chapter 35

1.2K 45 2
                                    

Nur Mawar Aini POV


" kak aku nak tanya something boleh tak. nak minta pendapat sikit."
Ujar Nur Mawar Aini sambil melabuhkan punggung di atas sofa sebelah kakaknya, Nur Lili Aina bersama secawan nescafe peng.

Nur Lili Aina yang kelihatan leka termenung sambil memegang sebatang pen lantas menoleh apabila mendengar suara adiknya lalu memandang ke arah adiknya dengan seribu satu pertanyaan yang bermain di minda. Jarang adiknya itu meminta pendapat tetapi tidak pula hari itu. Terasa asing bagi dirinya.

"okay boleh dik. tanya la apa dia?"jawab Nur Lili Aina sambil menepuk perlahan bahu adiknya.

"Erm kak. kalau orang tu betul betul sayangkan kita. Dia mesti akan selalu ingat tentang kita kan? even tengah busy?"
Nur Mawar Aini mula menyoal meminta pendapat.

Nur Lili Aina terdiam sejenak lalu ketawa terbahak bahak. Hampir sahaja mahu terpelanting gigi arnabnya akibat terlalu kuat dan gigih ketawa.
Terasa lucu barangkali.

"Apa lah soalan kau ni dik. Cuba kau susun elok elok soalan kau tu. sebelum aku tutup kaunter pertanyaan." Ujar Nur Lili Aina bersama sisa tawanya.

" Macamni, Kalau seseorang itu betul betul menyayangi diri kita. Adakah kesibukan menjadi penghalang baginya untuk menghubungi kita walaupun dengan hanya satu sms? faham tak?"
soal Nur Mawar Aini dengan nada yang agak tegas bagi meyakinkan kakaknya. Dia mahu kakaknya faham dan jelas akan soalannya kali itu. Dia sendiri runsing bagaimana cara untuk bertanyakan soalan seperti itu.

Nur Lili Aina menggangguk sambil ligat memutar mutar pen di tangan kanannya.

"Okay. soalan kau ni boleh tahan mencabar. pertama sekali adalah suka untuk kita ingatkan dik. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Dan tiada manusia yang sentiasa ada untuk kita. walau sayang atau cinta mana pun pada kita. Tetap ada had dan batas yang kena kita fahamkan dan tegaskan. Tak semesti sayang atau cinta ni kena selalu ada dan ingat untuk selalu menghubungi. bila terlalu lalu lalu busy, secara tidak langsung masa dan fokus menjadi titik utama. Jalan terbaik adalah dengan memberi ruang dan masa. Dan kalau benar seseorang itu menyayangi kita, dia sendiri akan hadirkan ruang dan masa untuk kita tanpa kita minta walau sesibuk mana pun. Jadi tak perlu terlalu memikirkan perkara yang kita sendiri tidak nampak dan yakin. Sebolehnya positifkan hati serta minda. bila positif tu ada dalam diri, ketenangan dan kebahagian itu akan selalu ada bersama. " Jelas Nur Lili Aina mengutarakan pandangan.

Nur Mawar Aini hanya terdiam tanpa suara. Nama pun terdiam sudah pasti tiada suara. jika ada suara itu bukan terdiam namanya itu tersuara.
Eh! ke situ pula.

" Baiklah kak. aku dah faham. Thanks. " .Nur Mawar Aini tersenyum lalu menghirup perlahan air nescafe peng di dalam cawan.

Nur Lili Aina turut tersenyum. Lega hatinya apabila berjaya berkongsi pendapat kepada adiknya.

pin! pin!

satu notification masuk.

         Mawar, saya minta maaf kalau saya ada buatkan awak terguris atau terluka. Saya tahu saya jarang ada untuk awak.  Saya sendiri tengah bingung. banyak benda yang saya kena fikir. pasal kerja dan pasal perkahwinan yang family saya aturkan. Saya buntu. saya tak boleh terima lelaki dalam hidup saya. bagi saya masa untuk saya fikir dan handle semua ni.
saya sayangkan awak.

Nur Mawar Aini mengeluh perlahan. Terasa bergetar seluruh tubuh dan nadinya. Dia sendiri sukar untuk menerima hakikat tentang perkahwinan wanita dambaannya yang sudahpun diatur itu. Dengan tidak bermaya Nur Mawar Aini gagahi juga untuk menaip dan membalas.

Langkah diatur untuk masuk ke kamar beradu. Emosi terasa sedikit terganggu. Dia tidak mahu kakaknya menyedari akan perubahan airmuka nya.

Nur Lili Aina yang kembali leka mencatat sesuatu di dalam buku notanya tidak menyedari ketiadaan adiknya disebelah itu.

"Budak nii memang. suka hilang hilang mengejut. Datang tiba tiba hilang pun tiba tiba. haishhh "omel Nur Lili Aina sendirian seperti nenek meleteri cucu lagaknya.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now