chapter 49

1K 46 7
                                    

Nur Mawar Aini segera melepaskan tangannya yang masih dipegang kuat oleh Ryssa Rania. Sakit yang dirasakan sudah tidak lagi dipedulikan. Yang pasti dia mahu menjelaskan perkara sebenar kepada Hana Meddina. Merah lengan dan tangannya sudah tidak dihiraukan.
Nur Mawar Aini pantas berlari menuju ke pintu.
Namun Hana Meddina sudah tidak kelihatan.

"Awak!" Laung Nur Mawar Aini sedikit kuat.
Dilihat Hana Meddina yang menghampiri kereta.

Hana Meddina pura pura tidak mahu mendengar.

"Awak saya boleh jelaskan." Nur Mawar Aini tidak patah semangat untuk terus bersuara. Pintu cermin kereta diketuk.
Namun Hana Meddina tidak mengendahkan.

"Awak...."
Nur Mawar Aini terduduk lemah di lantai halaman rumah. Hanya linangan airmata yang menjadi saksi kereta memecut laju ke jalan utama.

Ryssa Rania lantas menghampiri untuk membantu wanita yang pernah dicintainya bahkan sehingga sekarang.

"Awak bangunla kenapa duduk kat sini. jom kita masuk dalam sana."
pujuk Ryssa Rania lembut. Seakan tahu dan faham gusar yang menjerut hati bekas kekasihnya itu.

"Sebab kau la ni! kau la punca semua ni! kau boleh balik sekarang! aku tak nak tengok muka kau lagi!!!! balik sekarang!!!"
Nur Mawar Aini mengamuk sakan. tidak tertahan emosi yang menggunung di hatinya tika itu.

"calm down dear. relax la. benda bole bincang kan. janganla marah marah macamni." Ucap Ryssa Rania kebingungan. Namun tidak sedikitpun rasa bersalah hinggap pada dirinya.

'Mawar milik aku.'
Bisik hatinya.

"Boleh bincang kau kata? sesedap rasa je kau kata boleh bincang? Aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi kau faham ke tak hah! kalau aku tahu macam ni niat kau dari tadi lagi aku takkan bukak pintu untuk kau. aku menyesal tau menyesal! sekarang kau balikla Ryssa aku meluat tengok muka kau. Aku cuba untuk berlembut dengan kau tadi sebab aku tak nak bergaduh atau bermusuhan. tapi kau pulak ambik kesempatan atas kelembutan aku. manusia sekarang memang tak boleh bagi muka rupanya!  " Luah Nur Mawar Aini bersama tangisan yang semakin membanjiri pipinya.

Ryssa Rania tersentak. Tidak tahu bagaimana lagi cara untuk bersuara.

"Er. er. saya saya .. saya mintak maaf Mawar. Sa. saya tak da niat nak buat awak macamni. saya saya saya sayangkan awak. se se sebab tu saya saya gagal ka ka kawal pe pe perasaan saya tadi. saya betul betul mintak maaf."
Ryssa Rania kembali bersuara memujuk. Lalu segera mencapai lengan bekas kekasih yang masih dicintainya untuk masuk ke rumah. Bimbang sekiranya babak itu disaksikan jiran jiran sekeliling.

"Argh! jangan sentuh tangan aku! kau berambus sekarang!"
Jerkah Nur Mawar Aini kuat sambil menyentak kuat tangannya.

Ryssa Rania tiada pilihan lain selain menarik kuat tangan wanita yang semakin menyala api kemarahan itu.
Lalu pintu utama dikunci supaya tiada yang melihat mahupun mendengari apa yang  terjadi.
Nur Mawar Aini tiada keupayaan untuk melawan. Tangan nya terasa sungguh sakit dan lemah.
Hanya airmata yang jatuh menemani kesabaran saat itu.

Ryssa Rania menarik laju dan kuat pergelangan tangan Nur Mawar Aini lalu menuju masuk ke dalam kamar milik bekas kekasihnya. Nur Mawar Aini terasa lemah diperlakukan sebegitu. Biarpun kecil dan rendah namun tenaga gadis itu cukup luar biasa.

Pintu kamar dibuka lalu dikunci dari arah dalam. Ryssa Rania berpuas hati.

" Ha jerit la lagi. jerit la. meroyan tak tentu pasal macam orang gila dah kenapa?! Siapa perempuan tu tadi sampai awak meroyan macamtu sekali hah???weh kalau betul perempuan tu sayangkan awak. dia takkan pergi macamtu je sebelum dapat kepastian dari awak dan saya. Dia takkan buat awak menangis macamni pun kalau betul dia sayangkan awak. awak ni dah kenapa? Dah tak tahu menilai ke apa?saya ni. saya ni yang sayang dan cintakan awak. bukan perempuan tu!!!"
Bentak Ryssa Rania bersama amarah yang tidak terkawal. Tubuh Nur Mawar Aini dicampak ke atas katil. Singlet merah hati yang tersarung pada tubuhnya dibuka lalu dibaling ke arah katil.
yang tinggal kini hanyalah coli rona hitam.

"kau nak buat apa!?kau keluar sekarang! kalau tak aku jerit!" Nur Mawar Aini diserang ketakutan tatkala melihat kelakuan gadis gila itu. Ya dia gila. memang gila!





HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now