• Chapter Two

18 2 5
                                    

"Taehyung! Taehyung!" panggil Jimin dari jauh. Dia berlari mendapatkan rakannya itu.

"Kenapa?"

"Manager dah syak! Kita kena sorokkan snek-snek yang kita makan haritu di tempar lain!" gesa Jimin lalu segera berlari menuju ke dorm nya. Taehyung juga turut menjadi gelabah dan terus memecut masuk mengikuti Jimin.

"Mana lagi kita sorok? Bawah sofa ada?" soal Taehyung sambil menampung snek-snek itu menggunakan dua tangannya.

"Cari bawah katil cepat!" arah Jimin yang tergesa-gesa mencari snek yang disoroknya tempoh hari. Lelah dia berlari sekeliling dorm untuk mencari semula. Macam-macam tempat dia letak snek-snek itu gara-gara tidak mahu dijumpai.

"Kau ada letak dalam tandas tak?" Taehyung bertanya lagi sambil menggeledah almarinya. Jimin hanya menidakkan dari jauh.

"Cepat Tae, sebelum manager sampai. Dia on the way!" teriak Jimin lagi. Taehyung mengeluh. Kenapa dia beli snek yang terlampau banyak. Bukannya dia berkhemah di hutan untuk sebulan pun.

Krekk!

"Argh pd-nim!"

Kedua-dua lelaki itu terjerit kecil dan serentak makanan ringan yang ditampung terjatuh ke lantai akibat terkejut. Rupa-rupanya Namjoon yang membuka pintu. Taehyung dan Jimin melepaskan nafas lega.

"Ish hyung, buat terkejut je. Ingatkan pd-nim tadi." kata Taehyung sambil mengutip semula snek yang terjatuh.

"Uhm.. Pd-nim memang kat belakang aku."

Pak!

Terjatuh lagi snek dari tangan mereka berdua. Kedua-duanya terkaku melihat manager mereka masuk ke dorm. Matanya merenung snek yang bersepah di atas lantai itu.

"Kim Taehyung. Park Jimin." suara tegas manager mereka kedengaran. Kedua-dua lelaki itu meneguk air liur.

"Haih." manager mereka hanya mengeluh dan mengurut pelipisnya, tidak tahu mahu melarang dengan cara bagaimana lagi.

"Hehe, pd-nim. Janganlah marah. Kami dua janji—"

"Janji kamu tu boleh campak laut. Dari bulan lepas berjanji, tapi masih beli. Kamu tau tak kamu tu selebriti? Yang famous pula tu. Kamu mesti jaga kesihatan diri. Saya tak mahu kamu sakit sebab makan junk food banyak macam ni. Kenapalah degil sangat?" bebelnya kerana penat dengan kedegilan dua remaja di hadapannya. Namjoon hanya diam, tidak berani menyampuk kerana ini bukan pertama kali mereka dibebel.

"Sorry pd-nim.." ucap Taehyung dan Jimin sambil menunduk, memandang lantai.

"Hmm.. Sudahlah. Saya tak ada masa nak membebel. Mana yang lain?" dia bertanya kepada Namjoon.

"Sekejap lagi sampai kot." jawab Namjoon, ragu-ragu.

"Saya sebenarnya tiada banyak masa. Saya kena ke Gangnam sebentar lagi. Nanti awak beritahu kepada mereka ya, Namjoon?" katanya sambil memeriksa telefon bimbitnya. Taehyung dan Jimin sibuk mengemas snek mereka sambil-sambil mendengar apa yang mahu dikatakan oleh manager mereka itu.

"Choreographer kamu, Son Sungdeuk-ssi ada emergency, ibunya sakit."

"APA?!"

Tiba-tiba Seokjin, Yoongi, Hoseok dan Jungkook merempuh masuk dorm sejurus apabila mendengar berita itu. Kebetulan mereka sampai tepat pada masa.

"Habis siapa nak choreograph dance untuk comeback kali ni?" Namjoon bertanya.

"Huwaa kami tak suka choreographer lain!" tambah Jimin sambil membuat mimik muka sedih.

"Apa kata kita tunda sampai Sungdeuk hyung balik ke sini?" cadang Taehyung pula.

"Biar saya jelah yang buat choreography kali ni." tawar Hoseok, serius.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 24, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Only One • ft KTHWhere stories live. Discover now