L.N.E (1)

206 19 11
                                    

Bunyi mesin di tepi pesakit berbunyi kuat. Seseorang terlantar di atas katil menunggu masa untuk pergi. Kepalanya berbalut dan seluruh badan di pasang wayar.

"Seo joon-ah..jebal jangan tinggalkan saya". Rayu seorang wanita di tepinya. Tangan lelaki itu digengam erat.

" Jisoo-ah bila saya dah tak ada nanti jaga anak kita baik-baik". Pesan Seo joon suami kepada Jisoo.

Jisoo menggeleng.

"Jung soo masih perlukan awak Joon-ah..jebal jangan tinggalkan kami". Rayu Jisoo.

Seo Joon sekadar tersenyum.

" Dekat dalam bilik di laci meja ada kunci. Kunci itu adalah kunci kedai butik yang saya belikan kemarin". Ujar Seo Joon.

"Saya tak perlukan semua itu..saya perlukan awak". Balas Jisoo.

" Awak boleh cari rezeki melaluinya. Awak suka menjahitkan?. Jadi usahakannya dengan baik. Arasseo?". Soal Seo Joon.

Jisoo terus sahaja mengganguk.

"Awak perlu tahu..cinta tidak pernah berakhir..jalani kehidupan dengan bahagia". Pesan Seo Joon.

Tangan Seo Joon terketar-ketar menyentuh wajah isterinya, seketika kemudian tangan Seo joon jatuh tidak bermaya. Mesin pula berbunyi kuat menandakan riwayatnya telah tamat. Jisoo memejamkan matanya dan air mata mengalir laju.

....

2 tahun kemudian.

Jisoo meletakkan sejambak bunga di atas makam mendiang suaminya. Jisoo tersenyum kecil.

"Joon-ah saya datang bersama anak kita". Ujar Jisoo.

" Omma..appa boleh nampak kita ke?". Soal Jungsoo yang berumur empat tahun.

Jisoo mencangkung di hadapan Jungsoo lalu mencubit lembut pipi anaknya.

"Mestilah boleh nampak kita". Jawab Jisoo.

Jisoo kembali berdiri kemudian menunduk hormat pada makam mendiang suaminya. Tangan Jungsoo yang kecil itu di raihnya.

" Mari kita balik". Ujar Jisoo.

"Omma Jungsoo nak main kat taman boleh?". Soalnya.

Jisoo mengganguk.

" Untuk anak omma semuanya boleh". Jawab Jisoo.

Jungsoo tersenyum gembira.

....

Taman permainan.

Keadaan di situ riuh rendah kerana suara jeritan dan ketawa dari kanak-kanak yang bermain di situ. Jisoo mengerling jam di tangannya. 5.40 petang. Jungsoo yang sedang bermain tiba-tiba berhenti dan berlari ke arah bertentangan. Jisoo yang melihatnya terus bangun dan mengejar Jungsoo.

"Jungsoo". Panggil Jisoo.

Namun anaknya terus sahaja berlari. Jungsoo yang sedang berlari itu terus sahaja memeluk kaki seorang lelaki.

" Daddy..Jungsoo nak!". Pintanya.

Dia yang pendek itu menjengketkan kakinya untuk mencapai cotton candy yang dipegang oleh lelaki itu.

⚜Namjoon pov⚜

Aku yang tiba-tiba teringin nak makan cotton candy melangkah ke arah lori yang menjualnya. Setelah selesai aku membayar tiba-tiba ada budak memeluk kaki aku..

"Daddy..jungsoo nak!". Ujarnya.

Daddy?. Sejak bila aku jadi daddy budak ni?. Kahwin pun belum. Aku melihat dia menjengketkan kakinya mahu mengambil cotton candy yang aku pegang. Disebabkan budak ni comel aku pun menundukkanlah badan aku dan mencangkung di hadapannya lalu aku menghulurkan cotton candy tersebut padanya.

" Yeay..sayang daddy". Ujarnya.

Tak semena-mena bibir aku diciumnya. Aku terkaku. Budak ni berani-berani je mencium orang yang tidak dikenali. Bibir dia  lembut,mungkin sebab masih budak.

"Jungsoo-ah". Panggil seseorang.

Aku melihat budak itu terus berlari ke arah pemanggil dan aku mula bangun untuk berdiri.

⚜end pov⚜

Sebaik sahaja Jisoo melihat anaknya terus dia memanggil nama anaknya.

" Jungsoo-ah". Panggil Jisoo.

Jungsoo terus berlari mendapatkan Jisoo. Terus sahaja Jisoo mencangkung dan memeluk anaknya.

"Jungsoo pergi mana?". Soal Jisoo.

" Tada..jungsoo ada cotton candy". Ujarnya.

"Mana jungsoo dapat ni?. Curi ?". Soal Jisoo.

Jungsoo menggeleng.

" Daddy belikan". Jawab Jungsoo sambil menunjuk ke arah Namjoon.

Berkerut dahi Jisoo dan memandang ke arah Namjoon. Namjoon terus sahaja menunduk hormat, Jisoo bingkas berdiri dan turut menunduk hormat.

"Maaf atas kelakuan kurang sopan dari anak saya". Ujar Jisoo.

" Kwenchana..lagipun dia comel". Balas Namjoon.

"Berapa harganya?..saya boleh pulangkan balik". Soal Jisoo.

" Eh tak perlu". Jawab Namjoon.

"Mana boleh macam tu..saya kena bayar balik kat awak". Ujar Jisoo.

" Kalau nak bayar jugak..awak boleh bayar dengan cara yang lain". Ujar Namjoon.

serta-merta Jisoo senyap tidak bersuara.

....
Vote❤

P/s: jungsoo tu anak lelaki bukan perempuan.

Sebelum ni saya ade buat..tp saya del..

Love Never End✔ ||Where stories live. Discover now