PART 3 - LELAKI BIASA

511 41 2
                                    

Elora menyambut huluran tangan Mr.Herrick mereka bersalam dan saling berbalas senyuman.

"You're still very young but quite talented Elora. I'm glad to have someone like you to work with." Ujar Mr Herrick dengan nada bangga pada elora. Elora hanya menyambut pujian tu dengan senyuman manis.

"Don't overly praise that would make me lazy." Balas elora cuba merendahkan diri.

"I know you don't." jawab mr herrick di diringi tawa.

Sesi perbincangan itu sudah tamat jadi elora mula menyusun fail yang berada di atas meja dan kemudian masukkannya ke dalam briefcase.

Mata elora beralih kepada mr herrick yang kelihatan tergesa-gesa sambil memandang jam yang ada di pergelangan tangannya.

"its already 5 pm. I'm really sorry elora I have to go now." Kata mr herrrick pada elora.

Elora hanya mengiyakan pamitan mr herrick.

Setelah bayangan Mr. herrick hilang, elora menyandarkan tubuhnya pada kerusi dan menghembus nafas lega. Melayan karenah klien ni memang memenatkan tapi sudah menjadi lumrah dalam pekerjaannya maka di hadapnya juga.

elora merenung ke luar cafe, terasa seperti ada yang tak kena. Ada sesuatukah yang dia terlupa untuk ambil dipejabat? Atau kerja yang tergendala?

Hmmm.. Elora cuba mengingati sambil menghirup kopi yang masih bersisa di cawan.

Ting!

Bunyi whatsapp membuatkan elora tersedar dari lamunan pantas jarinya membuka dan membaca pesanan yang dikirim.

"Mrs sudah beli novel? Nak juga tahu novel apa mrs beli?" #Handsometakpenjualbukutu🙈

Sehabis baca whatsapp keira, elora baru teringat yang dia mahu ke kedai buku selepas selesai meetingnya bersama Mr. Herrick.

Dia menepuk dahi sendiri bagaimana dia boleh terlupa tentang hal tu. Laju saja kakinya berjalan ke kaunter untuk membayar.

"Kak tak apa simpan saja baki tu." ujar elora yang tidak mahu menunggu lama.

Sebaik melangkah keluar dari cafe, elora segera memulakan larian pecut bersama dengan briefcase dan beg sandangnya.

Mujur saja kedudukan cafe ni berada di hujung sebelah kanan manakala kedai buku pula di hujung sebelah kiri kalau pilih untuk berjalan memang lambatlah jadi elora pilih untuk berlari, berlari dengan harapan agar dia cepat sampai dan semoga kedai tu tak tutup lagi.

Elora sudah semakin hampir dan nampak seorang lelaki sedang cuba mengunci grill kedai buku. No! Tak boleh jadi ni. Elora hayunkan lagi kakinya agar lebih pantas untuk menuju ke arah lelaki tu.

"Tunggu..!!!" jerit elora pada lelaki tu.

Lelaki tu segera menoleh ke arah suara elora. Riak wajahnya berubah pelik. Tersangat pelik.

Elora cuba berhenti tapi gagal lalu dia hilang kesimbangan badan dan terjatuh di atas badan lelaki tadi. Mereka sama-sama terbaring di atas tanah dengan tubuh elora menindih tubuh lelaki tu.

Buat pertama kalinya dalam hidup elora, dia terlalu dekat dengan seorang insan bernama lelaki. Wajah mereka teramat dekat sehingga masing-masing boleh merasakan hembusan nafas. Elora seolah-olah terpegun, terkaku dan tak dapat mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Jantungnya mula berdegup kencang.

"Mrs, are you okey?" tanya lelaki tu pada elora.

Teguran tu membuatkan elora tersentak cepat-cepat elora bangun berdiri dan bersihkan bajunya yang sedikit kotor.

Dambaan CintaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt