• Chapter One

45 5 6
                                    

This soul bring me in the air...

Tubuh digerakkan seperti diangkat angin. Tangannya membuat putaran selari.

When I can touch touch touch you now...

Dengan tenaga penuh dia lincah membuat pergerakan lembut tetapi kuat. Seperti ditiup angin dan kurang daya graviti, dia melompat dan melakukan split udara.

But suddenly you gone gone gone away...

Tangannya lincah berputar mengikut pergerakan badannya. Rambut yang terkena wajahnya diabaikan sahaja. Dia mengenggam angin dan mengakhiri tariannya dengan melutut sebelah kaki sambil tangannya di udara, seperti terlepas sesuatu yang menentang arus graviti.

"Wooo!"

Tepukan diberikan oleh para penonton di sekelilingnya. Masing-masing menghormatinya kerana koreografinya semua hebat-hebat.

May Jung. Petik sahaja nama ini, dia adalah yang amat dikenali di kalangan choreographer yang terkenal. Dia dan Lia Kim adalah wakil choreographer terkenal di 1Million Dance Studio.

Gadis itu juga dikenali sebagai trainer dancer yang paling tegas dan garang di studio itu. Di luar, semua orang dapat melihat senyuman manisnya. Tetapi masuk ke bahagian latihan sahaja, wajahnya bertukar menjadi beku seratus peratus. Barannya boleh keluar bila-bila sahaja. Buat kesalahan sahaja terus didenda ketuk ketampi atau tekan tubi. Denda-denda itu sebenarnya boleh membantu para trainee dari segi daya tahan otot juga. Tetapi ia agak seksa untuk dilalui.

"May, lunch jom?" Jin Hayoung yang juga merupakan rakan yang terapat dengan May di studio itu, juga seorang choreographer, mengajak.

"Uhm, jom." May bersetuju sahaja sambil mengikuti langkah Hayoung. Sambil-sambil berjalan menuju ke kafeteria, mereka berborak kosong.

"Lia sunbae dapat jadi choreographer untuk Twice lagi." kata Hayoung. May angguk sambil memuncungkan bibir, seperti tahu sangat JYP suka upah Lia sebagai choreographer untuk anak kesayangan mereka iaitu Twice. Lia mampu membuat koreografi yang tidak susah tetapi nampak bertenaga. Twice juga senang ikut semua tariannya.

"Kau dapat jadi choreographer untuk kumpulan apa baru-baru ini?" soal Hayoung ingin tahu. Sekarang masing-masing sibuk kerana perlu mengajar trainee yang masih mentah jadi tiada masa untuk berjumpa secara kerap.

"GFriend. Tajuk dia Memoria. Aku collab dengan choreographer BTS." jawab May bersahaja. Hayoung terbeliak mata apabila mendengarnya. Berkolaborasi bersama choreographer BTS adalah angan-angannya.

"Untungnya!" Hayoung merungut. May tergelak kecil. Akhirnya mereka tiba di kafeteria. Mereka meletakkan beg sandang di atas meja yang dipilih. Kemudian mereka menuju ke makanan yang disusun di atas tray.

"Well.. Well.. Lama tak nampak di sini. Why? Takut nak jumpa aku?" sapa Park Chahyun yang sedang menjaga bahagian makanan, tersenyum sinis pada May. May yang malas nak melayan hanya buat-buat tak nampak dan terus memilih makanan yang diingini.

"Kau tak dengar ke aku cakap?" katanya lagi siap mengetuk-ngetuk cermin kaca di depannya. May masih tidak melayan. Fokus dia meletak sayur salad ke dalam pinggan.

"Yah, May Jung! Pekak ke?" Chahyun mulai berang apabila sapaannya tadi diabai sebegitu. May akhirnya bertentang mata dengan Chahyun. Mata malasnya merenung Chahyun dengan tiada reaksi.

"Mwo?" dingin May bersuara.

"Kau ni memang—"

"Kalau tak ada benda penting nak cakap," mata yang masih merenung gadis di hadapannya, tangannya pula meletak penyepit makanan itu ke dalam tray semula lalu menyambung sebelum beredar. "Bye." Chahyun hanya menggigit bibirnya, geram.

The Only One • ft KTHWhere stories live. Discover now