eight

183 11 15
                                    


…………………………

Namjoon mengenggam erat penunbuknya, lisa menyentuh lembut lengan namjoon, dia terus membawa namjoon pergi dari situ sambil menenangkan suaminya itu meninggalkan min yoongi yang terduduk di atas jalan

Di tepi bibirnya mengalirkan darah, dia memandang pemergian lisa dan namjoon dengan muka penuh kebencian

Flashback

Namjoon dan lisa berjalan- jalan di mall, tujuan namjoon menbawa isterinya keluar berbelanja kerana kasihan dengan wanita itu asyik terperap di dalam rumah sejak keluar daripada hospital

Sudah sebulan lisa tidak keluar rumah selepas keluar dari hospital kerana ingin memahami namjoon dan dia mahu belajar mencintai lelaki itu yang bergelar suaminya

Selepas seminggu dia duduk di rumah lisa membuat keputusan berpindah bilik, akhirnya dia dan namjoon sudah satu bilik

Lisa sebenarnya ada mendapat mesej dari yoongi, yoongi sering mesej untuk mengajaknya keluar tetapi lisa hanya membaca mesej lelaki itu

Kerana rimas diganggu oleh mesej yoongi dia memadam nombor yoongi dari senarai kenalannya dan juga telah block nombor yoongi supaya lelaki itu tidak menganggu hari- harinya

Jujur namjoon katakan dia dan lisa seperti suami isteri baru berkahwin seminggu walhal perkahwinan mereka baru saja masuk dua bulan setengah dan kandungan lisa sudah tiga bulan

Namjoon menyukai sikap lisa yang degil memasak untuknya, memakaikan dia tali leher dan lisa sentiasa menunggu kepulangan namjoon di ruang tamu hingga tertidur di sofa

Senang kata mereka bahagia, lisa pula makin rapat dengan ibu mertuanya dan adiknya, adiknya daripada benci dengan lisa kini berubah, lagi- lagi kalau dia gaduh dengan jungkook dia akan mengadu pada lisa

Jadi namjoon mengambil cuti dua hari kerana dia mahu meluangkan masa dengan lisa, ya dua hari saja kerana dia tidak boleh cuti lama sebab syarikatnya sekarang bakal melancarkan kereta keluaran baharu .

Tetapi sedang mereka berbeli- belah yoongi tiba- tiba menyapa mereka berdua, yoongi menarahi lisa dihadapan khalayak ramai, namjoon geram dengan sikap yoongi terus menumbuk lelaki itu

" kau yang tak guna min yoongi! " tengking namjoon lalu lengannya dipeluk oleh lisa

Dia menoleh kearah lisa, lisa terus menarik tubuh suaminya menjauh daripada min yoongi tidak mahu kejadian luar jangka berlaku pula lagi pun namjoon itu CEO KIA .

End flashback

Orang ramai mula membuat kerja mereka semula setelah kim namjoon dan lalisa kim meninggalkan kawasan itu manakala yoongi pula masih di situ

Dia bangkit berdiri menunju ke tandas untuk membersihkan luka di tepi bibirnya kerana ditumbuk oleh namjoon bekas kawan baiknya .

Entah kenapa semasa namjoon mengatakan yang 'tak guna' itu dia menyentapkan hatinya, sebelum ini sahabat lisa ada menghinanya namun dia tidak terasa sikitpun tetapi apabila namjoon berkata begitu dia terasa seperti beribu pisau belati di hatinya

Ingat lagi dia semasa namjoon datang rumahnya, meminta lelaki itu bertangungjawab tetapi  dia malah menghalau lelaki itu dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak jangka akan keluar dari bibirnya

Flashback

" ada apa kau datang aku ni? " tanya yoongi, dia meletakkan secawan air kopi dihulurkan kepada namjoon

Namjoon mengambilnya, dia menghirup sedikit air kopi buatan yoongi, dia meletakkan cawan itu diatas meja

" aku datang sini nak kau bertanggungjawab atas kesalahan kau dekat lisa " jawab namjoon straight to the point

" tch, perempuan tu bagitahu kau ya?! "

" ya, dia minta aku yang bertanggungjawab sebab kau taknak tanggungjawab " jawab namjoon diselitkan perli untuk yoongi

" aku tak nak " jawab min yoongi tiga patah selamba membuatkan namjoon yang berapi

Dalam fikirannya jikalah membunuh bukan satu dosa sudah lama dia bunuh min yoongi jika boleh sekarang juga dia mahu membunuh manusia dihadapannya ini

" tak perlu pujuk aku bertangunggjawab joon, disebabkan dia minta kau yang tanggungjawab apa kata kau terima je? Lagi pun kau kan suka dia "

"KAU-"

" BERAMBUS DARI RUMAH AKU! " halau yoongi sambil jarinya menunjukkan kearah pintu

" KAU MEMANG LELAKI TAK GUNA! PENGECUT! " tengking namjoon lalu dia menunju kerah pintu tidak ingin bergadapan dengan yoongi lagi

" BAGUS BERAMBUS! MULAI SAAT NI KAU BUKAN KAWAN AKU "

Namjoon menghentikan langkahnya, dia berpaling kearah yoongi yang tersenyum sinis padanya

" okay kita bukan lagi kawan " ujar namjoon, dia membuka pintu rumah yoongi berlalu pergi meninggalkan rumah yoongi buat kali terakhir

Dia yakin dia tidak akan kembali ke rumah lelaki itu

End of flashback

……………………………

" lisa sayang mana stoking abang? " tanya namjoon pada lisa yang sedang memasak di dapur untuk sarapan

" eo? Abang letak mana? Ish cuba cari dekat bakul baju bersih tu sayang belum lipat lagi kain " jawab lisa

" sayang kan abang kata jangan masak, kenapa degil sangat ni? " namjoon mencubit kedua- dua pipi lisa lalu berlari dari dapur kerana lisa telah mengangkat sudip seperti mahu memukulnya dengan sudip

Lisa tersenyum melihat namjoon yang berlari, dia menyambung semula aktivitinya

" dah jumpa! " jerit namjoon dari tingkat atas

Lisa terkekeh perlahan sebelum menjawab " baguslah! " , sungguh bahagia paginya sejak dia keluar hospital bulan lepas

………………………

" lisa kamu duduk je diam kenapa degil sangat ni? " bebel puan kim memaksa menantunya itu duduk

Lisa memuncubg seperti itik, tidak puas hati kerana dihalamg membuat kerja rumah dari namjoon, pembantu rumah dan ibu namjoon

" baru tiga bulan ma " pujuk lisa dengan wajah sengaja dicomelkan

" no! Kan doktor bagitahu kandungan lisa lemah "

" haih yelah " lisa akhirnya bersuara mengalah dengan ibu mertuanya,

Jujur lisa katakan, kalau berdebat dengan ibu namjoon pasti dia akan kalah juga hujungnya, dengan ibunya dia akan menang juga tapi jarang kerana ibunya juga pandai mencari jawapan yang membuatkan dia terdiam

Dahsyat betul kuasa ibu- ibu ni fikir lisa .

……………………………














































To be continue

Vote and comment

Typo abaikan

[4]Perfect Love: heartless wife|NamLisa Where stories live. Discover now