1

72.1K 150 2
                                    

"Untung you Kiah. Minggu lepas kakak perhatikan tiga hari Aznam tak ada di rumah, bapa mertua you sanggup tinggalkan rumahnya untuk datang temankan you di sini. I nampak you ceria betul bila Pak Man tu ada di sini," Kak Rahmah menegur aku ketika sama-sama menyiram pokok bunga di perkarangan rumah masing-masing. 

Jam masa itu 6.30 petang. Sebagai jiran sebelah rumah, jalinan hubungan tetangga aku dan Kak Rahmah amat baik sekali. Aznam, suamiku. Dan Abang Rosli, suami Kak Rahmah, juga berkawan rapat, selalu mereka keluar memancing bersama. Sekali-sekala pergi berjemaah di masjid bersama. Kak Rahmah dan Abang Rosli mempunyai dua orang anak perempuan. Kedua-duanya masih menuntut di sekolah berasrama penuh, seorang Tingkatan 3 di utara manakala seorang lagi Tingkatan 1 di selatan Semenanjung Malaysia. Mereka kepinginkan anak lelaki tetapi tiada rezeki setakat ini. 

Aku tahu Kak Rahmah, seperti aku juga, selalu tinggal keseorangan kerana suaminya kerap tiada di rumah, mungkin kena bertugas outstation macam suamiku juga agaknya. Aku tak tahu apa sebenarnya kerja suaminya. Aku segan nak tanya mereka, takut-takut mereka bilang aku ini busy body. Yang aku dengar dia bekerja di sebuah syarikat swasta 'import-export'. Aku tak tahu berapa umur Kak Rahmah, tetapi rasanya tidak melebihi 35 tahun. Dia seorang yang pandai jaga badan. Walaupun sudah berumur dan badannya sudah agak berisi, dia selalu kelihatan bergaya, cantik, kemas dan masih seksi. Rendah sedikit daripada aku. 

Warna kulitnya hampir-hampir sama denganku. Saiz ponggong dan buah dadanya.. Agak besar juga, tetapi tak boleh lawan aku punya daa! "Tak tahulah Kak. Sebenarnya, I tak ajak bapak tu datang temankan I bila Aznam tiada di rumah. Dia saja suka nak datang temankan I," jawabku dengan tenang dan selamba saja. 

"Agaknya dia rasa bosan dan kesunyian duduk seorang diri di rumahnya sejak emak Aznam meninggal." 
"Tentulah dia kesunyian tinggal seorang di rumah. Kakak nampak Pak Man tu masih kuat, sihat dan cergas, elok kalau dia kahwin lagi agar ada orang boleh menemani dan menjaga keperluannya," kata Kak Rahmah sambil ketawa melebar. 
"Betul kata kakak tu. Esok mungkin bapak I tu datang lagi ke sini. Jam 6.00 petang esok Aznam akan bertolak ke Kota Baru. Empat hari dia kat sana nanti." 
"Tak apalah Kiah... you dah ada tukang teman yang boleh diharapkan.. Aznam pergi outstation lama pun you tak perlu risau, Kiah." 

Melalui ketawa dan nada suaranya aku nampak Kak Rahmah seolah-olah macam mengusik-ngusik aku. 

"Alah... dia tak datang temankan I pun tak apa Kak, I tak risau. Kalau ada apa-apa hal pun, kakak kan ada sebelah rumah.. Saya boleh minta tolong kakak, ya tak?" 

Aku menyampuk dengan tujuan menunjukkan betapa pentingnya dia kepada aku sebagai jiran yang baik, terdekat dan boleh diharapkan. Kak Rahmah tersenyum lebar mendapat kata-kata pujian daripada aku. Suka benar dia mengetahui yang dia mampu menjadi orang yang boleh diharapkan oleh jirannya. 

"I teringin benar hendak join you all duduk-duduk makan, minum, tengok TV dan berborak-borak dengan you dan bapa mertua you tu bila dia berada di rumah you, tapi I seganlah.. Dia tu baik dan peramah orangnya, selalu menegur sapa bila nampak I kat halaman rumah ni." 

Tergamam juga aku sebentar mendengar keluhan dan rayuan Kak Rahmah. 

"Dia ni minat nak bersembang dengan aku ke atau bapa mertua ku?" Terbit satu persoalan dalam hati kecilku. 
"Apa nak disegankan Kak... datanglah.. Kakak duduk seorang kat rumah pun bukan buat apa-apa..." tanpa was-was dan syak wasangka aku mempersilakannya berbuat seperti yang dihajatkannya. Tidak berdaya aku cuba menyekat keinginannya. 
"Terima kasihlah Kiah, tengoklah nanti.. Oh ya, kalau bapa mertua you sudilah, esok malam apa kata kita bertiga pergi dinner somewhere, ambil angin dan tukar-tukar selera.." balas Kak Rahmah dengan suatu senyuman yang manis dan rasa keseronokan. 
"Takkanlah dia tak mahu kalau kita ajak. Dia pun nampaknya suka pada kakak," semacam giliran aku pula mengusiknya. 
"Tapi, esok malam Abang Rosli tak balik lagi ke?" aku minta kepastian daripadanya. 
"Tiga hari lagi baru dia balik, itu pun belum tentu," jelas Kak Rahmah sambil menyudahkan siraman pokok bunganya. 
"Kalau gitu, no problem lah Kak," balas ku sambil menyudahkan juga siraman ke atas pokok bungaku. 

Berkongsi dengan JiranWhere stories live. Discover now