripada Camellia.

"Tak ada apa-apa, Ches."jawab Camellia perlahan.

"Tak ada apa-apa? Ini bukan masanya nak melawak. Come on, Lia. Aku dan Del nampak kau menangis."

"Lia, just tell us. Apa yang berlaku sebenarnya?"celah Delyra pula.

Camellia mengangkat wajahnya. Dia memandang Delyra. Delyra menganggukan wajahnya lalu menggenggam erat tangan kecil Camellia.

"Dia..dia cakap aku ni pembunuh."

"Pembunuh?!"aku dan Delyra tersentak. Camellia pula mula menangis kembali. Tangisannya semakin kuat.

"Dia.. dia cakap aku yang bunuh Aurora. Sebab Aurora..dia derma jantung kat aku..Del, aku tak tahu nak buat apa. Isk.. Isk.. Evan semakin bencikan aku. What should I do? Isk.. Isk.. Isk..."jelas Camellia lagi lalu memeluk Delyra.

Aku menggenggam kedua penumbuk. Tangisan daripada Camellia membuatkan aku bertambah geram. He made her cried again.

"Aku nak kau jauhkan diri daripada Evan, Lia. Lebih tepat lagi lupakan dia."ucapku seraya memandang gadis berambut putih yang sedang menangis dalam pelukan kakaknya.

"Kenapa pula? Evan tu sakit, Ches. Dia tak tahu apa-apa."Delyra membantah pula. Dia juga cuba menenangkan Camellia dengan mengusap belakang badan adiknya itu agar berhenti menangis.

"Kau tak nampak ke apa dia dah buat?! Dia ambil kesempatan ke atas Lia! And now he made this girl cried. Paling aku tak tahan, dia gelar Lia sebagai pembunuh. Kau dan Lia dah buta, ke? Hey, Lia. Listen to me. Lupakan Evan and stop crying!!"

"Yang kau nak naik angin kenapa? Kau baliklah, Chester Robert!"balas Delyra dengan reaksi wajah tidak puas hati.

"Kenapa aku naik angin? Sebab aku sayangkan Lia! Aku tak suka tengok dia melalak macam ni. Evan tak layak dapat layanan macam ni daripada Lia. Lia terlalu baik untuk dia."

"Kau pun sama! Tak layak dapat Lia."

Aku dan Delyra mula bertikam lidah.

"Stop. Tolonglah berhenti. Aku perlukan masa untuk bersendiri sekarang."

Camellia berkata lalu berdiri. Air mata yang membasahi pipinya dia kesat menggunakan hujung baju yang dipakai.

"Alright, listen. Ikut aku ke Los Angeles, Lia. Tenangkan fikiran kau di sana."ucapku sambil memandang ke arahnya.

"Thanks, Ches. But, I don't think so."

"Just come with me. Aku perlu jalani rawatan di sana. So, ya. Kau boleh ikut aku untuk bercuti. Aku akan pergi bulan hadapan. So, kau fikir-fikirkanlah."

"Thanks again. Aku naik atas dulu." Camellia membalas lalu mengukir senyuman kelat. Dia menapak perlahan ke arah tangga.

Aku hanya memerhati gadis berambut putih itu menghilang apabila dia sudah menaiki tangga ke tingkat atas.

"Hey, don't do that again. Kau tak perlu nak kawal hidup Lia. Aku tak suka."ucap Delyra tiba-tiba.

Pandangan mata aku beralih ke arah Delyra. Jelingan tajam daripadanya diberikan kepada aku.

"Aku buat semua ni untuk dia. I love her. She cried over and over. Because of that asshole."

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CAMELLIA (RIVAL)Where stories live. Discover now