30

2.5K 464 153
                                    

ENJOY

-------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-------

"Kenapa lambat?" soalan yang diutarakan oleh lelaki itu membuatkan Minju mengulingkan biji matanya, menyampah.

"Bukan masalah awak." dia terus duduk dihadapan lelaki itu dan mula menyedut minuman sejuk yang dibelinya tadi.

Konon, dia kata dekat Hayeon yang Jungkook menunggunya untuk bersarapan bersama.

Tapi realitinya, dia ditunggu oleh lelaki lain. Lelaki yang dia tidak faham kenapa masih beria-ria mahu mendampinginya walaupun dan bermacam-macam cara gadis itu buat supaya lelaki itu membencinya.

"Semua masalah awak bermaksud masalah saya juga. Awak kena ingat, saya yang jaga awak lepas sahaja awak kena halau dengan keluarga awak."

Minju menjeling tajam ke arah lelaki itu. Nasib baik sahaja mereka sekarang ni berada di kedai makan di luar Universiti.

Kalau tak, habislah dia.

"Oh sekarang ni, awak cuba ugut saya... Park Jimin?"

Ye. Lelaki yang bersamanya sekarang ini adalah Jimin.

"Tak. Saya bukan ugut awak. Saya cuma nak ingatkan awak yang hanya saya seorang sahaja yang sudi hulurkan bantuan disaat awak jatuh, Minju. Susah sangat ke awak nak cuba hargainya?"

"Hey, Jimin. Saya tak pernah minta pun awak tolong saya. Awak yang terhegeh-hegeh nak tolong saya. Saya boleh hiduplah walaupun seorang diri!" ujar Minju dengan penuh keegoaan.

Jimin mengeluh perlahan.

"Saya tolong awak, sebab saya sukakan awak. Malah saya cintakan awak."

"Sudahlah, Jimin. Awak sendiri tahu, yang saya tak akan dapat terima cinta awak itu. Sebab apa? Sebab hati saya masih ada nama Jungkook."

dia sengaja menekan nama Jungkook itu supaya lelaki itu sedar yang hatinya sememangnya tidak ada untuknya!

"Awak memang tak kisahkan apa yang dia telah buat dekat awak dulu?"

" Itu bukan salah dia. Mak dia yang paksa dia putuskan hubungan kami."

"Kalau betul lah, dia masih cintakan awak. Pasti dia tidak akan cari perempuan lain. Pasti dia akan fight demi cinta korang berdua. Tapi sayangnya, tak Minju. Dia sememangnya tidak cintakan awak."

Kata-kata Jimin membuatkan Minju mengetap bibir, geram.

"Shut the fuck off."

"Saya tak akan diam selagi awak tak sedar yang cinta Jungkook dah lama mati untuk awak, Minju. Kalaulah awak rasa Jungkook masih cintakan awak, awak sama sekali salah. Dia cuma kasihan kan awak. Yelah, awakkan pernah mengandungkan anak dia--"

PAP!

Kata-kata Jimin terhenti akibat tamparan dari Minju.

"I don't care dengan apa yang awak cakap, Jimin. You are wrong. He's still love me! Dan aku boleh buktikannya!" tengking Minju.

Setelah itu, Minju mula keluar dan meninggalkan Jimin yang penuh dengan kekusutan itu.

Jimin menolak rambutnya kebelakang sebelum mengeluh perlahan.

"Kenapa susah sangat kau nak nampak aku, Kim Minju? You always belong with me."

---------

Aku merenung ke arah kertas lukisan yang kosong itu. Tiba-tiba pula tiada mood nak melukis selepas jumpa perempuan tak guna itu.

"Ish! Jungkook aku punya sorang!" aku menjerit sendiri sambil mencampakkan cat berwarna merah pada kertas lukisan.

"Memang aku kepunyaan kau seorang pun, sayang."

Baru aku hendak mencampakkan lagi satu warna pada kertas lukisan, tindakan aku terhenti apabila suara itu berbunyi.

Aku mencebik. Tahu sangat siapa yang bersuara itu.

"Kau buat apa dekat sini?" soal aku dingin dan itu buatkan Jungkook ketawa perlahan.

"Saja. Nak pujuk baby sayang saya yang sedang merajuk ini."

Bunyi derapan kakinya makin menghampiri aku. Apabila Jungkook mula melabuhkan punggung disebelah aku, aku terus berdiri.

"Jangan kacau aku, Jungkook. Hati aku masih sakit lagi,"

Baru je aku ingin beredar, dengan tangkasnya Jungkook menarik aku untuk duduk semula.

"Sayang,"

Ugh! Only me atau memang semua perempuan akan lemah kalau lelaki panggil kita sayang time tengah marah ni? jcjejcjsjdjsiw8ru2iridjdjwidjw.

Aku diam dan mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Aku hairanlah, Kook. Kenapa kau tukarkan aku masuk dalam kelab tu ye? Sebab kau nak sakitkan hati aku? Macam tu?"

Satu keluhan berat dilepaskan oleh Jungkook.

"Bukan macam itu, sayang. Aku tukarkan kau masuk dalam kelab tu sebab nak jadikan heroin aku. Tapi--"

"Aaaa tapi ada Minju, ex girlfriend kau yang kau gilakan dulu membuatkan kau batalkan niat kau yang nak jadikan aku sebagai heroin kau? macam tu ye?" aku menjelingnya tajam.

Jungkook tergamam seketika. Aku mendengus sinis. Otak aku sekarang ini sudah berfikir macam-macam perkara.

"Aku terkilan dengan kau, Kook. Rupanya, aku ni hanya sebagai penganti Minju. Kau gunakan aku untuk memudahkan kau lupakan Minju. Tapi sayangnya, kau masih tak boleh lupakan diakan?"

"Hayeon.. jebal..." suara Jungkook kedengaran bergetar sedikit. Jungkook memegang kedua-dua tangan aku. Dia menutup matanya rapat sambil menunduk kepala.

"Kejap. Jadi, selama ni kau nak sangat rahsiakan hubungan kita berdua just sebab kau takut Minju tahu ke? Wow Jungkook. Wow. Kau memang lelaki tak berguna pernah aku jumpa!"

"t-tak, hayeon. Sumpah itu bukan niat aku yang sebenar." dia masih lagi memejamkan matanya.

Aku mula ketawa sinis.

"Oh jadi, kau ada niat yang lain lah ye? Niat nak sakitkan hati aku, macam tu?"

Jungkook membuka matanya dan merenung ke arah aku. Dapat aku tangkap, matanya sudah merah dan berair.

Air mata palsu.

"Hayeon.. aku cintakan kau kot, tak akan tergamak aku nak sakitkan hati kau?"

"Mestilah kau tergamak. Buktinya.. kejadian semalam." selamba, aku berkata.

"a-aku minta maaf, Hay. Tapi kau dah salah faham ni. Aku buat macam tu sebab....." Jungkook berhenti percakapannya. Dia kelihatan sukar untuk meneruskan katanya.

"Sudahlah, Jungkook. Aku malas nak dengar lagi. Apa kata, kalau kita putus? Aku rasa kita sememangnya dah tak ada peluang untuk berbaik semula."

---------

TBC

BYEEEEEE

BYEEEEEE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✔️silent couple . jjkWhere stories live. Discover now