T I N G G A L K A N

58 1 0
                                    

Jika dengan menyayangi dan mencintai aku banyak buat kau terluka, aku mohon. Hilangkan perasaan itu. Buang aku dari hidup kau. Jauhkan diri kau dari aku. Buang semua tentang aku dalam hidup kau. Kerana jika kau terluka kerana aku, aku akan lebih terluka bila melihat kau terluka kerana aku. Rasa sakit itu sungguh tak terungkap. Sakit. Pedih. Perit. Sangat. Rasa seolah aku seorang manusia yang tidak berguna. Rasa seolah aku manusia yang tidak layak untuk semua rasa itu. Tinggalkan aku, demi bahagiamu. Dan aku. Aku hanya mampu memohon kepadaNya agar perasaan itu hilang dari hati kau. Sungguh aku tahu, kau terluka. Kau selalu terluka. Kau banyak terluka kerana aku. Jadi, tolong. Tolong cari orang yang mampu buat kau bahagia sehingga kau lupa bagaimana rasa terluka.

ungkapanWhere stories live. Discover now