PART 5 - MYSTERIOUS BOY

354 30 0
                                    

ELVIAN POV
-----------
"Kenapa datang tidak bagitau ni?" Soal elvian pada gadis di hadapannya. Gadis itu cuma ketawa sambil menepuk bahu elvian.

"Saja mahu bagi abang supriseeee bah. SUPRISE!!! .. Hahaha" Jawabnya gadis tu diiringi ketawa.

Elvian mengurut pelipis yang dirasakan berdenyut, nasib baiklah dia cuma ada satu adik.  Bayangkan kalau sepuluh mesti pengsan dia melayan karenah ganjil mereka macam adik dia yang seorang ni. Teringat pula minggu lalu hampir saja dia diserang sakit jantung bila cikgu menghubunginya dan memberitahu bahwa adiknya ponteng sekolah dan melawan cikgu disiplin.

Elvian pantas memandang tajam ke arah wenlyn.

"Eh wait! Harini bukan hari sabtu kan?? Kenapa adik ada disini?"

Serta merta senyuman manis yang terukir di bibir wenlyn mati mendengar soalan yang di ajukan oleh elvian lalu dia menundukkan wajahnya. Elvian hanya memerhati dan merasa wenlyn sembunyikan sesuatu.

"Adik..."

"Hm.."

"Jujur.. Adik ponteng lagi?"

Wenlyn menggeleng.

"Jadi?."

"y-yuran belum bayar jadi adik tak boleh belajar." kata wenlyn yang masih menundukkan wajahnya. Elvian menepuk dahi. Dia terlupa tentang yuran wenlyn, ini sudah masuk bulan ke 3.

Elvian mengusap kepala wenlyn. Rasa kesian pun ada pada adiknya yang seorang ni.

"Sorry. Abang lupa, esok abang pergi bayar k." kata elvian lalu menarik tangan wenlyn masuk semula ke dalam kedai buku.

----
ELORA POV

  Sejak tadi lagi elora memerhati mereka  berdua yang di luar sana.  Kemesraan mereka semakin menjadi-jadi, siap pegang tangan pula tu.

"erm....."

Elora memutuskan untuk pergi tiada sebab lagi dia mahu berlama-lama di kedai buku tu. Hatinya sudah retak, dia mula melangkah ke arah kaunter untuk membayar novel yang ada di dalam tangannya.

"Err.. sorry mrs.. Mahu bayar sudah?" Tanya lelaki tu pada elora. Elora hanya mengangguk lemah.

"Kalau novel ni saya belanja. Mrs tak payah bayar."

   Pandangan mata elora kini terarah pada lelaki tu. Wajah tanpa beriak dipamerkan.

"It's okey, saya tak mahu berhutang apa-apa terutama lelaki yang ramai peminat macam kau."  balas elora lalu mengeluarkan wang kertas yang bernilai rm50 dan diletakkannya di atas kaunter lalu pergi tanpa menunggu baki.

"Mrs." Panggil lelaki tu tapi elora sengaja pekakkan telinga dan meneruskan langkah kakinya untuk keluar dari kedai buku tu tanpa menoleh.

Lelaki tu pamerkan riak pelik memandang elora. Apa kena dengan perempuan tu?

"Peminat abang?" Soal wenlyn yang sejak tadi jadi pemerhati disebelahnya.

"Bukan, dia cuma customer abang."

"Oh.. Btw, she's pretty." Kata wenlyn sambil pamerkan senyuman penuh makna.

Elvian hanya membalas dengan menggelengkan kepala, tak nak layan  perangai adiknya yang mula mengusik dia.

----

Elora sudah masuk ke dalam perut kereta, sempat dia merenung seketika ke arah kedai buku dan menghela nafas lemah.

"Sepatutnya saya tak perlu sampai sejauh ni. Dia sudah berpunya." Kata elora pada diri sendiri.

  Enjin kereta dihidupkan dan elora terus bergerak meninggalkan kedai buku tu. Dan sepanjang pemanduannya elora tidak berhenti memikirkan tentang lelaki misteri tu, ya ada sesuatu yang menarik hatinya untuk mengenal lelaki tu lebih dalam lagi tapi teringatkan gadis yang bersamanya tadi hatinya kembali kecewa.

   Rasanya dia mahu balik kerumah saja untuk berehat, tiada semangat pula dia mahu terus ke office dalam keadaan begini. Telefon bimbit di capai dan elora menghubungi keira.

Tut..tut..

"Hello keira."

"Yes mrs elora." 

"Batalkan semua jadual saya harini. Saya tak berapa sihat."

"Ermm baiklah. Tapi mrs dalam jadual mrs harini, mrs ada makann malam bersama keluarga datuk jordan sempena mengenalkan menantu mereka. Jadi nak saya batalkan juga?

  Elora mengurut kepalanya yang terasa berat. Dia terlupa pula tentang makan malam tu. Nak,  taknak jordan adalah pak ciknya.

"No. Itu hal family, so takpayah."

"Okey, baiklah mrs."

   Usai berbicara panggilan terus dimatikan. Elora kembali tidak bermaya, entah kenapa lagu-lagu yang sedang diputarkan di corong radio seolah-olah memahami keadaannya sekarang.

   Fikirannya kembali mengenang satu memori yang masih diingatnya sampai harini. Budak lelaki yang selamatkan dia pada hari kemalangan sewaktu dia kecil.

  ------

20 TAHUN YANG LALU.

    Keadaan semuanya kelihatan terbalik. Badannya tak dapat digerakkan dia tersepit di antara kerusi penumpang. Nafas yang dihela semakin hilang.

   Namun dalam keadaan begitu satu suara sangat jelas di pendengarannya.

"Daddy, ian nampak budak perempuan tu bernafas! Please tolong dia." ujar budak tu sambil menarik-narik baju ayahnya, matanya masih memandang ke arah kenderaan yang sudah terbalik di tengah jalan raya.

  Elora cuba membuka mata tapi tak mampu dia terlalu lemah namun suara tu kedengaran, cemas, sedih, merayu. Elora cuba menggerakkan tangan, memberi isyarat. Budak lelaki memandang ke arah ayahnya yang sibuk menghubungi ambulans. Matanya kembali memandang sekeliling mereka juga hanya melihat walaupun tahu budak perempuan tu sedang memerlukan bantuan.

  Budak lelaki tu tak mampu berdiam diri lagi, dia mesti berbuat sesuatu, dia menarik tangannya dari genggaman ayahnya lalu berlari ke arah kereta yang terbalik tu dan cuba menarik pintu penumpang.

"Ian!! Ian!! Jangan!!." suara keras ayahnya memanggil semula budak lelaki tu, namun budak lelaki tu enggan mendengar. Dia cuba lagi menarik pintu dengan sedaya upayanya. Namun kudratnya hanyalah kudrat seorang budak.  Dia tak mampu. Elora separa sedar yang berada di dalam kenderaan tu hanya memerhati namun semuanya menjadi gelap, elora tak tahu apa yang terjadi selepas tu. Saat dia mula buka mata dia sudah berada di hospital.

-------


Dambaan CintaWhere stories live. Discover now