15

2.5K 411 75
                                    

------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

------

Janggal, kekok dan sepi.

Sepanjang perjalanan menjadi sangat janggal selepas sahaja pergaduhan kecil diantara aku dan Jungkook.

Aku hanya melemparkan pandangan kosong ke luar tingkap, manakala Jungkook sedang fokus memandu.

Sumpah aku tak faham kenapa lelaki disebelah aku ini tidak mahu jelaskan dengan jelas kenapa dia mahu merahsiakan hubungan kami.

Apa dia malu berkasih sayang dengan aku?

Sebab aku tidak cantik, so dia rasa malu lah untuk beritahu umum yang kami sedang menjalinkan hubungan.

Maklumlah, lelaki sebelah aku inikan lelaki terkenal hampir diseluruh negara. Followers dekat instagram pun tinggi.

Aku menggigit bawah bibir aku sambil memejamkan mata. Aku menggelengkan kepala perlahan untuk membuang segala tanggapan negatif yang keluar dari akal fikiran aku.

Sedang aku memejamkan mata, terasa seakan kereta yang dinaiki oleh kami perlahan-lahan mula berhenti.

Aku membuka mata dan melihat sekeliling.

Oh kejap, kami dekat pantai?

Aku mengerling ke arah Jungkook yang sedang membuka seatbeltnya. Bukan ke dia kata dia nak bawa aku balik rumah nenek dia?

"Kita buat apa dekat sini?"

Jungkook memandang aku tanpa secalit senyuman. Dia kemudian menoleh ke arah matahari yang mula terbenam.

"Jom, teman aku tengok matahari terbenam. Aku dah lama sebenarnya nak ajak kau, sayang."

------

"Nah," Jungkook menghulurkan aku sebotol iced lemon tea. Aku menyambutnya dengan senyuman nipis.

"Thanks,"

Jungkook mula mengambil tempat disebelah aku dan mula mencicip minumannya. Manakala aku masih kekal melihat ke arah matahari yang kian menghilang.

Aku tersenyum nyaman. Dengan keadaan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan orang tidak berapa ramai membuatkan suasana di pantai ini sungguh tenang.

"Cantikkan?" aku menoleh ke arah Jungkook dan tersenyum lebar.

"Cantik! Lama gila aku tak tengok matahari terbenam secara live. Selalunya usya gambar dekat instagram je,"

Jungkook tersenyum pendek.

Selepas tamat je perbualan pendek kami, kami kembali mendiamkan diri. Aku masih lagi melayani perasaan tenang sambil memandang ke arah matahari yang kian menghilang.

"Ehem," Jungkook berdehem membuatkan aku menoleh ke arahnya.

Dia tidak memandang aku, sebaliknya dia mula termenung ke arah pasir pantai.

"Actually.." dia mula mengangkat wajah dan memandang ke arah aku.

"Sebab kenapa aku nak rahsiakan hubungan kita... sebab..." Jungkook menggigit bawah bibirnya. Matanya mula bergerak ke kiri dan ke kanan seakan dia serba salah.

Aku diam dan membiarkan dia habiskan ayatnya. Taknak terlalu tergopoh-gopoh. Cukuplah tadi aku memaksanya. Sekarang, biarlah dia jelaskan sendiri.

Walaupun dah bermacam tanggapan buruk yang telah aku lemparkan kepadanya, but still. Dia mesti ada alasan tersendiri untuk kenapa dia nak rahsiakan hubungan kami.

"Hayeon.. a-aku tak tahu nak jelaskan macam mana. Aku b-belum bersedia."

Satu keluhan dilepaskan oleh aku.

"Kalau macam itu, tak apalah. Aku tak akan paksa kau lagi. Kalau kau dah ready, kau ceritalah kenapa ye?"

"I promise you, sayang."

-----

Jungkook memberhentikan keretanya disebuah pekarang rumah kampung yang berjauhan dari bandar.

"Kita dah sampai dekat rumah nenek aku," aku mengangguk perlahan. Aku tersenyum senang apabila melihat persekitaran rumah nenek milik Jungkook kelihatan begitu tenang dan sunyi.

Jauh sama sekali dengan suasana di bandar.

Sebaik sahaja aku keluar dari kereta, aku disambut oleh seorang wanita tua lingkungan 60-an dengan senyuman mesra.

Aku membalas senyuman dengan kekok sambil menunduk hormat.

"Oh kamulah, kekasih pujaan hati Kookie ye?" soalan yang dilontarkan oleh nenek milik Jungkook membuatkan pipi aku mula berona merah.

"Iya nek. Itulah kekasih pujaan hati kook yang selalu kook cerita kalau balik sini. Cantik kan dia?" Jungkook yang tiba dengan beberapa beg pakaian aku dan dia mula mengenyitkan mata dekat aku.

Sumpah sekarang ni aku rasa macam nak sorok kepala dalam periuk nasi. Malu ya ampun!

"Cantik. cantik sangat! Nenek suka. Ni barulah boleh dipanggil kekasih, bukan macam si Ryuri pilihan ibu kamu tu. Gedik je terlebih."

"Ya tuhan nek, tak baiklah nek cakap Ryuri macam tu. Dia baik apa dengan kook tau."

Ah kau, Jungkook. Sempat lagi kau menangkan Ryuri tu. Ey, nasib baik aku ni seorang girlfriend yang tak mudah melenting.

"Dengan kau memanglah baik, dengan aku punyalah kurang ajar. Eh dahlah malas nenek nak cakap pasal dia. Ni, nama kamu siapa ye?"

"Jung Hayeon, nek" aku tersenyum manis ke arahnya.

"Ha tak lama lagi, bertukarlah Jung tu kepada Jeon." usik Nenek. Aku sudah berbahang pipi manakala Jungkook sudah memandang aku dengan miang.

Aku hempuk satgi dengan beg ni, baru tahu. dkkskxjs

"Oh ye, Kook. Kawan kau si apa ke nama dia tu Kim.. Kim Tae apa tu. Kim Tae- haaaa pun dia." mata aku dan Jungkook serentak mula beralih ke arah insan yang dimaksudkan.

" mata aku dan Jungkook serentak mula beralih ke arah insan yang dimaksudkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

damn. Kim Taehyung is here.

-------

Tbc

makin hambar makin bosaaaan. maaaf!

 maaaf!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✔️silent couple . jjkWhere stories live. Discover now