Part 7

5.8K 184 2
                                    

"Macam mana ni abah? Dah 3jam kita tunggu.. kelibat Iman pun tak nampak batang hidung pun.. Im takut lah apa-apa berlaku dekat Kak Ucu means Kak Farysha." Jelas Imzhar keruh. Dia risaukan kakaknya yang satu.

"Sebagai adik kamu kena percaya dekat Kak Ucu kamu tu Im!! Lagipun ayah kenal Iman tu macam mana. Tapi ayah nak tanya Achik satu soalan ni. Harap Achik jawab dengan jujur soalan Abah ni." Tegas Encik Azmin memandang tajam anak bongsunya itu.

"Tempat kamu biasa bawak Kak Ucu kamu dulu kat mana time Iman bosan? Petang-petang hari minggu?" Soal Encik Azmin melontarkan soalan kepada anak lelaki nya itu. Dia tahu Iman lebih akrab dengan adiknya itu Imzhar berbanding si abangnya Imran.

"Petang-petang hari minggu biasa nya Achik suka bawak Iman pergi taman dekat kawasan perumahan elit di seksyen 09. Alahh dekat je abah. Keluar selekoh perumahan kita ni pastu depan sikit masuk kawasan perumahan elit. Lagipun kawan-kawan Achik suka ajak Achik buat homework assignment dekat situ kalau ada masa free tu Achik ajak kak Iman sekali release tension." Balas Imzhar panjang lebar.

"Hurmm kemungkinan Kak Ucu pergi taman kot??" Muka Achik memandang muka Along dan kakak iparnya, Kakngah serta Abang iparnya last sekali wajah Umi dan Abah.

"Tapi kan kalau Ucu pergi taman mesti dia ajak kamu or Kakngah kan??" Tanya puan Irdina.

"Tak tahu lah Umi..." keluh Angah dengan Achik serentak.

Keluarga Iman masih mencari Iman.. mereka juga membuat keputusan untuk mencari di kawasan perumahan elit... Pagi hening tu kelihatan ramai pengunjung yang baru sampai untuk berjoging serta beriadah..


Daniel's "POV"

Selepas je solat subuh pagi tadi Daniel terus menyambung balik tidurnya disebelah Iman.. Gadis itu masih lagi lena dan belum sedar yang keluarganya dirumah sudah seperti cacing kepanasan apabila anak kesayangan mereka hilang. Tidak pula pada Iman. Dirinya masih lena dalam pelukan hangat Daniel.

"Huarghhhhh" menguap Dani menahan kantuk yang masih bersisa, Iman disisi masih lagi tidur.

Tudung gadis itu yang senget benget dan tangannya melingkar di lengan milik Dani. Sungguh comel dimata Daniel. Geram saja dia ingin menggigit pipi tembam Iman yang kemerahan seperti ceri merah yang masak ranum di musim sejuk.

"Sedap betul budak ni tidur sampai tak perasan hari dah cerah.. haishh kalau dah jadi bini aku nanti mahu tak ke hospital jawabnya aku ni.." gumam Daniel yang masih berbaring menghadap Iman yang tidur tidak berkutik.

Daniel bangkit dan turun dari katil. Tangan Iman yang memaut lengannya di lepaskan perlahan-lahan. Dia terus bangun dan mandi dahulu sebelum mengejutkan Iman, Dia harus menghantar Iman sebelum famili Iman buat report polis tentang kehilangan gadis itu. Seusai bersiap dia mampir kearah Iman untuk mengejutkan gadis itu dari lena, jam di dinding dipandang nampaknya sudah masuk pukul 10 pagi.

"Iman Ooo Iman.. bangun jom dah lewat ni.. Nanti Umi dan Abah Iman risau." Kejut Daniel perlahan menepuk lengan itu lembut.

"Hurmm huarghh" mulut nya ditutup sambil menguap tahan kantuk. Iman masih lagi mengantuk.

Iman bangun dengan keadaan mamai serta menggerakkan tubuhnya perlahan-lahan, matanya yang masih tertutup dibuka.. pandangan matanya agak kabur dan pedih mungkin akibat terlampau kuat menangis semalam. Kelibat dihadapannya dicam sehingga menimbulkan garis berkerut-kerut di dahinya yang mulus itu sambil perhati susuk tubuh didepannya itu.

Mata Iman yang sepet tadi mula membuntang luas apabila tubuh sasa itu dapat di cam dengan jelas oleh kornea mata miliknya. Abang Dani kesayangannya yang saban menjadi igauan mimpi indah dan malamnya termasuk mantera dibibir manisnya.

Iman MikhaelWhere stories live. Discover now