SP+33

2.5K 303 13
                                    

" Weyh, korang! Budak kelas sebelah hampir kena culik! " Kata Hyewon iaitu penolong kelas kami. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk melihat apa yang terjadi termasuklah aku dan Jaemin.

" Apa yang dah jadi ni, Yuna? " Tanya Hyewon sambil memujuk pelajar yang bernama Yuna itu.

" Hiks...tadi, masa aku tengah kemas bilik sains sorang-sorang, semua lampu tertutup. Aku takut. Aku nak keluar dari makmal tu. Tiba-tiba ada lelaki tekup mulut aku dari belakang. Aku terus gigit tangan dia. Bila dia tengah sakit tu, aku terus ambil peluang untuk lari. Aku tak nampak langsung muka dia..."

Aku memandang Jaemin.

Jaemin juga memandang aku.

Mungkin ni penculik yang Jaemin cari selama ini.

《C》SILENT PRINCE | 나재민Where stories live. Discover now