L.N.E (8)

77 8 0
                                    

Mereka bertiga berjalan di dalam shopping mall. Namjoon memegang tangan Jungsoo. Apa yang Jungsoo mahu di turuti sahaja. Sungguh dia amat sayangkan Jungsoo. Sesekali Jisoo memarahi anaknya yang asyik meminta,Namun di tahan oleh Namjoon. Sepanjang perjalanan Jisoo hanya memandang mereka.

"Daddy Jungsoo nak ice cream". Pinta Jungsoo.

Namjoon mengganguk lalu menuju ke arah BR. Jisoo mengeluh halus. Sebaik sahaja ais krim telah siap langsung sahaja Namjoon memberikan pada Jungsoo.

" Boleh tak jangan terlalu manjakan dia?..ini tidak baik untuk dia". Ujar Jisoo.

"Apa yang tak baiknya..dia minta apa salahnya belikan". Balas Namjoon.

" Awak tak tahu ke beza baik buruk?. Kalau awak asyik turuti katanya dia akan memberontak jika tidak dapat apa yang dia nak". Ujar Jisoo sedikit tegas.

"Tapi saya kesiankannya". Balas Namjoon.

" Awak tidak pernah menjadi seorang ayah..dan awak tak akan faham kerisauan yang saya alami". Tegas Jisoo.

Namjoon terdiam seketika.

"Saya bukan nak halang awak rapat dengan anak saya..tapi ini bukan caranya..berikan apa sahaja yang dia mahu itu bukan yang terbaik untuknya..saya tak nak dia jadi seorang pemberontak bila tidak dapat apa yang dia mahukan". Terang Jisoo.

Jisoo berharap Namjoon faham kerisauannya sebagai seorang ibu.

" Omma Jungsoo dah habis makan". Panggil Jungsoo.

Jisoo menoleh memandang anaknya. Mulut Jungsoo sedikit comot. Jisoo memegang tangan anaknya.

"Mari pergi toilet..basuh mulut". Jungsoo mengganguk mengerti.

Mereka berdua mula melangkah pergi meninggalkan Namjoon di situ. Namjoon mengeluh halus.

" Salah ke apa yang aku buat?". Soal Namjoon sendirian.

  Jisoo membasuh tangan Jungsoo dan  lap mulut anaknya. Jungsoo memuncungkan bibirnya minta di cium. Jisoo ketawa kecil. Lantas bibir anaknya di cium sekilas.

"Sayang omma!". Ujar Jungsoo riang dan terus memeluk Jisoo.

Jisoo membalas pelukan anaknya. Mereka berdua mula melangkah keluar setelah selesai di dalam toilet. Jungsoo terus berlari ke arah Namjoon.

" Daddy!". Jungsoo terus memeluk kaki Namjoon.

Namjoon lantas mendukungnya. Jisoo menghampiri mereka satu senyuman nipis di berikan. Rambut Jungsoo di usapnya perlahan.

"Daddy Jungsoo laparlah". Ujar Jungsoo sambil memicit hidung Namjoon.

" Jungsoo lapar?". Soal Jisoo.

Jungsoo mengganguk lalu melepaskan picitannya.

"Jungsoo nak makan apa?". Soal Namjoon.

" Jungsoo nak makan". Jawab Jungsoo.

Jisoo ketawa kecil.

"Tapi jungsoo nak makan ap-". Kata-kata Namjoon di potong Jisoo.

" Dia tak kisah makan apa pun..sebab tulah dia jawab macam tu". Ujar Jisoo.

Namjoon mengganguk faham.

"Mari kita pergi makan". Ujar Namjoon kemudian mencium pipi gebu milik Jungsoo.

Mereka mula melangkah pergi.

....
Votelah❤

Love Never End✔ ||Where stories live. Discover now