DCJ29

4 0 0
                                    

"Min masih berhubung dengan dia?"

Ayah Cu sudah memulakan soal siasatnya. Aku menghulurkan selimut kepadanya sambil mengerling padanya. Ayah Cu memandangku tajam.

"Ayah Cu janganlah salah sangka. Min baru jumpa dia semasa Min tinggal dengan babah. Dia kerja satu ofis dengan ibu."

"Oh! Dia dah jadi jurutera?" soalnya dalam nada terkejut.

Aku mengangguk. Tanganku menepuk-nepuk bantal yang berada di atas tilam. Tetapi aku kemudiannya perasan maksud soalannya. Aku memandang ayah cu yang sedang duduk di sofa yang terdapat dalam bilik tidur tamu itu.

"Ayah Cu tahu dia nak jadi jurutera? Mana ayah cu tahu?"

"Kamu berdua bercinta?"

Soalan dibalas soalan. Aku sedikit tersentak. Serasa darah merah menderu ke wajahku.

"Apa tanya macam tu? Min kawan sahaja dengan dia. Min dah beritahu Ayah Cu dulu. Takkan dah lupa?"

Ayah Cu tersenyum.

"Itu dulu. Semasa Min masih berhingus. Sekarang dah pandai melawa. Tengok, keluar dating pakai make-up segala. Kan berbeza, dulu dan sekarang."

Aku mengetap bibir. Dia perli aku.

"Ayah Cu, I'm almost 30. Takkan selamanya nak pakai baju sekolah?"

"There.. Min dah mengaku pun. Habis tu? Takkan selamanya nak berkawan?"

Aku tersentak. Ayah Cu tak marah ke kalau kami bercinta? Adakah istilah 'kami' itu untuk aku gunakan atau sekadar aku seorang sahaja mencintai Luqman sedangkan dia tidak? Apa yang aku rasakan dari dulu sehingga kini, hanya aku sahaja yang ada perasaan padanya sedangkan aku sendiri tidak pasti perasaannya padaku. Dia banyak membuatkan aku berfikir-fikir dan mengagak sendiri. Jadinya, sebagai jalan mudah dan untuk tidak menyakitkan hatiku, aku berkeputusan dia tiada perasaan padaku dan kami hanya sekadar kawan. Full stop.

Aku meletak kembali bantal yang telah bertukar sarung ke atas katil.

"Dah siap. Min keluar dulu," ujarku bingkas ke pintu kamar.

"Hei, ayah cu tak habis tanya lagi ni!"

"Min dah mengantuk la. Esok sahaja kita sambung," balasku sambil menutup pintu kamar. 

Malas mahu melayan soalan bak siasatan polis lagaknya. Aku melangkah menuju ke kamarku.

"Jasmin Alia!"

Langkahku terhenti apabila mendengar panggilan ayah cu. Dia sudah berdiri di muka pintu.

"Ada apa?"

"Esok, ayah cu ada hal sedikit di hospital. Tengahari kita keluar makan sama-sama. Ada hal yang perlu kita bincangkan."

"Bincang sekarang sajalah. Buat apa nak tunggu esok?"

Ayah cu merenungku lama. Kenapa pula? Aku ada salah cakap ke?

"Aren't you said sleepy just now? If I'm not mistaken."

Aku tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Hehe.. terkantoi!

"Err, ok. Esok ayah cu ambil Min kat Muss Read Shop. Min tunggu di sana."

"Ok."

***

Kting! Bunyi loceng pintu Muss Read Shop tatkala aku menolak daun pintunya. Sunyi. Aku menapak ke dalam bilik kerja. Kosong. Ke mana pula perginya si Munir ni? Di luar tiada. Di bilik pun tiada. Aku pantas menyarungkan apron pekerja berwarna maroon ke tubuhku. Aku membelek nota-nota penting yang terdapat di kaunter. Ada beberapa pucuk surat dan bil yang terletak elok dalam kotak surat. Itu bermakna Munir sudah mengambil surat-surat tersebut di peti surat hadapan kedai.

DUNIA CINTA JASMINWhere stories live. Discover now