MONOLOG : SETIA

205 5 0
                                    

Seperti selalunya, aku kematian kata dan tenggelam asik di dalam alam. Angin ini begitu sayu menerbangkan monolog monolog bisu yang aku curahkan. Aku berpeluk tubuh, memerhati hutan batu di hujung sorotan mata. Konkrit konkrit kaku itu masih berdiri di tempat yang sama seperti kali terakhir aku amati. Aku luahankan keluhan kasar dan berat. Gumpalan kosa dan kata yang membebani bahuku, pekungku dan otakku seolah cuba aku lontarkan keluar. Tapi benarlah, mengeluh sahaja tidak guna.

"Berat keluhan kau Rin.. Nak share apa-apa?" Fiq menegur.

Aku pantas memalingkan kejap tubuh memandang Fiq yang sedari tadi senyap namun berbicara tiba-tiba. Aku melemparkan senyuman kecilku kepadanya. Tidak ingin membalas pertanyaan itu. Kemudian tubuh kembali aku palingkan menghadap pemandangan hutan batu yang tanpa aku sedar sebenarnya membuat aku ter-ber-monolog sendiri.

Aku baru sahaja menjalani satu proses wajib dalam hidup. Proses pertemuan dan perpisahan. Satu proses yang buat aku berfikir kembali kepada fitrah hidup dan manusia. Buat aku tidak punya masa untuk berbicara melainkan berkata-kata hebat di ruangan separa minda.

"Life must go on, Rin." Ujar Fiq lagi. Aku dengar. Dan aku hanya tersenyum kecil sambil mataku masih lagi merenung kota di hadapan kami tanpa sedikitpun merubah posisi memeluk tubuhku tadi.

Aku sedang meneruskan hidup, Fiq. Aku sedang berdiri dan mencari kembali semangatku seperti sebelum aku melanggarkan perjalanan hidupku dengan 'dia'. Aku sedang merawat jiwa dengan menerima segala ketentuan yang sememangnya sudah tertulis buatku. Buktinya, aku sedang lagi tersenyum. Berdiri bersebelahan kau. Menikmat hening petang ini di gerigi berbukit sambil merenung kota batu yang sering menjadi pemandangan kita setiap kali kita sampai di puncak bukit ini.

Aku meluahkan tanpa bersuara sedikitpun. Aku tidak mampu menyuarakan panjanglebar apa yang sedang hatiku rasa dan lalui. Cukup aku bermonolog begini dengan alam.

Aku dengar Fiq mengeluh kecil. Mungkin penat meladeni perangaiku yang hanya membisu dan tersenyum kecil mendengar tiap tiap persoalan yang dia lontarkan.

"Weh, esok lepak café aku nak? Chilling dengan aiskrim?" Pelawanya tiba-tiba.

Fiq selalu begini, tiba-tiba menyoal. Tiba-tiba memberi nasihat. Kemudian tiba-tiba dia akan menukar topik dan cuba mengambil perhatian aku. Fiq lain dari kawan lelaki aku yang lain. Dia satu-satunya kawan baik yang akan stick dengan aku walaupun satu dunia jadi musuh dan perlekehkan aku. Fiq ada, dari aku baru merangkak nak kenal dunia, hidup dan cinta. Fiq ada di setiap aku jatuh dan tersungkur disebabkan jiwa. Fiq sentiasa ada, kecuali ketika aku sedang sibuk bercinta. Fiq hilang, ketika cinta fana sedang mengindah dan mekar dalam hidup aku. Tapi sekarang, Fiq muncul kembali bila cinta yang aku kata indah dan membahagiakan itu menjadi racun dan menolak aku ke gaung gelap yang pernah aku diami. Fiq ni, kawan yang setia, kan?

"Fiq, kau tahu tak apa tu setia?" Soalku tiba-tiba kepadanya tanpa menjawab pelawaannya terlebih dahulu.

Fiq memandangku penuh heran. "Kau fikir aku ni budak yang baru nak kenal dunia kah, tak tahu setia tu apa?" Soalnya pula kepadaku, mungkin masih tidak dapat mencerna soalan tiba-tiba aku selepas ke semua kata-katanya aku anginkan.

"Kau tahu, hidup aku ni penuh dengan orang yang setia." Beritahuku tanpa sedikitpun mempedulikan soalan yang dia ajukan.

"Ek? Tak pernah pula aku tahu dalam hidup kau ni wujud orang yang setia. Selama aku kenal kau, semuanya tinggalkan kau." Katanya pedas.

Aku tergelak. Fiq. Fiq. Kau memang tak pernah berubah kan? Aku memandang Fiq dengan senyum. "Well, itu adalah manusia palsu yang berpura-pura cintakan aku kemudian tinggalkan aku bila mereka jumpa seseorang yang diaorang rasa lebih baik dari aku. Diaorang tu aku aku dah anggap macam bas yang singgah dekat bustop jah." Ujarku panjang lebar kepadanya.

MONOLOG : SETIAWhere stories live. Discover now