DCJ31

4 0 0
                                    

Sudah dua minggu peristiwa itu berlalu. Dua minggu juga Luqman langsung tidak menghubungiku. Begitu juga dengan Abang Nain. Tetapi ada juga dia menitipkan salam melalui ibu. Sekadar itu sahaja. Aku juga malas untuk menghubungi mereka. Bagiku lebih baik begitu daripada dituduh yang bukan-bukan sehingga menyakitkan hati. Aku tak mahu dikatakan seperti perigi mencari timba. Bukan prinsipku untuk terhegeh-hegeh menggoda lelaki untuk mendapat pasangan hidup. Bagiku, biarlah jodoh itu datang sendiri sekiranya ia sudah ditakdirkan untukku.

Kting!

Pintu kedai terbuka separuh. Aku memanjangkan leher memandang ke luar. Kelihatan seperti Munir bercakap-cakap dengan seseorang dan kemudiannya kedengaran suaranya mengucapkan terima kasih bersambung dengan tawa kecil.

"Eh, perempuan! Awal kau sampai? Mimpi apa semalam?"

Aku menjeling. Panggil orang seperti tiada nama, gerutu hatiku.

"Aku perlu bermimpi dahulukah untuk datang awal di waktu pagi?" soalku kembali sambil menyambung semula tugasku di kaunter yang terhenti seketika tadi. 

Munir tertawa.

"Aku rasa kau bermimpi nak dapat bunga hari ini. Betul tak?"

"Bunga?"

Aku terus memanggung kembali kepala. Memandang ke arah Munir yang masih tersengih-sengih seperti kerang busuk di hadapan kaunter bayaran.

"A'ah. Ada kad lagi," sambung lelaki itu lagi sambil mengunjukkan kepadaku sejambang carnations berwarna merah hati lembut dan putih. 

Di sebalik 12 kuntuman carnations yang kembang mekar itu terselit sekeping yang berwarna putih.

"Untuk aku ke?"

"Habis tu? Takkan untuk aku pula."

Aku menggaru kepala yang tak gatal sambil menyambut sedozen kuntuman carnations daripada tangan Munir. Harumannya menyucuk deria bau. Wangi. Siapa pula yang begitu romantik menghadiahkan aku jambangan bunga ni?

Aku membuka dan membaca tulisan yang tertulis pada kad putih tersebut.

Love you, Miss you... soo much!

Huh! Itu sahaja. Siapa pengirim misteri ni? Pelik!

"Luqman kot?" Munir cuba berteka-teki. Aku mencebik.

Huh! Tak ada orang lain ke si Munir ni nak teka? Nama si Luqman tu pula yang terlintas di fikirannya. Tak logik langsung.

"Cubalah kau telefon dia."

"Ish! Tak naklah aku. Nanti dikatanya aku tergedik-gedik lagi. Serik aku."

"Huh, kolot!" sindir Munir.

Mulut tak ada insuran, sungguh. Kata ikut sedap hati sahaja.

Aku menjeling tajam ke arahnya. Munir berlalu ke dalam biliknya tanpa menghiraukan jelinganku.

"Min!"

"Ya." Aku menyahut panggilan Munir tanpa memandang ke arahnya.

"Bila si Nad nak kahwin?"

"Hujung bulan ni. Kenapa?"

"Maknanya lagi dua minggu. Habis tu kau tak balik kampung?"

"Balik. Siapa kata aku tak balik? Mengamuk pula si Nad tu nanti."

"Balik dengan siapa?"

Pelik sekali nada soalan. Tanganku yang lincah menampal harga pada buku-buku yang baru dikeluarkan dari kotak tadi terhenti. Aku menoleh ke arah lelaki yang hampir sebaya denganku itu.

DUNIA CINTA JASMINWhere stories live. Discover now