K A U

76 4 1
                                    

Mencintaimu itu bukan satu hal yang perlu aku sesali
Mencintaimu itu bukan sia sia
Malah ia mendekatkan aku kepada Pencipta
Kerana kau
Kerana Dia hadirkan kau dalam kisah hidupku beralasan
Dia mahu aku sentiasa kuat
Kuat dalam semua hal
Melaluimu Dia merapatkan hubungan aku denganNya

Kehilanganmu itu satu perkara yang amat perit untuk diterima
Kehilanganmu itu membuat aku lemah, rapuh, hilang segala rasa
Kehilanganmu itu meruntuhkan segala semangat yang aku punya
Namun, pemergianmu itu perlu aku ikhlaskan
Kerana pemergianmu itu demi menemui yang lebih berhak ke atas dirimu
Dan aku bukan siapa siapa
Bukan yang punyai apa apa hak ke atas dirimu
Sama juga ke atas yang lain
Sesungguhnya hanya Dia yang berhak

Pemergianmu kadangnya meragut segala bahagiaku
Kerana yang sering menceriakan hariku itu kamu
Namun segala itu perlu aku lawan
Demi mereka yang aku sayang

Pemergianmu itu kadangnya membuat hariku kosong
Kosong tanpa pesanan darimu untukku
Kosong tanpa semangat buatku untuk meneruskan hidup walau sesukar mana
Kosong kerana merasakan rindu tanpa penghujung

Buat masa ini
Buat tika ini
Buat hidup ini

ungkapanWhere stories live. Discover now