Part 3

5.4K 227 6
                                    






Flashback 5years ago.

Iman Farysha "POV"

"Ye saya family kepada Iman Farysha... Encik ke yang menguruskan kes kemalangan anak perempuan saya?" Soal Encik Azmin kepada seorang lelaki yang berseragam polis.

"Saya kenalkan diri saya sebagai Inspektor Fildza yang mengendalikan kes kemalangan anak Encik. Saya mendapati anak Encik telah melanggar lampu isyarat merah dan akibatnya kereta anak Encik telah melanggar sebuah lori makanan. Kami mendapat aduan daripada orang awam yang anak Encik dalam keadaan tertekan dengan busana pengantin, erm boleh tak Encik ikut saya ke balai untuk membantu beri penjelasan dalam kes tersebut." Ujar Inspektor Fildza.

"Saya akan ikut Encik ke Balai." Sampuk Imran Zafran sebagai anak sulung dalam keluarga itu.

"Baiklah. Kalau macam tu mari kita gerak sekarang ke balai. Kami minta diri dulu ye Encik Puan." Pinta Inspektor Fildza sebelum bergerak meninggalkan ruangan hospital yang sibuk dengan orang ramai.

Sebaik sahaja kelibat Imran dan Inspektor Fildza pergi. Lampu hijau bilik bedah menyala hijau menandakan pembedahan selesai. Puan Irdina terus bangun menuju ke arah bilik bedah apabila melihat kelibat Doktor dan nurse yang baru keluar dari bilik bedah.

"Doktor... macam mana dengan anak perempuan kami?" Soal Encik Azmin cemas untuk mengetahui keadaan anak daranya itu.

"Anak Puan dan Encik sudah melepasi tahap kritikal. Alhamdulillah pembedahan buang darah beku dalam kepala anak Encik sudah kami keluarkan dan berjalan lancar cumaa." Doktor Fina terjeda ingin memberitahu keluarga itu tentang kemungkinan dan risiko yang dialami oleh pesakit selepas kemalangan teruk yang di hadapi semasa pembedahan.

"Ccuma apa doktor?" Tanya Puan Irdina lagi?" Wajah nya menunjukkan betapa dia risaukan keadaan Farysha.

"Boleh tak kita berbincang dalam bilik saya?" Pinta Doktor Fina sehabis baik. Inilah risiko dia sebagai Doktor. Penerimaan keluarga pesakit.

"Okey juga. Jom Sayang." Pujuk Encik Azmin mengajak Puan Irdina ke bilik Doktor Fina.

Sebaik sahaja duduk. Dr Afina terus memberitahu yang Farysha kemungkinan mengalami perubahan sikap dan perilaku atau secara lazimnya Iman Farysha menjadi autistic.

"Maaf Puan, Encik. Saya tak mampu menolong Farysha kali ni. Hasil CT Scan dari pihak pakar anak Puan dan Encik mengalami masalah kehilangan memori masa lalunya dan dia kemungkinan autistic akibat kemalangan yang menghentak kepalanya." Sekali lafaz Afina menjelaskan. Dia tahu ini akan terjadi sekiranya kemalangan teruk itu berlaku untung saja nasib gadis itu kerana berjaya melepasi tahap kritikal.

"Astaghfirullah.... Bang anak saya." Beristighfar panjang Puan Irdina. Seberat itukah ujian yang menimpa anak gadisnya.

Mengalir air mata Puan Irdina dengan khabar berita keadaan anaknya yang mengalami sindrom autistic. Teresak-esak Puan Irdina disisi suaminya.

"Terima kasih doktor. Mungkin dengan keadaan anak saya macam ni lebih baik dari dia menderita akibat ditinggalkan oleh bekas tunangnya." Tabah Encik Azmin dengan berita ini.

Dibawa isterinya keluar. Puan Irdina melihat tubuh anak perempuan bongsu mereka dengan perasaan hiba dan sedih tubuh Iman penuh dengan wayar yang berselirat. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah melakukan solat hajat supaya allah memudahkan segala urusan.

"Rynna dan Imzhar tolong jagakan Rysha tau. Abah dengan Umi nak balik dulu, Sekejap lagi Along datang jemput Rynna dengan Achik." Ujar Encik Azmin.

"Takpe abah. Rynna okey je" balas Rynna dibalas anggukan oleh Imran sekali.

Iman MikhaelWhere stories live. Discover now